April 26, 2024

Status Malam Jumaat : Suami Isteri Makan Luar?

Suami Isteri Makan Luar
Adakah suami/isteri dia makan luar?

Mana idaknya, mereka berdua sebaya dan sudah lama berkahwin. Pasangan ini memang romantik, selalu habiskan masa bersama dan makan bersama . Makan masakan si isteri atau si suami. Tetapi salah seorang ada pula penyakit yang ada kaitan dengan makanan.

Adakah ini bukti salah seorang ada makan diluar secara senyap-senyap?

Jeng jeng jeng.

Suspend tak? Tapi itulah kenyataan yang berlaku pada member gua.

Setiap hari makan masakan si isteri, makan sekeluarga. Tetapi bila buat pemeriksaan kesihatan, banyak betul penyakit yang dia ada. Dalam bentuk pakej lagi tue.

Isteri dia pun pelik, sedangkan isteri dia tiada pula penyakit macam itu.

Gua syak, dia ini selalu makan luar atau makan senyap-senyap tanpa pengetahuan isteri dia he…23x

Bicara Bro : Gua sendiri pun rasa macam tengah mengumpul penyakit yang ada. Sedang kawal pemakanan dan buat exercise dalam beberapa bulan ini. Dapat la kurangkan 5kg.

Tetapi ada juga yang cakap gua makin gemuk. Adakah gua badan makin membesar tapi jisim menjadi ringan?

Gua tertiba teringin nak perkena kerang dan siput rebus Parit Buntar.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

18 thoughts on “Status Malam Jumaat : Suami Isteri Makan Luar?

  1. hee..senyumlah bila lepas makan nak sesal tak boleh.setakat ni pagi dan tengahari dah siapkan untuk si dia. makin kata berisi adalah.terkadang sengaja saya tak bt sarapan ada gak sebab dia kata nak beli nasi lemak utk kawan dia dekat luar dia nak beli dekat situ. sesekali tak apa haa..kalau selalu saya akan bisang sebab saya kedekut bab makan luar.kalau boleh save buatlah tak salah sebab saya rasa mampu untuk buat semua itu sementara sihat.kalau tak sihat lain cerita.air tangan suami atau isteri bagus pahala mudah dapat.itu orang kita gagal cari kemansian dalam bekahwin.wahualam

Leave a Reply to suri Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *