Tahun ini dapat jemputan dari Denaihati Network untuk menghadiri Iftar Bersama Blogger 2014 yang diadakan di Saloma Theatre Restaurant atau lebih dikenali dengan nama Saloma Bistro.
Maaf, jika Bro banyak duduk dari berjalan dan bersembang dengan korang.
Banyak perkara perlu dikurangkan pada Ramadhan kali ini. Harap di Ramadhan akan datang masih diberi kesempatan untuk bersama dengan anda semua.
Kehadiran Bro seawal 5 petang (seperti yang diminta oleh penganjur IBB2014)
Diawal kehadiran Bro ditegur pula oleh saudara Khir Khalid. Blogger yang Bro kenali selepas Majlis Sepetang Bersama Blogger 2014 tempoh hari. Dan beliau sejiran dengan Bro di Bandar Tasik Puteri, Rawang.
Bertambah lagi kenalan blogger di sini.
Rumahnya tidak beberapa jauh dengan rumah sewa Bro terdahulu.
Bertemakan “Arabic Night”
Jenuh fikir nak pakai apa, jika ikutkan nak pakai ala kadar. Tetapi Puan Isteri dan tetapkan pakaian apa perlu dipakai.
Ok, sayang dia ketat-ketat he..23x Selamat jubah ini tak ketat, tersorok sikit aset di perut he..23x
Gambar Bersama Teman Iftar Bersama Blogger 2014
Videographer untuk majlis kali ini.
Bersama kenalan blogger yang baru pertama kali bersua muka dan berbual.
Salah seorang pemenang pakaian terbaik bagi kategori lelaki.
Siapakah dia?
Bersama orang kuat Astro (yang sedang merajuk dengan Bro, selamat sempat minta maaf)
Dengar cerita nak akhiri zaman bujang. Bila tue ek?
Bersama #retis merangkap model + blogger yang kembali aktif – Iena Wahab dan pasangan.
Terima kasih sebab sudi datang.
Antara wanita dan gadis-gadis yang sudi bergambar dengan Bro.
Tertiba nampak Bro macam muda rumaja. Hensem tertiba. Jangan jeles…!! Hazirah, Deq Noor dan Iera Kan.
Mereka yang semeja dengan Bro.
Sebelum ada yang bertukar meja he..23x Bro pun lari ke meja lain. Tak kan nak berjauhan dengan isteri sendiri. Nanti balik dengan bakal isteri baru, lagi haru.
Bersama blogger #retis. Dengar cerita mereka ini ahli baru kumpulan 4u2c.
Sekali usha nampak macam Bro nampak sebaya je dengan dorang. Sekali ada pula yang membahan dengan facebook bagitau Bro nie nampak macam bapak-bapak mereka.
Ok, Bro terima ia dengan redha.
Sedar, kubur dah memangil-mangil nie.
Baru plan nak bergambar macam Family Portrait.
Sekali ada pula yang Photobomb ini gambar. Bajet comel la dekat belakang tue.
Iftar Bersama Blogger 2014
Bro dengan rasa rendah diri ingin memohon kemaafan sekiranya ada tersilap kata, tersalah bicara dan terlanjur perbuatan sehingga menyakiti hati anda semua.
Moga Ramadhan kali ini mampu mengeratkan kita semua.
Bro bukannya manusia sempurna. Masih tetap melakukan kesilapan walaupun tak disengajakan.
Tetapi kehadiran anda hampir menyempurnakan Bro sebagai seorang kawan, teman dan juga….. Blogger he…23x
Lokasi Saloma Theatre Restaurant : 109 Jalan Ampang, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
takde pun gambar kita sama2.. hehehee
Yang atas sekali, tak nampak ek?
kalau bro nmpk muda ni bermakna sy makin muda la ye?
Eh eh eh… Ok la.. ambil la.. bro xkisah pun.. kemudaan hak milik setiap insan he..23x
wahh..
best la korang kann…
Alhamdulillah
Assalam… majlis yg meriah.. alhamdulillah. Nasib baik bro dtg awal, dpt jugak berbual panjang sblum majlis bermula.Apa pun kita masih tinggal kat kawasan yg sama, cuma dah jauh sikit je hehee.
Kesempatan ni nk ucapkan Slmt Menyambut Hari Raya Aidilfitri buat bro sekeluarga. In shaa Allah, raya nnti kita jumpa lagi. Klu ada kelapangan jemputlah dtg ke rumah eh… :)
Insya’lah kita tengok nanti bagaimana ek.
Rasanya sudah boleh buat komuniti blogger di sini :)
meriahnya sungguh iftarnya..cool lak bila pakaian bertemakan arabian ni..
Tapi ada juga yang lari tema. Mungkin last minit tau tentang majlis ini atau last minit daftar :)
Ramai juga blogger yang hadir di Saloma Thetre Restaurant ni… Tahniah diucapkan kepada penganjur…
Alhamdulillah, memang ramai.. Termasuk anak yatim.. Malangnya Bro tak sempat nak ambil gambar mereka.
tak dapat join sekali.. waduh waduh.. awek awek di sana…
He..23x xkan nk hadap Deq Noor je tiap2 tahun. Ada masa jom la sertai kami disini
hehe baik bro! ada function, mesti ajak den pasni..hehe
Bro
Saya juga dengan rendah hati memohon keampunan seandainya ada gurauan yang terlampau dari saya sepanjang saya mengenali Bro (terkini di #IBB2014… ampun)
Bro adalah seorang personaliti blogger pertama yang saya kenali dan syukur sehingga kini masih lagi ramah dan tidak segan menegur blogger picisan seperti saya
Selamat Hari Raya
Maaf Zahir dan Batin
pon pon saya datang
thanks bro invite iena (^_~)
http://www.ienaeliena.com/2014/07/iftar-bersama-blogger-2014-anjuran.html
Terima kasih Iena sebab sudi hadir. Ada event macam ini lagi, jemput la datang ek…
sama2
Insya Allah :)
kawan meja sebelah takde gambar pulak :)
p/s : follow kat insta…sampai nak tegur bro face to face je seram :P
seram nape pula, tegur je la….
Seronok tak hingat … hoho ..
haduiii,,,tak dapat join sekali..rugii