March 29, 2024

HearthStone – Permainan Kad Strategi Berdasarkan World of Warcraft

HearthStone – Heroes of Warcraft
Siapa disini pernah bermain permainan World of Warcraft?

Ianya merupakan salah satu permainan strategi yang Bro minati dan masih bermain sehingga kini. Kali ini ianya tampil dalam bentuk permainan berasaskan kad startegi – HearthStone.

HearthStone – Heroes of Warcraft

HearthStone merupakan permainan terkini dari Blizzard,

Yakni pencipta permainan epik seperti World of Warcraft, Diablo III dan StarCraft 2. Kesemuanya permainan yang Bro minati sepanjang tempoh waktu membesar dahulu.

Bagi anda yang pernah bermain permainan World of Warcraft, mungkin anda mengenali beberapa watak yang terpapar pada setiap kad dalam permainan ini.

Boleh tak korang namakan setiap watak dalam gambar dibawah?

Watak HearthStone – Heroes of Warcraft

Permainan ini boleh dimain secara PERCUMA di iPad, Mac dan Window.

Apa yang anda perlu buat hanya muat turun permainan ini dari www.playhearthstone.com dan daftar akaun anda secara PERCUMA di battle.net

Sekiranya anda pernah mempunyai akaun di battle.net, anda boleh gunakan akaun tersebut untuk bermain permainan ini. Anda tidak perlu buat banyak akaun untuk bermain permainan yang berbeza.
Tak pernah bermain World of Warcraft?

Oh itu bukan masalah,

Anda sedikit pun tidak memerlukan pengetahuan mengenai corak permainan World of Warcraft untuk bermain permainan HearthStone.

Ianya tidak sesukar mana, dan mudah untuk dipelajari walaupun anda masih lagi beginner.

Muat Turun HearthStone – Heroes of Warcraft

Muat Turun HearthStone – Heroes of Warcraft

Anda boleh memuat turun permainan ini di www.playhearthstone.com

Buat masa kini, ianya hanya untuk platform iPad, Mac dan Window. Insya’lah yang lain bakal menyusul nanti.

Permulaan Permainan Kad Strategi HearthStone – Heroes of Warcraft

Anda akan diberi dek permulaan (starter deck) untuk membantu anda mempelajari selok-belok permainan ini.

Sekali gus menjadi dek asas anda sebelum anda memenangi atau membeli kad yang lebih berkuasa untuk memantapkan dek anda yang sedia ada.

Starting HearthStone - Heroes of Warcraft

Pada awal permainan,

Anda akan diajar mengenai selok belok permainan ini, bermula dari paparan papan permainan kepada cara permainan berlangsung, kemudian kepada cara kad berfungsi (cara menyerang, bertahan dan menggunakan ability yang sedia ada pada kad kuasa).

Terdapat 3 jenis kad utama :- Minions, Spells dan Weapons.

Minions – Makhluk yang anda perlu gunakan untuk menyerang dan melindungi diri anda dari diserang.

Spells – Kuasa ajaib yang boleh membantu anda sepanjang permainan ini berlangsung.

Weapons – Senjata untuk digunakan oleh Minions bagi meningkatkan kuasa serangan dan pertahanan mereka.

Rewards HearthStone - Heroes of Warcraft
Setiap kali anda memenangi perlawanan,

Anda akan dihadiahkan beberapa kad untuk menguat dan memantapkan lagi dek anda yang sedia ada.

Kenapa perlu mantapkan dek?

Bila level anda meningkat, permainan akan jadi lebih mencabar dan anda akan bersaing dengan ramai permain secara Online dari seluruh dunia.

Perlawanan HearthStone - Heroes of Warcraft
Jangan bimbang.

Anda hanya akan dipertemukan dengan permain yang sama level dengan anda.

Yang membezakan antara anda dengan mereka adalah – kekuatan dek dan skil strategi yang akan anda gunakan.

Bro sendiri sudah mencuba nasib berlawan dengan permain lain secara Online, baru sekali sahaja Bro menang. Nampak gaya, Bro perlu berlatih dengan lebih gigih.

Selain berlawan secara Online, anda juga boleh berlawan secara solo dalam setiap cabaran yang disediakan. Cuma markah yang anda kumpul tidak sebanyak bermain secara Online.

Lagi banyak markah anda kumpul, lagi cepat anda naik level.

Watak Hero HearthStone - Heroes of Warcraft

Anda boleh pilih watak Hero yang ingin anda gunakan untuk bermain.

Setiap watak Hero mempunyai ability yang berbeza. Ini banyak membantu anda merancang corak permainan anda dan memberi kelebihan kepada dek anda sendiri.

Terdapat 9 watak Hero yang datang dari golongan :-

  1. 1. Mage
  2. Hunter
  3. Warrior
  4. Shaman
  5. Druid
  6. Priest
  7. Rouge
  8. Paladin
  9. Warlock

Untuk permulaan, anda perlu kalahkan semua Hero yang ada untuk melayakan anda menggunakan Hero ini dikemudian hari.

Sekiranya ke Sembilan Hero ini diunlock,

Anda akan hadapi cabaran yang lebih mencabar untuk menguji kemampuan anda sebelum menentang permain lain secara Online.

HearthStone - Heroes of Warcraft Cards
Antara kad yang Bro menangi.

Ada kad yang power dan ada yang kurang power. Maka perlu susun dek untuk dapatkan dek yang mantap dan kuat.

Kalau anda rasa kad yang anda miliki kurang power.

Anda perlu memenangi banyak perlawanan untuk memenangi lebih kad.

Atau beli je, jika nak cepat.

New Cards HearthStone Heroes of Warcraft
Setiap pek yang anda beli mengandungi 5 kad yang berbeza yang terdiri dari kad biasa (warna putih), kad jarang (warna biru), kad epic (warna ungu) atau kad lagenda (kad oren).

Dalam pek tersebut dijamin mengandungi sekurang-kurangnya kad jarang atau yang berkualiti tinggi.

Tak semua kad anda boleh digunakan oleh semua Hero.

Ada kad yang boleh digunakan oleh semua Hero dan ada yang boleh digunakan oleh Hero tertentu sahaja.

HearthStone Heroes of Warcraft Victory

Review Dari Bro Framestone

Interface permainan ini tidak terlalu menarik dengan grafik yang mantap. Tetapi grafik kad amat memuaskan hati.

Mungkin interface sedemikian untuk membuat kita lebih fokus pada kad dan permainan.

Dari segi permainannya pula, agak mudah difahami dan tidak menyukarkan anda menyusun strategi permainan sekiranya anda memahami kegunaan kad yang anda sedia ada.

Setiap perlawanan hanya mengambil masa beberapa minit.

Kecuali jika anda berlawan dengan permain Online yang teragak-agak bila bermain. Makan masa juga sebenarnya. Kesabaran perlu ada.

Tetapi jika anda bertemu dengan pemain yang mantap, risau sekejap sahaja anda dikalahkan.

Bro bagi 4.5/5 bintang untuk Permainan Kad Strategi HearthStone – Heroes of Warcraft.

Anda boleh memuat turun permainan ini di www.playhearthstone.com dan ikuti perkembangan permain lain di twitter/instagram dengan hashtag – #hearthstoneMY

Limited Frappuccino Vouchers for HearthStone Players

Percuma Starbucks Frappuccino Bagi Pemain HearthStone – Heroes of Warcraft di KL

Bagi peserta HearthStone yang berada disekitar Kuala Lumpur.

Jom duduk dan bermain HearthStone bersama di Starbucks KLCC dan Plaza Mont Kiara. Bawa sekali iPad atau laptop dan tunjukan kepada penganjur bahawa anda telah install permainan HearthStone dan Frappuccino dapat anda nikmati.

Tarikh 8-10 Ogos 2014. Pada pukul 12pm-2pm dan 8pm-10pm sahaja.

Voucher Frappuccino adalah terhad. Sila datang awal :)

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

5 thoughts on “HearthStone – Permainan Kad Strategi Berdasarkan World of Warcraft

  1. Memang best game keluaran blizzard ni

    Paling seronok main warcraft rain of chaos dan frozen throne

    Prince arthas menang lawan demon hunter.

    Part tu memang tak puas hati

  2. Pernah main game World of warcraft tapi bagi pemainan kad belum pernah lagi. Kalau begitu nak trylah… dah ada link utk download… download aje lah… Terima kasih bro…

Leave a Reply to Ezad Skytech Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *