March 28, 2024

Bagi Peluang Kepada Blogger Baru

rakan blogger
Bagi peluang kepada blogger baru. Menjadi topik perbualan dalam “Luahan Hati Seorang Blogger – Part 42.

Ini bukannya luahan dari Bro, bukan juga dari sesetengah rakan blogger. Cuma nak berkongsi cerita dengan rakan-rakan blogger yang lain. Bagaimanapun semua gambar dalam entry ini adalah hiasan merangkap penyeri entry ini.

Harap tiada mana-mana pihak yang sentap pula dengan apa yang Bro tuliskan dalam entry ini.

Bagi Peluang Kepada Blogger Baru

Bro rasa, makin lama makin bertambah jumlah blogger di Malaysia ini. Ada yang Bro kenal dan makin banyak yang Bro tak kenal.

Tapi nak cakap macam mana, dorang pun belum tentu kenal Bro. Ye la, siapa la Bro nie kan. Tulis merapu je dekat blog + syok sendiri. Just kawan dan kenalan sahaja yang sudi datang ke blog ini setiap hari.

Sebenarnya tadi, Bro ternampak status rakan blogger di facebook dimana dia perlukan blogger yang betul-betul IKHLAS untuk support event dia tanpa sebarang bayaran (tetapi ada goodies bag etc)

Bro pula, bukannya blogger yang betul-betul ikhlas boleh support member. Banyak faktor kena utamakan lagi-lagi bila sudah berkeluarga, duduk jauh dari KL, kereta sebiji kongsi dengan wife dan masa selalu mencemburui Bro.

rakan blogger

Kalau tak support, risau orang cakap “Bro Framestone itu sombong, belagak nak mampus, Bajet Hot Stuff Blogger etc”

(hati orang, siapa yang tahu kan).

Tetapi memang Bro tak mampu nak bagi kata putus. Wife pula tak tahu kerja ke tak hari itu dan Bro pun xtau ada event/projek dekat KL waktu itu. Jika ada, boleh turun KL sekali harung semua sekali. Kalau setakat turun KL untuk 1 event, rasanya tak berbaloi sangat.

Alhamdulillah, rakan blogger itu memahami keadaan Bro.

Dia cakap, bagi peluang kepada blogger baru he…23x Oh dah lama rupanya gua dalam dunia blogging ini.

Yup, betul katanya. Bagi peluang kepada blogger baru. Tak perlu berebut-rebut nak itu nak ini (tapi akhirnya tak boleh nak bagi komitment). Dari macam tue, baik bagi peluang kepada orang lain.

Mungkin korang boleh baca Luahan Hati Seorang Blogger – Part 24. Lebih kurang je situasinya dengan apa yang disampaikan diatas.

Elakkan Sifat Cemburu Sesama Blogger

FamTrip Bersama AirAsia Indonesia

Rasanya elok elakkan perasan atau sifat cemburu sesama blogger.

  • Bila dengar cerita ada blogger dapat jemputan event itu ini, kita cemburu. Kenapa kita tak dapat, bagus sangat ke blog dia.
  • Bila dengar cerita ada blogger dapat tajaan melancong, kita cemburu. Kenapa kita tak dapat, bagus sangat ke blog dia.
  • Bila dengar cerita ada blogger masuk tv/majalah/surat khabar, kita cemburu. Kenapa kita tak dapat, bagus sangat ke blog dia.
  • Bila dengar cerita ada blogger jadi duta produk. Kenapa kita tak dapat, bagus sangat ke blog dia.
  • Bila dengar cerita ada blogger dapat jana pendapatan dari blog. Kenapa kita tak dapat, bagus sangat ke blog dia.
  • Bila dengar cerita ada blogger dapat tawaran berlakon. Kenapa kita tak dapat, bagus sangat ke blog dia.
  • Bila dengar cerita ada blogger asik memang contest je memanjang. Kenapa kita tak dapat, bagus sangat ke blog dia.
  • Bila dengar cerita ada blogger asik diperkatakan oleh blogger-blogger atau orang-orang lain. Kenapa kita tak dapat, bagus sangat ke blog dia.
  • Bila dengar cerita ada blogger bercinta/kahwin/skandal dengan selebriti. Kenapa kita tak dapat, bagus sangat ke blog dia.

Ok, itu dah melampau sangat dah tue… Sikit-sikit udah.

Spritzer Ruby dan Namee Roslan

Bro sendiri akui, sifat cemburu seperti diatas ada dalam diri Bro. Begitu juga dengan diri anda. Jangan tipu, dosa he…23x

Tapi cemburu yang membawa kepada perkara positif lebih bagus dari cemburu yang membawa kepada perkara negatif. Contohnya kita canang keburukan dia, aib dia etc. Sedangkan dia sedikit pun takde buat salah dengan anda.

Belum lagi kes, blogger bermuka-muka. Depan baik, belakang….. Fikir-fikir sendiri.

Bicara Bro : Jika ada rakan-rakan blogger yang berjaya. Sokong mereka, kadangkala bukan senang mereka nak kecapi apa yang mereka rasa sekarang.

Ada masa, perhatikan blog anda, munasabah diri anda juga. Dari situ mungkin anda tahu tang mana yang kurang dan tang mana yang perlu diperbaiki.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

47 thoughts on “Bagi Peluang Kepada Blogger Baru

    1. Mendalam ke? Ala biasa2 je nie. If ada benda nak diluahkan as blogger, roger je bro.. Bro boleh tolong luahkan dekat blog ini.

      Tak boleh berangan je. Kena usahakan, jika tak mampu jadi seperti mereka, jadi seperti orang lain or jadi diri sendiri yang betul2 kita suka

  1. okey fine..aku mengaku aku pun jeles..hahaha..tapi aku rasa kita kena percaya kepada rezeki dah kalau rezeki orang tu macam tu..dan kita pula cuba bersyukur dengan apa yang kita ada

  2. Setuju. Kadang-kadang saya pun jeles jugak dengan blogger lain. Tapi ta lah terlampau menunjuk sgt yg saya tu jeles. Tapi dah kalau rezeki dia,memang hak dia. Mungkin lain kali baru rezeki kita. Just berusaha sahaja.

  3. Assalammualaikum… bro,

    peh… memang jeles kikiki… asyik bro aje menang… mselim nak gak…

    mselim3

    pls: tahniah bro mselim3 tumpang gembira .. rakan blog berjaya… moga sukses selalu bro.

    1. Ada rezeki contest ke apa ke, join je la. Mana tahu ada rezeki dekat situ.

      Tak tahu contest apa yang ada? Usha blog bro, kenkadang Bro ada promote dekat blog ini. Tak pun usha2 banner iklan dekat blog bro.

      Mana yang berkenan, klik aja.

  4. saya jeles, tapi tumpang gembira. hehe. rezeki diorang sebab nampak macam mana usaha diorang dalam dunia blog ni. iday pulak kejap update, kejap tak sebab komitmen dengan kerja sekarang, so takle nak bising kalau tak dapat invitation. huhuhu

    p/s: tapi kalau ada event, jemputla kite. hikhik :p

  5. Mustahil x jeles kan…tp kena la amik inisiatif dari situ…kadang2 kita memang nak join sesuatu event tp keadaan x mengizinkan…ada kala kita dah rasa selesa bila dapat banyak job…tp ada plak yang cantas kita..itu semua yg jadi penyebab kenapa boleh down sekejap..tp xper..rezeki ada dimana2 kan…

  6. Mula2 dulu gua mmg tak tau bab cemburu2 berkenaan blog ni.Rezeki masing2 mmg berbeza. Klu rezeki org lain tak kisahlah dah mmg Allah nak beri. Tp lama kelamaan baru gua faham ttg ni walaupun gua ni dikira masih baru.. masa pun selalu jeles juga hehee.. Apa pun, gua tak kisahlah bab tu.. yg penting blog dpt membantu menyokong kerjaya & menambah silaturrahim. Selagi mampu, gua sokong je apa yg baik.. Gua pun blogger baru.. T kasih atas perkongsian & peringatan ini Bro..

  7. Asalam BF..khaty pun masih baru dalam dunia blog,bila kita memandang sesuatu ke arah yang positif,segalanya baik ja..tapi khaty yang baru nie cemburu juga tengok kejayaan blogger2 lain dan tertanya2,kenapa nak jeles sedangkan khaty masih baru menapak..jadinya khaty,usaha dan usaha lagi tangga kejayaan..sekadar berceloteh di sini..

  8. apa yang bro tulis memang ada dalam diri ekin… terfikir dengan positif blogger2 yg terkenal tu mungkin rezeki dia…..inshaAllah mana taw tahun2 mendatang ekin boleh jadi mcm dia… ekin akan buktikan kepada saudara mara n family2 yg ekin akan berjaya dengan blog huhuhu…

    1. Boleh je… mulakan dengan langkah mudah dulu…

      Redesign template blog.. Warna dan susunan agak kurang menarik dan kurang menyerlah… Ianya akan menganggu anda untuk menyerlah dalam dunia blog… percayalah

  9. Jujur memang rasa iri hati tengok ramai blogger-blogger dapat itu dan ini. Dalam erti kata lain, ramai rakan-rakan blogger yang semakin hari semakin berjaya dalam pelbagai bidang terutamanya keusahawanan. Tapi dari sudut positifnya plak, kejayaan diorang ni sikit sebanyak telah pun menyuntik semangat untuk saya sebagai blogger supaya mengetengahkan karya berkualiti dari blog atau menonjolkan bakat terpendam. Hehehe

Leave a Reply to Mazni Azmi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *