Nasi Lemak Haji Din, Tanjung Malim
Nasi Lemak Haji Din merupakan gerai nasi lemak yang popular di Tanjung Malim, Perak.

Ianya terletak di medan selera bersebelahan dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan juga berdepan dengan Masjid Tanjung Malim.

Kalau ikutkan,

Dah lama Bro tak perkena nasi lemak disini.

Selalu makan dalam meeting je (sebab bahagian pengurusan yang order – Bro tukang makan je).

So baru-baru ini, Bro singgah sekejab untuk menikmatinya sebelum gerak balik ke Kuala Lumpur untuk mencari “sesuap nasi” untuk keluarga.

Apa yang menarik tentang Nasi Lemak Haji Din?

Ada kacang panjang 3-4 batang dan kalau menyelam dalam sambalnya memang susah nak jumpa ikan bilis he…23x <- ini ayat member Bro. Walaupun lawak dan ada kebenarannya, Nasi Lemak Haji Din tetap menjadi pilihan ramai orang termasuk orang dari luar Tanjung Malim.