April 25, 2024

Starbucks Sebentar Sambil Menunggu Cerita Robocop

Starbucks and Robocop
Hujung minggu keseorangan berkeliaran di sekitar Kuala Lumpur.

Singgah sebentar di One Utama atas urusan tertentu. Perkena Starbucks sambil menunggu cerita Robocop bermula. Nampak macam orang bujang hari ini.

Seawal 4 pagi, bangun (awal kan – siap terlelap masa menonton Maharaja Lawak Mega Akhir) sebab nak hantar puan isteri kerja. Dia shif sebelah pagi.

Sebelum keluar rumah,

Kemas apa yang patut. Tolong isteri mengurusan susu-susu untuk simpanan Fisha di masa hadapan.

Selepas hantar isteri, plan nak lepak ofis hari ini. So breakfast dulu, perkena telur setengah masak (untuk tenaga tambahan selepas isteri habis pantang).

On da way ke ofis,

Teringat, no celcom yang dibeli tempoh hari masih belum diaktifkan. Maka terpaksa singgah ke One Utama (kedai tempat Bro beli sim kad ada di sini)

Tengok, kedai tak buka lagi.

Maka usha tiket wayang, cerita apa yang menarik hari ini (wayang dekat sangat dengan kedai tue) – Nampak yang menarik hanya Robocop, yang lain macam akan keluar dekat Astro dalam masa terdekat.

Kemudian kembali ke kedai tersebut.

Ok dah buka.

Tapi awek lain yang jaga. Comel la pulak jika dibandingkan dengan awek tempoh hari. Dah la kata dalam masa 30 minit dia akan daftarkan nombor yang Bro beli. Tapi dah masuk 5 hari, nombor masih belum didaftarkan.

Tak sampai 5 minit, dah settle semua.

Tengok lambat lagi, cite Robocop nak start. Terus melangkah ke Starbuck (lokasi orang-orang foreveralone lepak – kata Deqnoor gurau je tau)

Tak ramai la pula yang ada dekat sini. So agak selesa nak lepak sambil online update blog.

Mr. Mama - Jaga Fisha

Pukul 2 nak ambil puan isteri balik kerja, kemudian terus balik Perak. Bro rindu nak jumpa anak Bro sendiri. Rindu sangat nak sembang dengan dia walaupun tak faham apa yang dia katakan.

Kehidupan berumah tangga tak kan ceria tanpa kehadiran cahaya mata. Ianya adalah anugerah, tapi bukan semua dapat merasainya. Jika sudah merasainya maka jagalah ia sebagai salah satu tanggungjawab anda di dunia ini.

Akhirat kelak, ianya akan dipersoalan kepada anda…..

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

12 thoughts on “Starbucks Sebentar Sambil Menunggu Cerita Robocop

Leave a Reply to nabila biela Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *