Asal raya mesti duit banyak habis, walaupun dah cuba kawal pembelanjaan.
Kalau hidup single, mungkin tiada masalah.
Bila sudah berkahwin nie, banyak hati yang perlu dijaga.
Duit banyak habis untuk persiapan raya (baju raya, kuih raya, duit raya) belum lagi diatas jalan raya (minyak, tol dan service kereta).
Tipu la, kalau hati tak beraya bersama kedua-dua belah keluarga.
Hati pasangan perlu juga dijaga.
Belum lagi bila ada anak,
Susu, lamping etc perlu juga ada. Baju raya anak kadangkala nak sama harga atau lebih mahal dari baju raya kita (kita cari baju bandel je). Sehari berkali-kali tukar (sebab kotor la, muntah la, terberak la).
Tahun pertama beraya sebagai seorang bapa.
Pening gak la kepala, tetapi semu under control.
Cuma lepas raya lagi pening kepala. Tiada khabaran mengatakan ada duit masyuk dalam masa terdekat. Dah 2 bulan delay, harapkan duit simpanan dan sedikit duit kutu untuk mengembirakan anak, isteri dan keluarga.
Harap korang juga begitu.
Ada tak yang makan lauk seperti dalam gambar diatas sementara nak menunggu gaji masuk?
Baik mengaku he…23x
Sedap apa perkena nasi putih (panas) dengan baulu ikan. Tapi bro suka lagi makan nasi putih + ikan kering. Bubuh kicap sikit. Menyelerakan tue…..!!!
ingat betullah td tu lauk bro.. haha
a’ah baju budak2 memang mahal mengalahkan baju orang dewasa..dah tu nak kene standby berpasang-pasang pulak tu..lepas raya memang confirm semput la..ni dok tunggu je bile la gaji nak masuk..hehe
btw, 1st time tgk org makan nasi lauk bahulu ikan..slalu dengar org makan nasi dengan kicap je lepas2 raya ni..;)
Nasi putih kicap telor pun sodap ;)
Makan nasi lauk kuih ikan xpernah.
Hehe.. Cam xberapa kena
Hidup berkeluarga tentu ada berakahnya. Berbanding orang bujang.
Hahah ingat makan dengan nasi tadi.. baru nak tanya sedap ke?? XD apapun, ena doakan semoga bro dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan selepas raya ni.. amin
tak pernah makan macam ni.. kakka deno pernah la.. makan nasik ngan biskut buat ulam
Bila dah berkeluarga kiri kanan kena jaga sampai rabak poket seluar.. hihi
Rabak poket seluar boleh dijahit.
Pagi tadi Bro baru perasan seluar Bro koyak celah kangkang. Tak tahu bila koyaknya, ish malunya…. Nak tutup muka sekejab
Tahun ni paling rileks berbanding sebelum2 ni.. persiapan raya takdelah last minute sangat kami buat tapi tetap under control.. lepas raya pulak kena maintain jangan berlebih2an penggunaan duit yang ada.. hehehe..
tak pernah pulak makan nasi dengan bahulu ikan tu.. kalau ikan pekasam pernahlah..
Ikan pekasam fav Bro tue.. Tapi selalu mintak ayah buatkan. Tak suka yang dah siap dijual dekat kedai. Rasanya agak kurang berbanding yang ayah buat he..23x
Assalammualaikum…
mselim3 tgk lauk tu macam menyelerakan lah…yum2.sedap tu bro..
Menyelerakan ke?
Dah pernah try makan macam nie ke? Kalau pernah, apa kata upload dekat blog, nak tengok :)
haha…bleh cuba nanti.
Dah cuba, boleh la post dekat blog.. Nak tengok
first time aku dengar nama nasi ni. haha
Dah namanya aku yang berikan he..23x Harap tak kena kecam la ek
haha..pun boleh nama macam tu…:P
saya tak pernah lagi cuba macam ni bro…nasi dengan telur + kicap tu selalu juga dulu2…hee
Itu lauk bujang..