April 19, 2024

Pengantin Malam Mampu Meremangkan Bulu Roma Anda

Pengantin Malam 19 Jun 2014Filem ke-93 terbitan MiG yang merupakan filem bergenre seram arahan Eyra Rahman yang selama ini hadir dengan filem bergenre romantik cinta.

Ia sekali lagi menggandingkan Farid Kamil dan Nora Danish.

Turut sama menjayakan filem in. pelakon yang berasal dari Brunei iaitu Nina Iskandar dan juga pelakon berpengalaman seperti Ellie Suriaty dan Rashidah Jaafar (best tengok dia belakon).

Pengambaran mengambil masa selama 15 hari dan menjadikan Kuang, Selangor (dekat je dengan rumah Bro) sebagai lokasi utama filem Pengantin Malam ini.

Sinopsis Filem Pengantin Malam

Filem Seram - Pengantin Malam
Ianya mengisahkan tentang seorang isteri, Maya (lakonan Nora Danish) yang mengalami amnesia selepas kemalangan jalan raya. Beliau sedikit pun tidak mempunyai ingatan sebelum beliau terlibat dengan kemalangan.

Dalam masa yang sama tidurnya sering terganggu sehinggakan beliau sanggup berjaga malam. Ini menyebabkan suaminya Razif (Farid Kamil) merasa tertekan dengan apa yang terjadi pada Maya yang semakin tidak terurus.

Atas nasihat pakar,

Razif membawa Maya berehat di villa keluarga Razif.

Malangnya gangguan makin menjadi teruk dimana ada kelibat wamita berbaju pengantin bersama seorang bayi menghantui hidup Maya. Seperti villa itu ada menyimpan satu rahsia tentang apa yang menghantui Maya selama ini.

Filem Seram - Pengantin Malam
Kalender rumah pula, tarikh 28 Ogos ditanda, sedangkan ulang tahun perkahwinan mereka minggu selepasnya dan Razif sendiri tidak dapat menjelaskannya.

Maya sering kali diganggu dengan nyanyian lagu “Air Pasang Pagi Surut Pukul 5” dan juga patung kanak-kanak.

Sehingga pada satu masa,

Jelmaan pengantin perempuan itu makin menjadi-jadi menyebabkan Maya nampak seperti orang yang sakit jiwa.

Habis jari jemarinya digigit dan memaksa Razif mendapatkan bantuan doktor pakar.

Filem Seram - Pengantin Malam
Doktor pakar tersebut menasihati Maya bahawa apa yang terjadi pada dia ada kaitan dengan benda yang dia lupa dan ianya seperti ingin membalas dendam. Dan villa tersebut ada kaitannya.

Bila doktor itu berlalu, tiba-tiba ada kereta masuk ke perkarangan villa dan ianya dipandu oleh Doktor pakar tersebut.

Eh..!!!

Habis siapa pula yang berbual dengan Maya sebentar tadi?

Apa sebenarnya rahsia villa tersebut? Apa sebenarnya yang terjadi sebelum Maya kemalangan? dan siapakah jelmaan pengantin wanita trsebut?

Semuanya akan terjawab dipawagam berdekatan anda bermula 16 Jun 2014.

Trailer Filem Pengantin Malam

Usha trailer pun dah cukup kot.

Kalau rasa tak puas, layan terus filemnya.

Review Filem Pengantin Malam Dari Bro Framestone

Jika tak salah Bro, ini sentuhan pertama kak Eyra Rahman dalam menghasilkan filem bergenre seram. Dalam seram-seramnya ada diselitkan sedikit romantiknya.

Filem Seram - Pengantin Malam
Bagi Bro, punchline seramnya ada dimana-mana dan tidak terputus-putus dari awal cerita hingga ke bahagian klimaknya. Memang tidak mengecewakan bagi mereka yang meminati filem seram.

Cumanya….

Waktu siang agak pendek berbanding waktu malam dimana gangguan hanya berlaku pada waktu malam sehingga mampu menegakkan bulu roma anda yang sedang menonton.

Malangnya keseramannya tidak terhenti disitu.

Dimana pada pertengahan cerita, gangguan semakin menjadi-jadi. Tak kira siang atau malam. Element bunyi banyak memain peranan menegakkan bulu roma anda.

Filem Seram - Pengantin Malam
Apa yang boleh Bro bagitau, wanita yang mengandung tidak digalakkan menonton. Lelaki mengandung tak apa.

Bro bagi 5 bintang untuk filem ini.

Bicara Bro : Maaf, tak banyak gambar seram Bro bubuh di entry ini. Cukuplah gambar seram Bro upload di laman sosial facebook dan instagram mendapat respon yang kurang enak dari rakan-rakan Bro.

Diharapkan korang sudi menonton filem ini. Kalau takut, part malam korang tutup muka (macam Bro buat).

Nak taip entry ini pun Bro dah meremang (sebab taip time waktu maghrib) bagaimana la penulis skrip dorang menulis ek?

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

21 thoughts on “Pengantin Malam Mampu Meremangkan Bulu Roma Anda

  1. Baca sinopsis dah rasa seram bro, anak2 aku memang minat tengok cerita seram ni. Aku kurang berminat. Tapi bila anak tengok terpaksa layan juga, sebab badan aku akan jadi tempat mereka bersembunyi ….

  2. actually tak berapa yakin dengan film terbitan MiG sebab byk film x menepati citarasa sebab film ni film seram keinginan nak tengok tu ada.. Almaklum la saya memang minat film seram. Ada pulak tarikh 28 ogos dlm film ni.. hahahaha kebetulan tarikh birthday. Apapun gud luck buat film ni hope film ni blh jadi film terbaik MiG selepas Mami Jarum.

    1. Susah nk cakap… untuk berada bawah program pengarah muda MiG. Perlu buat filem diluar genre sendiri.

      Kali ini Eyra Rahman pula.

      Sebelum ini, beliau banyak hasilkan filem bergenre romantik sahaja. Kiranya ini penanda aras untuk dia keluar dari genre dia sekarang.

  3. Suka sangat citer seram tapi suami dah tak bagi tengok sebab nanti saya terbawak2

    tadi tengok IG Nora Danish ada gambar dia macm hantu

    tu yang google citer pengantin malam

    keluar blog ni daa kat 1st page

    teruja nak tengok tapi terpaksa la baca je apa kesudahan citer ni dah suami tak bagi tengok citer hantu dah

    hehehe

  4. Bro, saya baca ada kes Maya ni langgar Laila

    takat tu je

    lepas tu dah tak jumpa dah sesapa ulis ending citer ni
    hehehe

    gigih ni nak cari kesudahan filem ni

    1. Kesudahan ek….

      CIte pun dah start kan… Maya kecewa dengan laki dia… so dia drive laju2 sambil nangis… Laila pun kecewa sebab lelaki tue sebenarnya nak seronok-seronok je dengan dia.. Xnak kahwin dengan dia… so dia pun membawa diri lelaju.

      tertiba boleh pula Maya n Laila bertembung. Maya langgar Laila… Laila cedera parah. Maya hilang ingatan lepas accident tue…

      Ok itu je la… la la la la

Leave a Reply to suriaamanda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *