Hari ini, genap setahun sudah umur Baby Fisha.
Cepat rasanya masa berlalu. Selamat hari-hari nampak dia membesar depan mata. Kalau tidak, sedar-sedar dah masuk sekolah atau dah nak kahwin he…23x
Jauh betul imaginasi Daddy Fisha nie kan.
Pandai pula dia posing bila nak ambil gambar, dah macam model walaupun muka baru bangun tidur.
Tapi hanya sekeping je boleh Bro kongsikan. Sebab gambar yang lain, macam tak sesuai je nak dikongsikan dalam blog ini.
Walaupun umur dah setahun, tapi part rambut memang tak boleh nak buat apa-apa dah. Faktor keturunan, tapi rambutnya dah start memanjang tapi nipis je.
Selamat sempat nak sambut birthday Baby Fisha (walaupun awal beberapa hari) sewaktu pulang ke Johor baru-baru ini.
Dapat juga 4 generasi berkumpul sama.
Sambut sekali dengan Baby Solehah (makcik sedara kepada Baby Fisha – walaupun sebaya) selepas selesai kenduri doa selamat.
Bicara Bro : Cepat sebenarnya Baby Fisha belajar.
Baru-baru ini, Bro tak sengaja “sakiti” dia sewaktu bermain. Bro buat-buat menangis, sepatutnya waktu itu Baby Fisha dah menangis melalak. Tetapi dia tak menangis.
Dia peluk Bro dan tepuk belakang Bro suruh berhenti menangis. Waktu itu, memang terkejut juga. Pandai budak kecil ini ambil hati orang, berbeza dengan orang yang dah besar-besar tetapi suka sakiti hati orang lain.
Ok. Dah besar .. bolehlah menambah .. hehehee
Susah sikit, Fisha ini seorang yang kuat jeles
Selamat hari lahir Fisha.. semoga rambut cepat panjang, jadi anak yang baik.. & tolong lasak sikit bagi dady cepat kurus. kekekeke
He..23x doakan rambut cepat panjang dan lebat.
dah jadi anak dara dah…happy birthday fisha, puas makan kek sampai 2 biji tu…
He…23x dia makan sikit je… Daddy dia pun makan sikit, ummi dia je makan banyak
Happy birthday Fisha.. :) :)
Happy birthday fisha…alahai dah setahun dah dia…baru je tgk dia baby2 lg…sekarang tak lama lg nak jadi anak dara….touching la fisha pandai ambil hati…betul tu, anak2 ni byk bagi kita contoh kesedaran dalam kasih sayang…julia pun malu bro diorang leh bg contoh kasih sayang tak berbelah bahagi…harap biar sampai bila2 cm tu…cuma segelintir org besar mcm kita ni ada yg saling hentam menghentam tanpa usul periksa…tak sayang kawan…patutnya kalau salah, nasihat secara berhemah…itu selesai masalah
Itu la, sebab dia pandai ambil hati, rasa kasihan je nak marah dia lebih-lebih..
Tapi daddy dia memang garang orangnya he..23x
Happy Birthday Fisha..sama lah bro,anak kita pun rambut lambat tumbuh..memang keturunan sebelah maknya rambut lambat nak naik..hehe.
He…23x sama la kita…. selamat keturunan belah daddy dia rambut cepat naik (sebenarnya rambut bro pun lambat gak naik dulu)
Selamat menyambut ulang tahun setahun. Besarnya kek hari lahir dia. :)
Kek dia besar sebab yang tukang makannya perut besar2.. kalah perut Fisha…
dh besar die..happy besday..besar nye kek..
Saiz kek dia ikut saiz perut daddy dia he…23x
Happy birthday Baby Fisha…be a good girl ye…
Happy birthday Fisha ;D
Assalam..
Hep besday Baby Fisha..moga menjadi anak yg soleh…besar esok jaga ayah ibu ye, lebih2 lagi ayah tu, jd body guard ayah hehehehe
dak Fisha dah pandai mintak adik ke.. ?
Mesti la idak, ummi nak dekat dengan daddy dia pun dia marah he..23x
Semoga anak ummi membesar menjadi anak yang solehah dan taat pada perintah Allah, ummi dan daddy.
Bagus anak ummi ini.
Nanti jangan lupa basuh botol fisha, mandikan fisha etc… Daddy nak bersara he…23x
happy birthday Fisha….rambut tu dah umur 3 tahun mesti lebat macam anak saya…..
Harap macam itu la.. Tapi nampak ada beberapa kawasan rambut dia dah start naik
Dah setahun ke baby Fisha? Allah, tak sedar.. Besar dah dia.. Rasa macam baru je lagi kak Iera lahirkan Fisha.. Tup2 dah setahun.. Cepat betul masa berlalu sekarang ni kan.. Btw, happy belated birthday Fisha.. ^^,
RosmizaAliDotCom
Itu la pasal…
Bro ingat dia masih bulan-bulan lagi. Sebab kecik lagi kan
kejap je da masuk setahun ye bro…happy belated birthday Fisha…
Happy birthday baby fisha…
Part last tu paling best …mesti rasa gembira sangat dengan kelakuan dia time tu kan..
Bukan takat gembira, tapi terharu juga la….
hepi besday fisha….
moga jd anak yg soleh penyejuk mata & hati org2 disekeliling ya ^^
Nak jadikan baby fisha sebagai menantu boleh?
Sangup ke nak berbesan dengan Bro?
Jap je kan.. Beso doh fisha…. happy bithday baby fisha.. Semoga membersar dgn sihat dan kuat serta menjadi anak yg solehah :) In syaa allah amin :)
Itu la…. Tak lama lagi sure mereka tak boleh bezakan Deno dengan Baby Fisha. Tak tahu siapa adik dan siapa akak :)
besar kek dari fisha… haha…
semoga jadi anak yang baik.. membesar dengan cerdik dan bertanggungjawab… amin2…
luv u fisha walaupun tak pernah jumpa !