March 28, 2024

Duit Keluar Lagi Banyak Dari Duit Masuk

Duit Kertas RM100
Zaman sekarang ini.

Lagi kuat kita mencari duit, lagi banyak sebenarnya duit yang keluar dari masuk.

Ada orang, gaji RM1,000 pun dah cukup untuk sara hidup.

Ada yang gaji RM2,00 dah cukup untuk sara hidup berdua dengan pasangan hidup.

Ada yang gaji RM3-4000, dah cukup untuk sara hidup keluarga dengan anak yang makin membesar.

Bagaimana pun dengan yang gaji RM10-20,000 sebulan?

Cukup untuk sara keluarga dan perempuan simpanan ke? Atau cover hutang piutang yang sedia ada? Bil elektrik beribu sebulan, belum lagi kes tukar tayar kereta sebijik pun dan beribu he…23x

Teringat lagi zaman bujang dulu.

Minyak Kereta

RM20 dah cukup untuk cover duit minyak pergi balik kerja dalam masa seminggu (sebab dekat je).

Bila sudah berkahwin, Boleh la nak isi minyak RM30 untuk tahan 2 hari pergi balik kerja (sebab dah pindah duduk tempat lain).

Bila keluarga mula besar sikit, Kena sentiasa pastikan mintak dalam kereta mencukupi. Sekali isi RM50… Itu baru satu bijik kereta. Belum dua kereta (suami isteri ada kereta).

Seminggu berapa kali isi? He…23x

Belum masuk kes duit kita duit dia, duit dia.. duit dia juga he…23x

Bro tak minat nak berkira-kira. Isteri itu adalah tanggungjawab. Begitu juga dengan anak mahupun isteri2 lain.

Shopping Barang Keperluan.

Jika zaman bujang dulu, sekali shopping dalam RM20-30 je. Sebab beli barang yang penting2 je.

Bila berkahwin, sekali shopping adalah dalam RM50-100 je.

Bila dah ada anak, nak pergi shopping pun jenjarang. Sekali shopping dalam RM100-300 juga la.

Bila tengok keluarga cina yang beli sampai 2 troli. Adakah dorang nie jenis shopping sebulan sekali ke apa. Sekali bayar dalam RM1,000-2,000.

Telan air liur kejab.

Bicara Bro : Kerja jangan berlandaskan duit semata-mata. Biarlah kerja dan pendapatan yang kita perolehi terasa keberkatannya. Walaupun sikit, jika berkat maka terasa cukup je walaupun xde la banyak mana.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

24 thoughts on “Duit Keluar Lagi Banyak Dari Duit Masuk

  1. Zaman sekarang ni lagi besar gaji lagi mahal barang yg dibeli. Sebab tu duit sentiasa tak cukup. Macam tu jugak dengan cukai pendapatan. Makanya, gaji banyak mana pun tetap takkan cukup. Kesimpulannya, kena pandai kawal nafsu dan bijak mengurus wang.

  2. Dulu masa belajar guna duit pinjaman pun dah macam2 selera nak berbelanja. Lepas ni bekerja makan gaji macam mana la agaknya. Mmg kene kawal perbelanjaan.

  3. Rasanya kena tahu cara pengurusan kewangan yang terbaik. Memang betul, ada orang gaji rm2000 pun boleh survive di kawasan bandar ni berbanding dengan orang yang gajinya rm4000-5000. Mungkin kena lebih bijak mengawal nafsu berbelanja?

  4. Betul tu..banyak mana pun nilai wang itu jika tidak berkat sentiasa tidak akan rasa cukup..tetapi jika duit yang kita dapat itu berkat..sikit macam mana pun akan sentiasa cukup..

  5. Merancang ekonomi keluarga penting. Zaman sekarang pasangan muda suami isteri bekerja boleh ringankan bebang kewangan keluarga. Kalau pergi membeli belah perlu buat senarai begitu juga pergi makan diluar sudah pelan menu apa yang hendak dimakan. Bukan duduk dimeja hendak berfikir menu salah satu sebab boleh lari bajet untuk menu yang tidak sepatutnya.

Leave a Reply to akubiomed Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *