April 19, 2024

Tony Roma’s Ceriakan Rumah Titian Kaseh (RTK)

Tony Roma's Malaysia Rumah Titian Kaseh
Pada 23 Ogos, Tony Roma’s Malaysia telah membawa keceriaan dan kegembiraan kepada 130 penghuni Rumah Titian Kaseh (RTK), tempat perlindungan untuk ibu tunggal dan anak yatim.

Mereka telah mendermakan RM20,000 untuk mereka disini merasai Hari Raya Aidilfitri dengan penuh kegembiraan dan keseronokan.

Ianya merupakan sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat Tony Roma,

Telah dihadiri oleh COO Revenue Valley, Dickson Low dan pengasas RTK ini Hajjah Sharifah binti Adlan, dan disertai oleh lebih daripada 100 kanak-kanak dari Rumah Titian Kaseh (RTK).

Tony Roma's Rumah Titian kasih

Gambar Bro bersama dengan salah seorang penghuni RTK. Siap request nak ambil gambar sesama.

Tony Roma’s Malaysia’s telah berkerjasama dengan RTK sejak bulan Jun lagi.

Dimana mereka ingin menyalurkan sedikit keuntungan dari hasil jualan mereka sebagai tanda menyokong usaha RTK selama ini.

Bagi tempoh sepanjang 30 Jun hingga 17 Ogos, pelanggan di semua cawangan Tony Roma Malaysia yang membeli mereka hidangan Beef 10 akan menyumbang RM5 kepada tabung sumbangan RTK ini.

Pelanggan dan pembekal juga boleh menderma melalui tabung derma yang dipamerkan di setiap cawangan.

Tony Roma's Rumah Titian kasih

Bersama orang kuat Tony Roma’s Malaysia – Mr. Muhammad Adam Mah

Selain sumbangan RM20,000,Tony Roma’s Malaysia juga membantu dengan membaik pulih dapur di RTK, dan menderma keperluan harian bernilai RM6,000. Ia termasuk barang-barang keperluan dan dua komputer untuk kerja sekolah dan penyelidikan.

Diharapkan ianya bukan program CSR Tony Roma’s Malaysia yang pertama dan terakhir.

Moga tahun akan datang lebih banyak rumah-rumah seperti ini diberi peluang dan diraikan dengan lebih ramai pihak yang tampil untuk berkerjasama.

http://www.tonyromas.com.my/

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

12 thoughts on “Tony Roma’s Ceriakan Rumah Titian Kaseh (RTK)

Leave a Reply to hikaru matsushima Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *