April 19, 2024

Kelas Asas Blogging Ipoh 2014

Kelas Asas Blogging Ipoh 2014 Mohd Fairiz
Selalu terdengar rungutan dan kekesalan sesetengah rakan blogger yang hadapi masalah untuk mempelajari kelas asas blogging yang kebanyakan diadakan di setikar Kuala Lumpur.

Kali ini, Bro nak promote buat warga negeri Perak untuk tidak melepaskan peluang menyertai Kelas Asas Blogging Ipoh 2014 yang dikendalikan oleh saudara Mohd Fairiz atau lebih dikenali dengan panggilan Reez Reezluv.

Mungkin tak ramai antara anda yang mengenali beliau.

Tak kenal maka tak cinta.

Beliau ini rakan satu sekolah dengan Bro di SMK Anderson. Ipoh. Satu team memanah lagi tue.

Kalau bercakap tentang menjana pendapatan dari Blog. Rasanya dia lagi arif berbanding dengan Bro.

Dari program Adsense, Affiliate, Drop Ship hingga ke program entah apa apa entah. Memang mampu menjana pendapatan yang kosisten buat beliau.

Mohd Fairiz Reezluv Photographer FotoCinta

Cuma kebelakangan ini, beliau kurang fokus pada blog sebab lebih utamakan bidang fotografi. Jika nak beliau shoot majlis perkahwinan/nikah/tunang anda, boleh hubungi beliau. Tetapi harga boleh tahan he…23x

Anda boleh lihat hasil kerja beliau di http://fotocinta.com/

Beliau juga pengasas Kelab Blogger Perak yang berjaya mengumpulkan rakan-rakan blogger yang berada atau berasal dari Perak.

Bosan pula dok kipas-kipas pasal Mohd Fairiz. Baik promote tentang Kelas Asas Blogging Ipoh 2014 yang beliau akan anjurkan. Info lanjut anda boleh layari http://mohdfairiz.com/kelas-asas-blogging-ipoh-2014/

Kelas ini sesuai bagi anda yang :-

  • Tak pernah ada blog, dan nak cuba membina sebuah blog dan mengetahui beberapa seni menulis blog yang ramai tidak ketahui.
  • Ada perniagaan kecil ataupun besar, dan ingin mengembangkannya dari teknik blogging
  • Ada minat menulis dan boleh bersabar untuk belajar seni menulis dan juga seni blogging
  • Ingin menjana pendapatan sampingan dari blog yang anda tulis sendiri

Jika anda ada kelapangan dan ingin menyertai kelas ini, anda boleh daftar di Kelas Blogging Ipoh 2014.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

17 thoughts on “Kelas Asas Blogging Ipoh 2014

  1. Tak sangka betul Bro satu sekolah dengan Bro Fairiz masa dekat Anderson Ipoh… Beruntung betullah korang ada rakan satu sekolah yang mempunyai minat yang sama… sampai sekarang belum ada rakan satu sekolah saya yang bergiat aktif menulis blog.. huhuhu…

  2. tq beb..ahaha..tekejut kejap.cuma pembetulan tang pengasas Kelab Blogger Perak tu..bukan gua..gua salah sorg admin jek..harap maklum :)

Leave a Reply to NURUL AQIDAH AZAHAR Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *