March 28, 2024

Dayang Deno, SLE Dan 10 Terbaik Bulan Jun 2014

Dayang Deno SLE LupusDayang Deno

Blogger dari Terengganu yang agak lama juga Bro kenali.

Blogger comel cute miut nampak seperti pelajar berumur 12 tahun sedangkan kenyataannya beliau telah berumur 25 tahun

Kenapa beliau nampak muda?

Ini semua kerana penyakit SLE yang beliau hadapi sejak berumur 10 tahun lagi. Ini bermakna sudah 15 tahun beliau menyidapi SLE.

Penyakit SLE (Systemic Lupus Erythematosus) ini boleh membawa maut, dimana sehingga kini masih belum ditemui penawar untuknya. Dan pesakit terpaksa bergantung pada ubat-ubatan untuk memperlahankan SLE.

Kadangkala sembang dengan Deno buat Bro rasa sebak.

Macam mana dia boleh bertahan selama ini. Boleh mengusik dan melawak dengan Bro. Nampak ceria memanjang walaupun tiap-tiap hari terpaksa buat dialisis sendiri dirumah. Apa-apa pun teringin sangat nak berjumpa dengan beliau.

Beliau antara aktif mempromosikan tentang kesedaran mengenai SLE di blog dan sanggup turun padang.

Apa-apa pun terima kasih kerana sudi menjadi top komentor di blog bro selama ini. Beliau terpilih diantara 10 pengomen tegar di blog bro :-

  1. Aku Biomed
  2. Anuar
  3. Jiesusanos
  4. Fadzi Razak
  5. Ezad Skytech
  6. Denaihati
  7. Mummy Dina
  8. Nadia Johari
  9. Ben izham
  10. Dayang Deno (Eh, nama Deno paling bawah sekali nie?)

Akan datang, Bro akan cuba perkenalkan blogger lain pula.

Kepada Dayang Deno, if turun KL bagitau awal-awal. Nanti kita jumpa dan tangkap gambar sesama. Sure nampak macam bapak dan anak he…23x

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

14 thoughts on “Dayang Deno, SLE Dan 10 Terbaik Bulan Jun 2014

  1. Allah menguji hamba mengikut kemampuan dia ternyata memang dia seorang yang kuat yang mungkin kekuatan tu takde pada kita tapi pada dia. Moga dia terus tabah & moga Allah memberi kemudahan & kesembuhan pada dayang deno. Actually saya tak berapa kenal dengan blogger ni…

  2. Selalu juga nampak nama dyg deno ni..mati2 ingatkan memang dia budak2 lagi..kalau bro tk citer memang tk tahu..
    Mudah2an deno tetap tabah dgn ujian Allah.

  3. Memang teringin nak jumpa dia… Memang pada mulanya ingat dia muda dari saya rupa nya tua setahun dari saya.. Semoga dia diberikan kesabaran dan ketabahan untuk mangadapi semua ini… Semoga dia kuat semangat untuk pulih dan ternyata dia seorang yang kuat.. Tak semua orang boleh hadapi semua ini.. Wallahu a’lam… Dayang Deno Ganbatte kudasai

  4. Terima kasih kerana meletakkan blog saya dalam senarai no. 2 pengomen tegar blog bro…

    P/S: Jangan letakkan blog saya dalams enarai nombor satu, nanti ramai pula orang klik…hehehe X 45 ;)

Leave a Reply to aRz MoHa Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *