April 19, 2024

Pendapatan Lebih RM10,000 Tidak Layak Terima Subsidi Minyak

Subsidi Minyak Malaysia
Isu subsidi minyak makin panas diperkatakan.

Walaupun kerajaan menyatakan bahawa hanya 20 sen subsidi minyak diturunkan, tetapi rakyat malaysia tidak la terlalu bodoh atau bangang untuk men”translate”kan maksud yang diperkatakan oleh kerajaan.

Jelas-jelas pada meter jual. Harga minyak naik 20 sen kepada RM2.30 seliter.

Kali ini, subsidi minyak hanya diberikan pada golongan tertentu sahaja. Keutamaan adalah untuk membantu kumpulan sasar yang memerlukannya

Dimana golongan berpendapat­an tinggi iaitu melebihi RM10,000 sebulan tidak akan menerima subsidi petrol dan perlu membayarnya mengikut harga pasaran.

Tapi selalunya,

“Yang berpendapatan RM10,000 sebulan, kereta mereka mana nak telan sangat minyak RON95”

Koman-koman pun RON97.

Nilai pemberian subsidi petrol akan diumumkan kerajaan adalah berdasarkan kumpulan pendapatan yang akan ditentukan nanti. Kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadz­lah.

Terdapat tiga tahap pendapatan golongan sasaran : –

  • Pendapatan RM5,000 ke bawah – terima subsidi petrol sepenuhnya.
  • Pendapatan antara RM5,000 hingga RM10,000 – terima subsidi pada kadar lebih rendah
  • Pendapatan RM10,000 ke atas yang akan membayar petrol mengikut harga pasaran.

Kerajaan akan memperincikan konsep keperluan subsidi kepada tiga golongan iaitu individu atau isi rumah memerlukan sokongan subsidi sepenuhnya, hanya menerima subsidi pada kadar rendah atau membayar mengikut harga pasaran biasa.

Semasa pembentangan Bajet 2015, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kerajaan akan membangunkan satu mekanisme baharu pemberian subsidi petroleum, agar pemberiannya lebih tersasar kepada golongan yang memerlukan.

Mengikut laporan sebelum ini, rasionalisasi subsidi diesel dan petrol untuk menjaga kepentingan golongan disasar mungkin akan dilaksanakan pada Januari tahun depan bagi diesel dan Jun bagi petrol RON95.

Mekanisme pelaksanaan rasionalisasi subsidi itu akan diumumkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang masih menunggu cadangan daripada syarikat-syarikat tempatan.

“Subsidi petrol ini adalah berdasarkan pendapatan individu”

Jimat penggunaan Minyak

Baguslah jika subsidi petrol ini berdasarkan pendapatan individu.

Tapi masalah lain akan timbul, dimana ramai yang akan menipu untuk mengistiharkan pendapatan sendiri terutama yang berkerja sendiri.

Belum lagi kes, meminta orang lain untuk isikan minyak untuk mereka.

Belum lagi gejala lain yang bakal timbul nanti.

Untuk mencegahkan benda ini terjadi, kerajaan akan keluarkan lebih bajet untuk memantau dan mengawasi supaya perkara seperti ini tidak terjadi. Tetap juga duit rakyat digunakan.

Dan sebab ini, gua lebih rela buat kerja dari rumah je, dari pergi ke ofis atau berjumpa dengan orang dekat luar. Setiap setitis minyak bergitu berharga.

Peruntukan subsidi telah me­ningkat 14 kali ganda daripada RM1.65 bilion pada 2002 kepada RM23.5 bilion pada 2013. Hal itu disebabkan peningkatan jumlah kenderaan daripada 13.6 juta pada 2008 kepada 23.7 juta buah pada 2013.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

13 thoughts on “Pendapatan Lebih RM10,000 Tidak Layak Terima Subsidi Minyak

  1. Nak jimat sini, bocor sana pulak.. wallahualam. Ada juga yg buat bisnes puluh ribu tp tak disenarai sbb main cash hari2… Isi minyak pakai iswara, balik sedut minyak masuk kereta bmw, mecedesss huhu.. Paling best, laki bisnes tapi isi minyak guna ic isteri yg kerja kat customer service sykt swasta. Bijak… Apa pun, mudah2an tak menyusahkan org ramai lah hendaknya. :D

  2. camne diorang nak buat kawalan sedangkan
    pastinya akan ada masalah seperti yang saudara nyatakan di atas
    untuk golongan pertengahan seperti saya ni, nak tak nak kena juga hadapi situasi ni
    mungkin perlu ikat perut seperti apa yang disyorkan oleh pak menteri

  3. ada pro dan contra cadangan ini…dari satu sudut positif..kita dapat mengajar rakyat dari negara jiran yang selalu ambil kesempatan isi minyak subsidi dinegara kita…dan negatif dia..macam bro cakaplah takut ada yang salah gun atau tipu maklumat pula nanti….jangan sampai setiap kali nak isi minyak nak kena gi ambil cop JKKKKK sudah la

  4. mekanisma macam mana nak beli minyak agaknya nanti. tunjuk mykad… rasanya kalau takde subsidi lebih baik terus pilih ron97 kalau harga tak naik nanti lah…

Leave a Reply to lekatlekit Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *