April 17, 2024

Menjadi Tetamu Che Mat Gebu

Bertandang Ke Rumah Che Mat Gebu
Pelik juga, ini merupakan kali ke-3 Bro datang ke teratak Che Mat Gebu pada bulan Oktober (tetapi tahun berbeza). Jom lihat gambar yang terdahulu.

Dah makan, bulan wajib melawat rumah beliau je.

Cuma ada sekali, Bro datang pada bulan Januari. Sebab Nak bawa Baby Fisha yang baru berusia 3 bulaan berjumpa Pak Tua Mat (Che Mat Gebu biasa bahasakan diri dengan nama itu bila dengan Baby Fisha).

Jika kali pertama, Bro datang nak bagi kad jemputan kahwin

Kali kedua pula, Puan isteri mengidam masakan Che Mat Gebu (waktu itu, puan isteri tengah mengandung)

Kali ketiga ini pula, alang-alang nak ke Johor Bahru, singgah sekejab ke Sedenak. 1st time datang sini tak pakai Waze (sebab dah ingat jalan) & tak tanya Che Mat direction pergi rumah dia.

Langkah Kanan – Menikmati Masakan Che Mat Gebu

Hidangan Masakan Che Mat Gebu

Sepatutnya,

Bro datang pada keesokan harinya (Che Mat cakap, nak masak special punya). Tetapi terpaksa tukar dek kerana jadual yang agak padat sepanjang Bro bercuti 2 hari 1 malam di Johor Bahru.

Kemudian, lambat pula inform Che Mat nak datang pagi itu juga.

Elok sampai sahaja depan rumah. Bro msj beliau kata dah sampai. Boleh pula msj Che Mat masuk kata ajak makan tengahari dekat rumah dia he…23x

Itu pun dia sent msj itu sewaktu Bro dah ada dekat depan rumah dia.

Langkah kanan sungguh.

Udang Galah Sweet Sour

Udang Galah Sweet Sour
Gulai Rebung Lemak Lada Hitam

Gulai Rebung Lemak Lada Hitam

Kami juga dihidangkan dengan Telur Dadar Kembang Setaman sambil perkena Sambal Air Asam Budu untuk menaikan lagi kelazatan Udang Galah Sweet Sour dan Gulai Rebung Lemak Lada Hitam

Memang menyelerakan. Disini, Bro kongsikan beberapa resepi masakan dari Che Mat Gebu :-

  1. Udang Galah Sweet Sour
  2. Gulai Rebung Lemak Lada Hitam
  3. Telur Dadar Kembang Setaman
  4. Sambal Air Asam Budu

Susah nak cari resepi tertentu dekat blog Che Mat Gebu ini. Banyak sangat resepinya, rambang mata dibuatnya.

Ada masa, jemputlah datang ke blog dia untuk mencuba sendiri resepi yang beliau kongsikan.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

24 thoughts on “Menjadi Tetamu Che Mat Gebu

  1. Terima kasih Bro, Iera dan Baby Fisha..

    Beli ikan di Tanjung Karang,
    Sedar tak sedar hari dah petang,
    Ampun maaf mana yang kurang,
    Terima kasih sudi bertandang..

Leave a Reply to Invisible Me Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *