March 28, 2024

Malaysia : Blogger Voice Akan Bersiaran Mulai 31 Julai 2014

Bro Framestone - Blogger Voice Episod 1

Ada berita gembira ingin Bro kongsikan kepada rakan blogger yang lain.

Bro dan beberapa rakan blogger yang lain akan berkongsi pengalaman kami sebagai blogger dalam rancangan ‘Blogger Voice’ yang akan bersiaran bermula 31 Julai 2014 untuk episod pertama.

Sedikit info mengenai Rancangan Blogger Voice :-

  • Hari : setiap KHAMIS
  • Masa : 10.30pm
  • Channel : TVi (Astro 180)

Rancangan 13 episod ini menampilkan beberapa orang blogger dari kategori berbeza. Maka setiap episod ditampilkan blogger dengan cerita yang berbeza untuk disajikan kepada anda semua.

Dan Bro diberi kepercayaan untuk menjadi blogger pertama menerajui episod pertama.

  • Ep. 1 : Hiburan : Bro Framéstone & Fasyali Fadzly
  • Ep. 2 : Selebriti : Zarul Kefli Husin & Huzaimi Zaini
  • Ep. 3 : Travel : Rayyan Haries & Dan Arif
  • Ep. 4 : Haiwan Peliharaan : Mohd Hairey Yahya & Hidayat
  • Ep. 5 : Jenaka : Boni Kacak & Aisa Linglung
  • Ep. 6 : Sukan : Muhammad Aiman & Muhammad Rizal Hashim
  • Ep. 7 : Wanita : Red Mummy & Raja Nadia Sabrina
  • Ep. 8 : Lelaki : Hilal Azmi & Khai Riz
  • Ep. 9 : DIY : Rose Craft & Mohammed Shohaime Safie
  • Ep. 10 : Fotografi : Muhamad Azman Ishak & Nana Safina
  • Ep. 11 : Masakan : Hazman Fadzil & Chef Hussin Khan
  • Ep. 12 : Fesyen, Kecantikan : Shazwani Hamid & Anne Raihan
  • Ep. 13 : Hobi : Said Saiful Fazli & Salha Mohd Zain

Ada tak blogger yang anda kenal?

Tapi nampak kategori macam tak sesuai dengan blog Bro Framestone. Hiburan tue he…23x

Oh lupa nak bagitau, Bro memang ada blog hiburan sendiri (Sudah masuk tahun ke-3 cuma tak ramai yang tahu).

Memang Bro selalu cover event hiburan.

Tapi rasanya tak sesuai dimasukan dalam blog peribadi – Bro Framestone, Maka semua pasal hiburan Bro masukan ke blog yang lagi satu.

Iera Kan - Blogger Voice

Puan Isteri juga tidak terkecuali.

Anda boleh baca tentang shooting rancangan ini di Belakang Tabir Pembikinan Rancangan Blogger Voice.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

31 thoughts on “Malaysia : Blogger Voice Akan Bersiaran Mulai 31 Julai 2014

    1. Blogger pakar seo macam x valid untuk dipaparkan… Sebab tak memenuhi pemintaan penonton semasa.

      Anggap je target mereka yang menonton bukan blogger. tetapi orang biasa… bukan semua tahu pasal seo (ke memang xtau)

  1. sangat² menarik..tapi ..jelous n sedih sbb xdpt tgk n tiada astro di sini..kalau lah ada tube² tertentu yg boleh di tonton..bestnyeeee…suka taw prgrm mcm ni coz im really luv blogging.

Leave a Reply to Jia Rizaira Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *