Dua tiga hari in, Bro memang dah rasa semacam dengan kereta yang selalu Bro gunakan. Ada bunyi yang tak biasa bro dengar dari engine.
So, Bro ada bawa kereta ke workshop untuk mereka check.
Malangnya, kereta ini mengada macam tuannya.
Bila dekat workshop, elok pula tertiba. Macam tiada apa-apa pula yang terjadi. Maka bro buat service biasa.
Sehinggakan pagi ini, selepas hantar seorang teman di Terminal Bas Bersepadu (emergency katanya) dan on da way Bro nak balik ke Perak.
Mungkin dah ditakdirkan.
Tengah sedap-sedap bawa, tertiba kelajuan kereta menjadi slow, slow dan slow. Tekan minyak pun tak rasa apa-apa (kereta tak mengaum). Adeh…!! Parah gak nie.
Maka terpaksa berhenti dibahu jalan MRR2 (Lebuharaya Lingkaran Tengah 2) – selamat ada lokasi untuk berhenti.
Dan selamat juga, kejadian berlaku pada hari Ahad.
Kalau hari biasa, gamaknya gua akan dipersalahkan kerana menjadikan MRR2 makin jem. Tapi hari ini, anytime gua boleh jadi mangsa kemalangan bila lihat kereta lain memancut lanjut menggunakan MRR2 di laluan paling kiri.
Cara terbaik,
Gua pasang double signal. Keluar kereta dan duduk jauh sikit dari kereta di kawasan yang mudah dilihat oleh pemandu yang lain.
Semalam, waktu Bro kutip blogger yang pergi event ke Perak. Bro ada bagitau, “kereta ini sensitif, bila-bila masa je dia akan rosak” Sekali tengok, hari ini turn dia nak rosak.
Memang bajet bulan 3 tahun ini memerlukan gua mengorek tabung “kahwin” gua.
Selamat ada budak “Longkai” ada yang sudi membantu (dah punca rezeki dorang).
Gua malas nak fikir banyak, lagipun ada member sorang datang membantu (cari la kawan sebanyak yang boleh selagi masih hidup ini). So hantar ke bengkel berdekatan (bengkel bebudak dorang gak la).
RM** bertukar tangan.
Bengkel itu tak de la jauh mana dari lokasi, cuma nak ke sana makan berkilometer juga sebab terpaksa pusing jauh dan masuk lorong itu ini baru sampai. Sedangkan kalau jalan kaki redah je, mahu 5 minit sampai.
Budak bengkel yang tak buka bengkel hari ini bagi tau …………….. (kau ingat aku pandai pasal kereta).
Tapi memang ada problem dari engine. Kena buka untuk check, ada part yang perlu ditukar. Azab gak la mendengarnya. Tapi gua dah pesan, jangan nak pancung gua mahal-mahal.
Gua pun ada bajet gua sendiri.
Bicara Bro : Kereta gua rosak tetapi tidak menjejaskan lalu lintas di MRR2. Semuanya berjalan lancar kecuali duit poket gua yang nampak macam terjejas teruk.
Jangan sesekali menipu isteri. Walaupun tipu sunat.
mmg bernasib baik rosak timeh hari ahad,
kalau hari bekerja mmg jiwa kacau ler kena hon tue.
next time kna beringat jgn sebut pasal kereta dalam kereta..
hehe..
mmg kereta sensitif bab tu.
Itu la pasal…
Sensitif tak bertempat la dia nie… Selamat nak berhenti tu ada tempatnya. Kalau tidak..
bli kete baru je..
larikkkkk
Kereta ini dari tahun 1996 lagi… ada gak terplan nk beli baru, itu pasal dia makin jadi sensitif
Kereta pun nk bermanja dengan bro tu.. sekali sekala. Hehehe..
He..23x nie sekali manja, terus jadi rosak teruk… tue yg bikin parah sikit nie
aisey bro… sorry to hear that.. hope semuanya ok..
Ok beb.. jangan risau.. selamat xde benda yang tidak diingini terjadi..
Timing belt ok ke? Takut putus je tu sebab tengah drive tiba2 slow.
oklah tu..sekurangnya tak menganggu orang lain.
Bro apa kaitan ayat akhir tu ngan entri nih?
Bro ada tipu isteri ker? hehe
Ayat last adalah iklan.. Tapi apa-apa kejadian pasti ada hikmahnya… Itu je yg bro boleh cakapkan.
Inilah yang memeningkan kepala bila pakai kereta. Duit lagi…
Kete bro nak bermanja-manja tu.. tpi yg ni manja kasar ..
ayat last tu lain macam jer….yang penting jujurkan Bro….kalau kereta rosak yang penting kena ada spare RM….
Takziah, dah sampai masa kereta tu nak meragam, nasib baik bukan waktu bergegas kan…ker bukan?
Hati-hati memandu, asalkan kereta dalam keadaan baik proses mencari rezeki pasti akan lebih lancar.
bab kereta yg tiba tiba baik demam bila dah sampai workshop tu biasa berlaku
hari2 kita bawa ada bunyi sana sini, bila powen bawa dia cakap ok je..tak bunyi apa pun
kereta sebenarnya boleh dapat anugerah pelakon terbaik :P
apa yang rosaknya tu?? yang diberitau pomen walaupun ntah betul ntah tidah
He..23x xpe, bro ada call sorang yg arif gak pasal kereta untuk teman bro tadi.. Dan bro sendiri tengok apa masalahnya.. Nak terang x reti..
fuuhhh.. keta ni tau dia nak meragam ari ahad jaa.. xnak nyusahkn sgt tuan dia.. hoho
Selamat dia meragam time nie, risau meragam time dah masuk highway gerak ke Perak je… Lagi parah
Kerosakkan yang tidak dijangkakan memang mengusarkan. 2 perkara perlu diambil perhatian keselamatan diri dan bajet poket.
alamak kesiannya…x per la memang dah rezeki keta tu nak dapat duit dari poket bro kan…
Nasib baik hari Ahad bro. Kalau hari isnin – khamis, mau kena maki dengan driver jem tu, huhu.