April 19, 2024

Dataran Bandaraya Johor Bahru

Dataran Bandaraya Johor BahruAlhamdulillah

Dapat juga meluangkan masa berjumpa dengan beberapa orang rakan blogger di Dataran Bandaraya Johor Bahru. Walaupun plan last minit, ramai juga yang sudi bagi komitment untuk bertemu dengan Bro.

Ayat bajet retis kan. Sedangkan, mungkin ini sahaja peluang untuk berjumpa dengan mereka.

Bukan senang nak tengok Bro turun Johor Bahru he…23x

Jika ikutkan, Bro sendiri tak tahu nak jumpa mereka dimana. Tak mampu nak ajak lepak memahal (tengah sengkek berbulan-bulan nie). Sehinggakan mereka cadangkan perkena steamboat dekat Dataran Bandaraya Johor Bahru.

Tak jauh pun lokasinya dengan tempat Bro bermalam.

Rakan Blogger Johor Bahru

Rakan Blogger Johor Bahru

Antara muka-muka blogger yang menetap di Johor Bahru.

Jangan ketepikan mereka. Mana tahu selama ini, mereka lebih banyak mempromosikan Johor Bahru berbanding blogger dari luar jeng jeng jeng

Jika ikutkan, ada ramai je blogger yang tinggal di Johor Bahru.

Malangnya, Bro tak dapat nak roger semua untuk berjumpa. Bro hanya promote dekat facebook sahaja, bagi sesiapa yang punyai kelapangan, boleh la berjumpa dengan Bro.

Ada juga rakan blogger yang jumpa Bro malam tadi, tetapi tak berani nak tegur, segan katanya.

Adeh….!!!

Tegur je la…

Dataran Bandaraya Johor Bahru
Maaf gambar tak banyak,

Sebab kamera handphone kita tak canggih he…23x

Tau-tau je, gambar lepas habis makan je yang cantik. Harap ada rakan-rakan yang sudi sponsor gambar malam tadi ek.

***updated***

Gambar yang disponsor oleh blogger – mialiana.com
Rakan Blogger Johor Bahru

Rakan Blogger Johor Bahru

Rakan Blogger Johor Bahru

Rakan Blogger Johor Bahru

Banyak juga benda yang dibualkan, dari pukul 8 malam hingga pukul 11 malam tue (tak sedar masa berlalu).

Dok pok pek pok pek sahaja.

Antara blogger-blogger Johor Bahru yang sudi datang malam tadi ialah Mama Niza, Kisah Si Diary, Mar Mansor & Mialiana

Dataran Bandaraya Johor Bahru
Sebelum balik,

Sempat lagi Baby Fisha layan benda ini. Tak pasti Baby Fisha yang nak main benda ini atau ummi dia.

Ok la, RM5 sekali naik. Tapi sampai bila Bro tak tahu…. Sampai habis bateri kot, sebab last2 fisha dah merengek nak balik. Mengantuk sangat la tue.

Ada masa nak datang sini lagi perkena steamboat, sedap dan lebih santai jika nak lepak lelama dengan rakan-rakan.

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

38 thoughts on “Dataran Bandaraya Johor Bahru

  1. ikutkan hati memang taknak balik awal,tapi mengenangkan baby kita tu kecik lagi.terpaksa jugak balik..memang happening dapat jumpa rakan blogger malam tadi…kita jugak tak sempat nak amik gambar..al maklum ler..beg tangan ada dua..muahaha…

    yang amik gambar banyak malam tadi boleh ler wassap2 sikit..

    1. Kalau ikutkan, malam2 dekat JB ada banyak port yang hidup dan meriah.

      Masa on da way balik hotel baru perasan, tapi xboleh nk singgah sebab dah lewat sangat then Baby Fisha pula dah terlena

  2. ahhh!! camne leh terlepas event ni?
    aduhhh..
    tak perasan pun kat fb?
    ke mmg hebah kat blog je? :(

    tapi xpe la.. harap next time or at least..
    suatu hari nanti.. dpt jgak jumpa.

    note: event siang pls. malam ngntok :P

  3. Bestnya dapat jumpa sesama blogger… lg2 blogger retis tu bro framestone.. hehehe.. dlm2 ramai2 kat atas tu, pernah jumpa kakmia je .. sekali kat Setia Tropika… SKrg dah jarang dapat g JB sbb kaklong dah pindah kl… ops, 25hb ni deno pi kl :p

Leave a Reply to suriaamanda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *