March 29, 2024

Kongsikan Inspirasi Ruang Tamu Anda Bersama Courts Malaysia

Courts Megastore Sri Damansara Hari Raya Sale

Ingin memenangi Jazine sofa dari SilentNight bernilai RM2399?

Senang sahaja. Anda hanya perlu tinggalkan komen di ruangan komen entry ini dengan menyatakan “Apakah inspirasi ruang tamu kediaman anda?” sebelum 26 Jun 2014 pukul 6 petang.

Hanya 10 pemenang sahaja akan dipilih untuk memenangi hadiah yang ditawarkan oleh Courts Malaysia.

Malangnya,

Hanya seorang pengomen yang meninggalkan komen di blog ini akan digandingkan dengan Bro sewaktu Courts Megastore + ID Workshop dan melayakan anda memenangi Jazine sofa dari SilentNight bernilai RM2399.

Dan selebihnya akan digandingkan dengan 9 blogger yang akan turut serta nanti.

Kalau rasa tak berminat nak bergandingan dengan Bro, anda boleh cuba nasib mengomen di 9 blog yang lain. Mana tahu jodoh anda kuat dengan mereka, tapi menang kalah adat bertanding.

Courts Megastore Sri Damansara Hari Raya Sale

Courts Megastore + ID Workshop

Ianya dianjurkan oleh Courts – Selaku pengedar perabut, barangan IT, Digital dan elektrik terbesar di Asia.

Pada bengkel ini, Anda akan diperkenalkan dengan aplikasi Digital Sofa Maker: Senang untuk digunakan, mudah dan membolehkan pelanggan untuk visualize rekaan di hujung jari.

Anda boleh design sendiri sofa anda sendiri. Terdapat lebih 2000 design/warna yang anda boleh gunakan.

Bengkel ini akan diuruskan oleh salah satu rakan kongsi Perabot Courts, jurucakap SilentNight – Wilbert Liu yang mempunyai pengalaman lebih 10 tahun.

Bengkel ini akan diadakan di Courts Sri Damansara dari pukul 10 pagi.

Malangnya, ia merupakan private event. So hanya 10 orang sahaja akan terpilih untuk digandingkan dengan 10 prang blogger yang terlibat.

Bukan blogger?

Bukan masalah, asalkan anda tinggalkan komen seperti yang diminta dan pihak penganjur memilih anda untuk digandingkan dengan Bro atau dengan 9 blogger yang lain.

Sofa Maker

Syarat Untuk Menyertai

Disini Bro kongsikan syarat-syarat untuk korang sertai :-

  1. Pastikan anda available untuk hadir di Courts Sri Damansara pada 28 Jun 2014  pukul 10 pagi.
  2. Nyatakan “Apakah inspirasi ruang tamu kediaman anda?” pada ruangan komen entry ini sebelum 26 Jun 2014 pukul 6 petang.
  3. Pastikan korang seorang yang kreatif dalam mendesign (jika nak join team Bro la kan he…23x)
  4. Tinggalkan link blog atau link facebook korang (untuk Bro hubungi jika korang yang terpilih)
  5. Jika korang gagal dihubungi dalam tempoh kurang 24 jam, calon lain akan dipilih.
  6. Jangan letakkan harapan yang tinggi pada Bro. Tapi kalau menang, muka korang Bro pamerkan dalam blog ini.

Itu sahaja,

Senang je nak join. Tapi yang susah nanti waktu contest berlangsung. Anda akan dipasangkan dengan Bro (nasib korang la kan) dan akan bersaing dengan 9 kumpulan yang lain.

Contoh Design Menggunakan Sofa Maker

Courts - Sofa Maker Software Screenshot 2

Courts - Sofa Maker Software Screenshot 1

Ini contoh design biasa-biasa je. Kami inginkan design dari imaginasi anda pula untuk melayakan anda memenangi Jazine sofa oleh SilentNight yang bernilai RM2399

Hadiah Utama

1 x customized 3 seater Jazine sofa oleh SilentNight yang bernilai RM2399 (harga runcit)

+ beberapa hadiah saguhati dari Courts Malaysia.

Apa lagi? Jom join sekarang dan sertai team Bro untuk memenangi hadiah utama yang ditawarkan.

Anda hanya perlu tinggalkan komen di ruangan komen entry ini dengan menyatakan “Apakah inspirasi ruang tamu kediaman anda?” sebelum 26 Jun 2014 pukul 6 petang.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

25 thoughts on “Kongsikan Inspirasi Ruang Tamu Anda Bersama Courts Malaysia

  1. inspirasi ruang tamu pastinya yang santai untuk bersama anak-anak.. kerana anak-anak permata hati.. ruang tamu tersebut juga “bersedia” menerima kehadiran tetamu secara mengejut dan dirancang..kerana tetamu yang hadir pembawa rezeki kepada tuan rumah..

    1. Tahniah Bro ucapkan kepada Suhaila Saleh.

      Kerena anda terpilih untuk bergandingan dengan Bro pada sabtu ini. Nantikan email rasmi dari pihak penganjur.

      All da best

  2. Assalamualaikum,
    Berkenan dengan hadiah, teringin nak merekacipta ruang tamu yang kosong macam padang bola tu…tapi kalau mukaku terpampang tang sini, bro tak risau ke pembaca blog ni akan menyusut secara drastik?

  3. Simple kerana di ruang tamulah gelak tawa, sedih, menangis, bersorak riang mahupun bermasam muka antara ibu, ayah, anak, suami, isteri, datuk mahupun nenek. Tiada duka tiada gembira tidak lengkaplah walau ruang tamu secantik mana pun

  4. Inspirasi sofa saya…

    Nampak kemas penuh gaya,
    Warna perlu menarik dan memukau mata,
    Rekaan praktikal duduk pun selesa,
    Sesuai untuk seisi keluarga bersantai bersama.

    nota kaki: Gue memang suke sopaaaa, hahaha

  5. inspirasi ruang tamu gaya santai dan elegen yang mampu mendamaikan si pemilik dan tetamu. Mengabungkan ciri-ciri moden dan elegen melalui pemilihan warna dan material yang mampu memenuhi citarasa si pemilik san tetamu. (*¯?¯*)

  6. Apakah inspirasi ruang tamu kediaman anda?

    Ruang tamu adalah suatu tempat yang penting di dalam sebuah kediaman.Tetamu akan terus ke ruang tamu apabila melangkah ke sesebuah kediaman.Pemilihan sofa adalah elemen paling penting dan haruslah bersesuaian dengan tema rumah.Memilih sofa yang betul dan sesuai dengan ruang amatlah digalakkan.

  7. Inspirasi ruang tamu saya..

    Biarlah praktikal dan selesa,
    Perabot minimal warnanya ceria,
    Haruslah elegan dipandang mata
    Namun penjimatan dari segi harga
    Keselesaan dicari ketenangan tiada tara
    Ruang tamuku inspirasi curahan idea..

  8. Inspirasi ruang tamu saya:

    mahu merekacipta ruang tamu yang santai dan elegan. Mahukan sofa yang selesa dan dan bergaya dengan pemilihan warna yang sesuai mengikut tema dan harga yang berpaututan. Yang paling penting ianya selesa untuk keluarga bersantai dan mampu memikat hati tetamu yang berkunjung. Tidak lengkaplah sebuah rumah tanpa ruang tamu dan tidak lengkaplah ruang tamu itu tanpa sofa.

  9. Inspirasi ruang tamu mestilah ideal dengan dengan diri saya.Personaliti diri saya mempengaruhi ruang tamu supaya tampak kemas dan unik.Kombinasi perabut yang sesuai menjadikan ruang tamu lebih kemas.Keberanian untuk mencuba tone warna adalah aspek penting yang perlu dititikberatkan agar ruang rumah tampak elegan dan memberi impak baru pada ruang tamu.Susun atur yang kemas memainkan peranan yang penting.Keserian ruang tamu dihiasi sofa memberi keseimbangan pada ruang tamu agar keselesaan bersama keluarga dinikmati bersama.Rekaan sofa dengan kombinasi warna pastel sesuai dengan dekorasi ruang tamu yang ideal.

  10. Facebook : Ezna Ahmad Khalili / roseqisteena@yahoo.com / http://www.eznakhalili.com

    Apakah Inspirasi Ruang tamu kediaman anda?

    Konsep klasik menjadi pilihan ruang tamu kediaman saya,
    Sentuhan dekorasi yang minimalis membangkitkan gaya,
    Pemilihan warna yang polos digandingkan dengan corak flora nyata berbeza,
    Saya mengimpikan ruang yang selesa buat kami sekeluarga,
    Harapan rumahku syurgaku, mencipta cinta,
    Susunan perabot memerlukan ilmu di dada,
    Moga ID Workshop dapat merialisasikan impian menjadi nyata,
    Inspirasi dekorasi dalam penataan gaya,
    Boleh diaplikasikan dalam menatarias ruang tamu rumah saya dengan gaya saya, identiti saya.

    Courts Malaysia macam macam ada,
    Memperkenalkan Digital Sofa Maker aplikasi di hujung jari,
    Gaya citarasa anda, harga kegemaran anda,
    Realisasikan impian sofa pilihan terkini.

  11. inspirasi ruang tamu saya.
    saya begitu ingin ruang tamu sy kelihatan seperti british style.dengan gaya kontemporari moden digabung british style.semoga sy terkarisma dengan sofa yang menarik dari Court dan rak2 moden

  12. Apakan inspirasi Ruang tamu Kediaman anda ?

    Nampak Mewah, Modern and Elegant.

    kebahagiaan keluarga bermula dari persekitaran rumah yang penuh dengan keceriaan warna-warni kehidupan.

  13. Apakah inspirasi Ruang Tamu kediaman anda ?

    Orang yang dah berkeluarga seperti MrJocko mesti mahu ruang tamu kelihatan luas dan kemas. Maklum la, bila ada anak-anak, ruang tamu menjadi ruang penting kerana banyak masa akan dihabiskan di situ. Sudah pasti mahukan perabut yg ringkas tetapi tetap nampak bergaya. Perabut ruang tamu mesti jenis yg lasak dan tahan lama.

    Sebab ruang tamu juga menjadi ruang untuk tempat duduk tetamu yg berkunjung, jenis perabut yg lembut dan selesa penting supaya tetamu tidak rasa kekok di rumah MrJocko.

    Erm… Kalau dapat set perabut penuh dari sofa 3 + 2 + 1 fabrik yang berkualiti kan best…?

  14. Inspirasi ruang tamu kediaman saya:

    konsep yang modern dan kelihatan elegan dan mudah kerana ianya bersesuaian dengan kehadiran cahaya mata yang menginginkan ruang yang luas dan ternyata yang simple itu kemudahkan ibunya mengemas! :)

    #ps saya pasti hadir kerana tggl di flora damansara. :)

  15. Inspirasi ruang tamu kediaman saya:

    konsep yang modern dan kelihatan elegan dan mudah kerana ianya bersesuaian dengan kehadiran cahaya mata yang menginginkan ruang yang luas dan ternyata yang simple itu kemudahkan ibunya mengemas! :)

    #ps saya pasti hadir kerana tggl di flora damansara. :)

  16. Inspirasi ruang kediaman saya adalah:

    Simple dan modern kerana ianya memberikan pandangan yang selesa kepada saya dan bersesuaian dengan kehadiran cahaya mata saya dan ianya juga memudahkan saya mengemas tatkala anak-anak membuat sepah. :)

    *ps: saya pasti hadir kerana tggl berdekatan sahaja.

Leave a Reply to sharatul amirrah othman Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *