March 29, 2024

Fuddruckers Burgers Kini di Lot 10, Bukit Bintang

Fuddruckers Burgers Kini di Lot 10, Bukit Bintang
Untuk pengetahuan anda semua,

Fuddruckers, restoran yang menyajikan selera ala Amerika telah membuka cawangan pertama di Malaysia yang juga pertama di Asia Tenggara. Lokasi pilihan mereka adalah di Lot 10, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Tempoh hari, selapas habis cover event AirAsiaLINE. Bro dan Puan Isteri berjalan-jalan di kawasan Bukit Bintang.

Fuddruckers Burgers di Malaysia

Kami singgah di Fuddruckers untuk mencuba burger mereka. Sekali sekala teringin juga anak tekak nak merasa masakan ala Amerika.

Ianya diasaskan oleh Philip J. Romano,

Fuddruckers difrancaiskan di Malaysia oleh AAR Fusion Industries Sdn Bhd, dan ianya dikenali kerana menghidangkan menu hidangan yang segar dari Angus Beef berkualiti tinggi hingga ke roti yang dibakar 2x sehari.

Suasana dalam Fuddruckers @ Lot 10, Bukit Bintang

Suasana dalam Fuddruckers @ Lot 10, Bukit Bintang

Suasana dalam Fuddruckers @ Lot 10, Bukit Bintang

Suasana dalam Fuddruckers @ Lot 10, Bukit Bintang

Waktu Bro datang adalah selepas lunch hour, so agak tenang sikit lepak disini.

Kebanyakan lagu yang dimainkan disini memberikan suasana Amerika sewaktu makan disini.

Apa yang Bro perhatikan, kebanyakan pelangan yang datang merupakan pelancong dan juga warga asing yang berkerja di sekitar Bukit Bintang. Rupanya Fuddruckers tidak asing dan amat terkenal di luar negara.

Mungkin kekurangan kesedaran, buatkan kita tidak mengenali jenama “Fuddruckers” berbanding jenama fast food yang biasa diperkatakan.

Menikmati Hamburger dari Fuddruckers

Fuddruckers - Cowboy Burger
Cowboy Burger – Burger terlaris di Fuddruckers
Fuddruckers - The Works
The Works – Signature Burger di Fuddruckers

Nampak menyelerekan, bukan? Berapa pula harganya? Jeng Jeng…..!!!!

Harga Burder di Fuddruckers

Harga bergantung pada saiz daging burger yang anda mintak.

Macam Bro, ambil 1/3 pound punya pada harga RM34.90. Tetapi kebanyakan pelangan yang datang, order 1/2 pound punya pada harga RM46.90. Bagi saiz 2/3 pound pula pada harga RM56.90

Bagi Bro, rasa kekok juga makan burger guna garfu dan pisau.

Maka, Bro akan lenyekkan burger tadi untuk memudahkan Bro menikmati burger seperti mana kita sepatutnya menikmatinya. Terpaksa nganga mulut besar-besar :)

Burger yang ada di Fuddruckers

Terdapat beberapa burger yang dijual disini. Harganya tetap sama seperti diatas. Harga ikut saiz daging burger.

Menu Burger di Fuddruckers

Menu Hamburger di Fuddruckers

Lokasi Fuddruckers Malaysia

Fuddruckers,
Annexe Block, Lot 10 Shopping Centre,
Bukit Bintang, 50250 Kuala Lumpur.

Lokasi restoran ini betul-betul dihadapan Sungei Wang Plaza. Tak perlu masuk ke dalam Lot 10 untuk mencarinya.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

17 thoughts on “Fuddruckers Burgers Kini di Lot 10, Bukit Bintang

Leave a Reply to Anuar Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *