April 19, 2024

#AirAsiaLINE : AirAsia Berkerjasama Dengan LINE

AirAsiaLine Livery Launch
AirAsia baru-baru ini telah berkerjasama dengan aplikasi sosial popular LINE.

Untuk itu, mereka telah melancarkan rekaan luaran pesawat yang memaparkan warna karakter aplikasi sosial popular LINE seperti Brown, James, Cony, Leonard, Sally, Boss, Jessica dan Edward.

Menurut Ketua Bahagian Komersial AirAsia Bhd., Spencer Lee,

Ianya tidak seperti rekaan luaran pesawat yang lain, ruang dalaman pesawat turut dihiasi dengan karakter LINE berkenaan. Dimanan pesawat Airbus A320 berkenaan akan beroperasi di laluan AirAsia dari rantau ini yang merangkumi 22 negara.

AirAsiaLine Livery Launch

AirAsiaLine Livery Launch

AirAsia telah menyertai LINE pada Ogos lalu dan hingga kini memiliki 13.4 juta pengikut menerusi aplikasi berkenaan.

Menurut Naib Presiden Kanan LINE Plus Corporation, EJ Lee,

Karakter LINE sangat popular di Malaysia, terutama Brown dan Cony, justeru peluang menaiki sebuah pesawat yang penuh dengan elemen LINE mampu membuatkan perjalanan lebih menarik.

Karakter Aplikasi Sosial Popular LINE

AirAsiaLine Livery Launch

AirAsiaLine Livery Launch

AirAsiaLine Livery Launch

Tengok gambar sahaja dah nampak keterujaan kami bergambar dengan maskot LINE :)

AirAsia – Harga Promosi Serendah RM39 Sehala

Sempena menyambut rekaan luaran pesawat LINE, AirAsia menawarkan semua pengguna dan rakan LINE dan AirAsia, harga promosi serendah RM39 sehala ke destinasi-destinasi menarik seperti Nanning, Johor Bahru, Lombok, Siem Reap dan banyak lagi.

Promosi ini bermula dari 21 hingga 23 November 2014, dengan tempoh perjalanan dari 5 Januari hingga 30 April 2015.

Setiap tempahan yang dibuat semasa tempoh promosi ini dengan 20 kilogram bagasi akan diberi mata BIG berganda.

Bagi mengakses ke promosi ini,

Anda hanya perlu mengikut akaun rasmi AirAsia LINE (LINE ID: AirAsia) dan satu set pelekat yang ditaja #AirAsiaLINE boleh dimuat turun bermula dari 25 November 2014 bagi peminat AirAsia & LINE di Malaysia dan Singapura.

Pramugari AirAsia & Model Pesawat Airbus A320 #AirAsiaLINE

AirAsiaLine Livery Launch

Gambar Bro Framestone bersama pramugari Asniza Lee Che Oon (kanan) dan Cataryna Lim Sze Yen.

Tidak lupa juga replika pesawat Airbus A320 dengan rekaan luaran pesawat yang memaparkan warna karakter aplikasi sosial popular LINE seperti Brown, James, Cony, Leonard, Sally, Boss, Jessica dan Edward.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

18 thoughts on “#AirAsiaLINE : AirAsia Berkerjasama Dengan LINE

    1. Harap macam itu la, MAS susah nak kembali pulih jika semua yang ada jawatan didalam itu lebih aktif dalam memaksimakan pendapatan dan bijak mencuri peluang yang ada.

  1. hai..ini kartun line manyak comel amat suka sekali..masa pi even nuf geram sebab tak dapat gift dari meraka hanya bertuah je dapat jawab soalan ahai…

Leave a Reply to suri Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *