March 19, 2024

Majlis Pelancaran King Koil Luxury Hotel Collection

King Koil Luxury Hotel Collection
King Koil Luxury Hotel Collection atau Koleksi Hotel Mewah King Koil diinspirasikan dari tilam yang digunakan dihotel mewah telah diperkenalkan oleh King Koil Malaysia untuk memberikan pengalaman tidur terbaik buat anda.

Mungkin selama ini, anda tertanya-tanya. Tilam apakah yang digunakan oleh setengah hotel bertaraf 5 bintang.

Disini, ada jawapannya.

Tilam Hotel Mewah Kini Dirumah Anda

Sekiranya anda pernah menikmati tidur terbaik di atas tilam di hotel mewah, dimana ianya telah memberi pengalaman tidur terbaik buat anda setelah penat berkerja, outstation mahupun bercuti.

Pastinya anda juga ingin menikmati tidur yang terbaik juga dirumah.

Tak perlu rasanya untuk anda bermalam di hotel mewah sekiranya anda sendiri boleh menikmatinya di rumah anda. Atau lebih spesifik lagi, dalam bilik tidur anda.

King Koil Luxury Hotel Collection

King Koil Luxury Hotel Collection

King Koil selaku pengedar katil hospitaliti No. 1 di Malaysia dan juga di dunia, telah memperkenalkan 6 model tilam yang diinspirasikan oleh hotel-hotel terkenal termasuk St Regis, Hilton Worldwide, Westin, Sheraton, Marriott International dan Holiday Inn.

Boleh dikatakan kebanyakan rangkaian hotel dan beberapa nama terkenal di seluruh dunia lebih mempercayai King Koil untuk tilam berkualiti tinggi, selesa dan tahan lama.

Kali ini, anda pula berpeluang untuk memiliki tilam King Koil yang setaraf dengan hotel mewah pada harga yang berpatutan.

King Koil Luxury Hotel Collection
Antara model yang diperkenalkan pertama kali di Malaysia adalah :-

  • Majestic Elegance 500
  • Crown Sovereign 500
  • Crown Sovereign 300
  • Crown Sovereign 250
  • Imperial Comfort 200
  • Regal Comfort 100

6 model premium ini dibuat dengan skil dan kepakaran tersendiri King Koil dan diinspirasikan oleh hubungan jangka panjang dengan jenama-jenama tersohor dalam industri hospitaliti.

Kesemua 6 model premium ini merupakan tilam berspring didalamnya.

Setiapnya mempunyai spesifikasi kain lapik yang unik termasuk penggunan getah (latex) premium, ‘visco elastic memory foam’ dan ‘super-solf PU fom’ yang bermutu tinggi.

King Koil Luxury Hotel Collection

Koleksi ini juga turut didatangkan dengan bantal ‘Hotel Charm’ dan pelindung tilam kalis air ‘Protect-A-Bed’ dari Amerika Syarikat dengan model 500,300 dan 250 sebagai hadiah dari King Koil.

Manakala bantal lembut dan ‘Protect-A-Bed’ diberikan percuma untuk model siri 200 dan 100.

Rezeki, Bro dapat bantal sepasang. Malam tidur peluk bantal baru la gamaknya. Nak lagi best, anda juga boleh dapatkan rangka katil dari King Koil.

Promosi Koleksi Hotel Mewah bersaiz ‘Queen’

King Koil Luxury Hotel Collection

Sempena dengan pelancarannya, King Koil akan menawarkan tilam dari Koleksi Hotel Mewah bersaiz ‘queen’ bermula pada harga RM1,999 hingga RM3,899 untuk tempoh waktu terhad.

Siri terbaharu untuk jenama ini boleh didapati dalam saiz ‘single’, ‘super single’, ‘queen’ dan ‘king’ disemua pengedar utama King Koil di Lembah Klang dna bandar-bandar utama di Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai Koleksi Hotel Mewah atau produk King Koil yang lain, hubungi 03-7805 4766 atau layari www.kingkoil.com.my.

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

10 thoughts on “Majlis Pelancaran King Koil Luxury Hotel Collection

Leave a Reply to Sally Yatiey Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *