March 29, 2024

Juara Cabaran Raja Tarik F&N 2014

Juara Cabaran Raja Tarik F&N 2014
Cabaran Raja Tarik F&N 2014 telah berakhir, apabila Gelaran Raja Tarik disandang oleh Syed Khaidir dari Johor Bahru, apabila memenangi cabaran dipusingan akhir dan membawa pulang RM10,000 beserta trofi.

Pertandingan ini dianjurkan oleh F&N Dairies Malaysia, Syarikat Susu Pekat Manis No.1 di Malaysia buat kali ke-9 bagi tahun ini.

Acara kemuncak telah berlangsung di e@Curve, Petaling Jaya dimana terdapat 9 orang finalist dari 6 negeri di semenanjang Malaysia begitu juga dengan Sabah dan Sarawak tambil memberi cabaran dengan menambilkan aksi “tarikan” masing-masing.

Pemenang tempat kedua dan ketiga membawa pulang wang tunai bernilai RM5,000 dan RM3,000.

Juara Cabaran Raja Tarik F&N 2014

Pertandingan akhir ini agak sengit.

Apabila kebanyakan perserta hadir dengan aksi yang mampu memukau penonton dan juga juri. Ada yang menunjukan aksi “tarik” diselitkan dengan tarian dan kebudayaan tempat masing-masing.

Peserta paling muda berumur 16 tahun.

Tiba-tiba rasa menyesal pula tak turut serta bertanding tempoh hari. Tetapi kebanyakan mereka memang layak bergelar Raja Tarik. Bro? Hanya mampu “tarik” dekat rumah je.

Juara Cabaran Raja Tarik F&N 2014
Ini antara aksi beliau sehinggakan beliau layak dinorbatkan sebagai Raja Tarik.

Siap ada percikan bunga api dan juga teko yang berasap. Dengar cerita beliau biasa dengan persembahan pentas, dan ianya salah satu kerja beliau.

Pusingan akhir ini diacarakan oleh Fizo Omar dan Fara Fauzana. Dan mereka juga menjadi pengacara bagi program Cabaran Raja Tarik F&N 2014 di TV3 dan TV9.

Raja Tarik 2014
Oh ini bukan muka Fizo dan Fafau.

Tetapi muka Bro dan Puan Isteri. Tak sempat nak bergambar dengan mereka berdua.

Cabaran Raja Tarik F&N 2014 ini telah berlangsung dari 26 April hingga 12 Jun 2014 diseluruh negaradalam pencarian Raja Tarik F&N seterusnya. Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi talian 018-2057114 atau lawati www.fndairies.com

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

2 thoughts on “Juara Cabaran Raja Tarik F&N 2014

  1. Tahniah Syed Khaidir dan para pemenang Cabaran Raja Tarik F&N 2014… Lepas ni bolehlah bro menuntut ilmu teh tarik kaw2 daripada beliau.. Bro, order Teh tarik satu… hehehe ;)

Leave a Reply to Anuar Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *