March 29, 2024

Hadiri Konvokesyen Universiti Teknologi Petronas (UTP) 2014

Pesta convocation Universiti Teknologi Petronas 2014
Akhirnya, adik gua yang bongsu secara rasminya telah menamatkan pengajian beliau di Universiti Teknologi Petronas (UTP), Tronoh Perak selepas selesainya majlis konvokesyen beliau baru-baru ini.

Tahniah….!!!

Itu je la Bro nak ucapkan… He…23x

Beliau antara yang menyerlah dalam keluarga Bro.

Paling pandai belajar, paling bijak business dan paling ketara ilmu agamanya. Kiranya ustaz dalam keluarga la.

Sekarang nie, telah berkerja di selatan tanah air dengan salah satu company terbesar di Malaysia.

Pesta convocation Universiti Teknologi Petronas 2014

Murah rezeki dia.

Habis SPM terus dapat tawaran masuk UTP (guna keputusan trial) betul-betul pada hari jadi beliau ke-17 tahun. Habis belajar, mengajar sekejab dekat Sekolah Maahad (dekat je dengan rumah) untuk 3 minggu, terus kena lapor diri ke tempat kerja sekarang.

Dengar cerita tahun depan nak tamatkan zaman bujang.

Betul ke?

Moga dipermudahkan. Kira untung kahwin muda dan ada pekerjaan stabil.

Pesta convocation Universiti Teknologi Petronas 2014

Gambar satu keluarga.

Adik ipar Bro lagi sorang tidak dapat hadir, sebab bekerja.

Digantikan pula dengan bakal adik ipar yang bakal bertunang hujung tahun ini dan tahun depan juga bakal berkahwin. Kahwin serentak ke korang nie?

Apa-apa pun tahniah buat adik Bro yang paling bongsu, sebab berjaya memiliki Ijazah pada usia 22 tahun (hujung tahun baru masuk 23 tahun kan) dan kejayaan ini dijadikan hadiah hari jadi buat emak yang jatuh pada tarikh yang sama dengan majlis konvokesyennya.

Terasa nak sambung belajar.

Tapi…. Entah la….

Tema Merah - Konvokesyen Universiti Teknologi Petronas

Seronok tengok rakan-rakan sekelas dan satu group dulu. Dah kerja sampai oversea, dan baru2 nie sorang dah menunaikan haji bersama keluarga.

Tiba-tiba terasa dah tua sangat.

Tapi kenkadang terasa muda sebab beristeri muda he..23x

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

15 thoughts on “Hadiri Konvokesyen Universiti Teknologi Petronas (UTP) 2014

  1. Tanniahlah kepada adik bro. Lepas UTP memang antara graduan terhangat dipasaran dan cepat sahaja disambar oleh majikan. Terutama dari Oil & Gas industry. Mahu berkepuk duit setiap bulan.

Leave a Reply to blogger lelaki Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *