April 25, 2024

Pakej Telefon Malaysia Membebankan Pengguna?

Beza Pelan Telefon Internet Malaysia
Bro nak tanya korang semua yakni pembaca blog ini/pembaca artikel ini.

Pelan telefon yang mana satu sedang anda gunakan? Berapa yang anda spend setiap bulan untuk bil telefon anda (pakai prepaid tak payah jawab) Adakah ianya pelan telefon terbaik dan tidak membebankan anda?

Bro dah gunakan satu pelan telefon daripada Maxis sejak tahun 2010.

Masa mula-mula Bro ambil, pakej yang ditawarkan agak menarik dan sesuai untuk orang yang macam Bro (yang masih belum kahwin tetapi nak bergayut berjam-jam).

HTC One Gold Malaysia DiGi Price

Hadir bersama dengan telefon PERCUMA dan Bro buat 2 nombor under satu akaun. Contoh promosi yang buat Bro terpikat seperti dalam gambar diatas.

So pepaham je la, berapa bil sebulan Bro perlu bayar untuk 2 no telefon (satu Bro pakai, satu lagi Bro bagi orang lain pakai)

Kemudian Bro upgrade telefon kepada yang lebih canggih.

Malangnya, ia memerlukan penggunaan pelan data yang banyak. Lebih dari kebiasaan yang Bro gunakan.

Maka Bro upgrade pelan data. Sehinggakan pada satu ketika, Bro ditawarkan upgrade data secara PERCUMA. Bayaran bulanan tetap sama cuma pelan data lebih banyak.

Pada tahun 2012,

Waktu ini contract Bro pada syarikat telekomunikasi tersebut telah tamat.

Bro plan nak tutup akaun dah buka akaun baru untuk pakej terbaru mereka. Malangnya pelan data yang mereka tawarkan tidak sama seperti dahulu, tak sebanyak yang pelan data yang Bro gunakan sekarang.

Hotspot dari Telefon Anda

Kalau terminate, rasa rugi pula.

Sebab penggunaan pelan data Bro setiap bulan agak tinggi. Lebih-lebih lagi Bro gunakan ia sebagai hotspot sewaktu pindah ke rumah sewa baru (lepas kahwin).

Telefon Sebagai Modem Hotspot

Kredit gambar : Amanz

Ini sahaja sumber internet yang Bro ada.

Nak pasangan UniFi. Area ini belum ada UniFi. Nak pasang Streamyx pula, TM bagitau tiada port kosong buat masa sekarang. Kena tunggu orang terminate baru ada.

Bila dah dijadikan hotspot, maka pelan data yang besar ini pun boleh cepat habis quota. Jika terlebih had, line jadi slow dan kadangkala line tak stabil.

Nak juga perkhidmatan lain,

Lokasi tempat Bro tinggal agak ceruk, tahap jin bertendang (kata salah seorang rakan Bro yang datang melawat Bro)

Beban Bil Telekomunikasi Bertambah

Lepas survey-survey, tanya jiran tertangga. Bro cadang ambil Pelan Broadband Wifi yang ditawarkan oleh syarikat telekomunisi yang sama. Kalau diletakan dalam satu akaun (yakni akaun bro yang sedia ada) dapat diskaun RM10.

Bil Telefon Syarikat Telekomunikasi Malaysia Membebankan

Bro amat memerlukan, tanpa berfikir panjang. Bro ambil pelan yang mereka tawarkan.

Lagipun Quota data yang mereka berikan lebih besar dari pelan data yang syarikat telekomunikasi lain berikan pada harga yang sama.

Maka sekarang, bertambahlah bebanan bil yang perlu Bro bayarkan pada syarikat telekomunikasi tersebut :-

  • 1 nombor yang gua pakai + pelan data yang melampau banyak
  • 1 nombor yang sekarang isteri gua pakai + pelan data yang dia upgrade tak bagitau gua
  • 1 Broadband WiFi dengan pelan data yang terlampau banyak dari pukul 2 – 8 pagi (orang dah tidur waktu itu)

Maka jumlah keseluruhan hampir lebih kurang sama macam dalam bil diatas.

Cumanya jumlah dalam bil itu, ada yang tertunggak.

Ditambah pula dengan denda yang dikenakan untuk aktifkan kembali nombor yang di bar (kalau bil x bayar, 2 nombor sekali dengan boradband akan dibar secara serentak). Dan denda pengaktifan dikenakan untuk setiap nombor yang terlibat (broadband pun pakai nombor juga).

Kawasan Liputan Tidak Meluas

Kawasan Liputan Internet Tidak Meluas

Baru-baru ini tergerak hati, nak tukar kepada yang lain yakni Celcom untuk pakej Yes4G.

Malangnya kawasan tempat Bro duduk tiada liputan bila Bro check menggunakan aplikasi yang terdapat di laman web mereka seperti dalam gambar diatas.

Memang kawasan jin bertendang betul la (Seperti yang diperkatakan oleh member Bro).

Tetapi kenapa dekat area rumah Bro sahaja tiada liputan? Sedangkan rumah di Jalan lain ada liputan walaupun jarak tiada la jauh mana?

Pakej Telefon Membebankan Pengguna

Bro nampak sekarang, banyak syarikat telekomunikasi menawarkan pakej-pakej mereka yang kadangkala tak masuk dek akal.

Ianya seperti ditujukan pada golongan tertentu sahaja.

Ada pakej khas untuk kaki bergayut dimana mereka tawarkan panggilan percuma kepada nombor dalam rangkaian mereka sahaja. Ada juga yang tawarkan harga sama rata untuk panggilan kemana-mana rangkaian yang sedia ada.

Ada pakej khas untuk mereka yang kaki sms. Tapi rasanya zaman sms macam sudah berada di penghujungnya bila terdapat aplikasi percuma seperti WeChat, Whatsapp, KakaoTalk berada dipasaran.

Handphone Canggih Tapi Cari WiFi

Ada pakej untuk internet sahaja.

Tak kan la pakai telefon canggih-canggih dan mahal tapi dok cari WiFi percuma.

Itupun mereka tawarkan dengan quota data yang besar pada harga rendah, tetapi liputan tidak meluas. Ada yang tawarkan kelajuan yang tinggi, malangnya quota data kecil, dan perlu tambah quota bila quota yang sedia ada habis sebelum cukup bulan.

Ada yang tawarkan pakej murah. Tetapi waktu-waktu tertentu tiada liputan, terutama bagi mereka yang kadangkala perlu berada diluar kawasan liputan.

Malaysian Telecommunication postpaid compare chart

Salah satu perbandingan yang ditawarkan oleh Syarikat Telekomunikasi di Malaysia bagi pengguna post-paid sebagai rujukan anda.

Atau ada baiknya sekiranya hanya tawar pelan prepaid yang nampak lebih mudah untuk mengawal pembelanjaan bulanan yang sepatutnya di spend pada bil telekomunikasi.

So mana satu yang menjadi keutamaan anda?

Perbandingan Pelan Telekomunikasi Yang Sedia Ada

Disini Bro ingin buat sedikit pembandingan mengenai pelan telekomunikasi yang sedia ada ditawarkan kepada pengguna di Malaysia – valid pada Ogos 2014

Maxis One Plan to Rule Them All

Ini apa yang ditawarkan oleh Maxis – Maxis One Plan

Nampak sangat banyak yang FREE atau PERCUMA disitu, dengan bayaran bulanan yang boleh tahan.

Tetapi pelan datanya tidak memuaskan Bro. Jika ditambah data yang sedia ada, macam lagi banyak je dari apa yang Bro bayar sekarang :(

Sesuai sangat bagi mereka yang suka mengembara (pergi oversea dan perlukan roaming) dan mereka yang jenis banyak bercakap melalui telefon. Kiranya golongan executive dan ahli perniagaan sesuai dengan pelan yang mereka tawarkan.

Paling jelas, bagi mereka yang kurang surf internet secara heavy macam Bro.

Celcom First One Plan

Ini pula yang ditawarkan oleh Celcom – Celcom First One Plan

Pelan yang mereka tawarkan lebih murah dengan pelan data yang lebih sesuai untuk Bro yang suka surf internet secara heavy. Jika kuota data habis, boleh tambah dengan harga yang lebih rendah.

Malangnya, tidak banyak FREE atau PERCUMA ditawarkan seperti syarikat telekomunikasi yang sebelum ini.

Hanya PERCUMA untuk 60 minit masa berbual dan 60 sms untuk kesemua rangkaian. Apa la sangat kalau 60 minit masa berbual dengan 60 sms. Sejam je dah habis dah.

DG SmartPlan

Ini pula yang ditawarkan oleh DiGi – DG SmartPlan

Harga yang ditawarkan agak menarik dari segi Pelan Data termasuk jumlah masa berbual dan sms PERCUMA. Mana kala hujung minggu boleh berbual tanpa had dari DiGi ke DiGi.

Malangnya tak ramai rakan yang menggunakan DiGi dan tak banyak kawasan mempunyai liputan DiGi.

Cukuplah cerita rakan-rakan yang pulang berhari raya terpaksa beraya tanpa liputan.

Nak call tak dapat, nak surf internet pun gagal. Memang betul-betul beraya tanpa telefon di tangan kecuali untul selfie.

Cukup 3 syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia Bro kongsikan sebagai perbandingan.

Harap anda sudi kongsikan pakej yang mana satu menjadi keutamaan anda sekiranya anda melanggan pakej postpaid seperti yang ditawarkan oleh Syarikat telekomunikasi diatas atau syarikat-syarikat lain.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

34 thoughts on “Pakej Telefon Malaysia Membebankan Pengguna?

  1. iena gune digi :)
    DIGI Smart Plan 88 tp xde dlm list bro buat tu
    hehe data plan 3GB

    monthly bil iena takkan sampai RM90
    hehehe org xde boyfren
    lalalallalaaa

    bil siket je

    1. @lily dulu pon guna digi tp skrg dah tukar kp 1 plan pon bukan je sbb murah dah juga coverage lebih baik di kws rumah dan tempat kerja sy~~

    1. Masalah lokasi Bro duduk sekarang kuota Streamyx penuh, terpaksa tunggu orang terminate baru ada kekosongan.

      Dengar cerita, mereka tak nak tambah port yang sedia ada untuk menunggu UniFi datang ke sini. Tapi kena tunggu lagi beberapa tahun la

  2. Gua suka stick pada yang satu sebb dari pengalaman lampau, kalau kita intim dengan satu2 telco, akan dapat kelebihan tersendiri, lagi2 kalau bayar cantik punya.

    Bab jimat dengan telco ni memang semua orang nak, apatah lagi akan mudah diperdaya bila ada tawaran-tawaran baru dari syarikat-syarikat lain yang jadi pesaing. Berhak memilih tetapi ada ke masa nak memilih dan buat perbandingan?

    Nak jimat bukan susah pun. Mana2 telco pun, sebenarnya jimat dan murah itu bergantung dengan cara kita guna servis. Jika kita tahu nak bajet, mana-mana pelan yang dikatakan konon jimat itu memang boleh berbaloi.

    Terpulang nak pilih yang mana.

    Gua cakap awal, lu intim … nanti adalah kelebihannya. Siapa yang tak suka pada pelanggan yang loyal?

  3. so far..aku tak terasa sangat.

    sebab aku bukan heavy user.

    walaupun aku rasa kalau compare dengan orang lain, agak mahal gak la.

    telefon aje..dah dekat 50 ringgit sebulan paling banyak. itu baru guna yang jenis topup aje.

    streamyx, cam biasa..seratus lebih. so, sebulan..dekat rm150++ hanya untuk internet sahaja.

    dulu, siap pakai umobile dan celcom broadband. Bila dah tak pakai..so, bil bawah seratus la jawabnya.

    So far, aku tak rasa terbeban. Sebab masih mampu bayar lagi.

  4. Kami suami isteri pakai celcom dah 4 tahun.. masih ok lagi.

    Ada sekali sekala macam malam ni internet macam katak kena panaskan dalam air dijerang

    Mati perlahan lahan

    BIasa ok. Kadang kadang la

    1. Kadang kadang rasa lebih berbaloi pakai streamyx unlimited..

      Tapi untuk rumah je.. Nanti keluar rumah terputus tak dapat internet.

      Belum ada lagi pelan internet mobile dan rumah sekaligus.

      Kalau ada mesti dah pakai

  5. belum rasa terbeban lagi..sebabnya kalau terbeban tu kompem ada skandal lain ataupun banyak sangat kontek orang luar..banyak urusan guna Whatsapp je..senang..plan data guna Digi, setakat ni ok je, memang tak pernah lagi habis limit pun..3GB je dah cukup :D

  6. betul tu bro agak membeban kan…walaupon sekarang pakai prepaid memang ada hajat ingin bertukar ke postpaid tetapi takut tidak dapat menanggung kebebanan tersebut…sekarang kalau pakai prepaid memang ada untuk 30 hari internet 2GB tetapi 1GB pada 8 pg – 11.59 mlm dan 1GB lagi pada 12-7pg…waktu tu adalah waktu tidor…kalau broadband pon sama ambik package 4GB tetapi di bahagi kepada 2 waktu…ia menjadi slow pada dekat ke hujung bulan…sekarang perkhimatan SMS seperti tidak relevan kepada pengguna smartphone…ia lebih mudah dengan applikasi seperti whatapps wechat dan sebagai nya…

  7. ada pelan yang tak masuk akal langsung tapi ada juga pelan yang bagus. sebagai pengguna kena pandai menilai dah memilih. Macam kalau nak amik 3GB data, amik prepaid macam tak sesuai kan. Kalo tengok pelan pulak…

    Maxis – 158
    Digi – 73
    Celcom – 68

    Kalau tengok aspek harga, Celcom paling menarik. Kalau suka data dengan call, amik Maxis. Digi tengah2.

  8. Memang pening plan2 tu. Tp kta xlayak nak ckp membebankan. Depa bt bisnes. Ni la gna org2 mcm bro. Kaji2 pas2 share. Sng hdop org lain. Tq.

  9. Digi- plan postpaid internet laju gila. Tapi bila habis quota, terus blok dah x leh surf. Kalau call customer service, kena tunggu 20 minit baru berjawab dan operatornya pun macam malas nak bercakap.

    Maxis- plan postpaid Internet Dan maxis one plan mahal gila. Sudah mahal, bila surf internet pun lembab walau Kat bandar. Kalau call customer service, memang cepat jawab Dan layanan mesra. Tapi Ada juga beberapa operator Chinese maxis yang macm ayam becakap dengan itik bila comunicate dengn kita. Operator in memang tak boleh communicate dengan Org kampung yg dok di klate, ganu, Kedah, perlis, sabah,penang, Sarawak, Perak.

    Celcom- internet laju tapi call n SMS mahal. Macam Ada konspirasi dalam management celcom yang nk melingkupkan celcom dengan buat kadar Dan tarif mahal supaya para pengguna lari ke telco lain. Celcom perlu murahkan caj kalau tak mahu bankrap.

    Umobile- aku tak pernah pakai tapi harap tak Ada caj trsembunyi.

    Pilih telco yg blok 30 saat, intenet laju dan murah, call Dan SMS murah ke semua network. Jangan setia pada telco yg hanya fikir keuntungan.

Leave a Reply to Mazni Azmi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *