April 19, 2024

Robocop 2014 – Kisah Penanggal Orang Putih

Robocop 2014
Robocop 2014, antara filem yang amat dinantikan oleh Bro bagi tahun ini.

Bagi Bro yang selama ini membesar dengan filem Robocop (sewaktu kecil) berharap sangat ianya mampu mengembalikan nostalgia lama + fantasi zaman budak-budak dulu.

Semalam,

Bertempat di One Utama Shopping Centre, Bro pergi menonton Filem ini sorang-sorang (wife tak percaya Bro pergi tengok sorang-sorang he..23x).

Starbucks and Robocop

Sinopsis Robocop 2014.

Pada tahun 2028, robot dron yang dibangunkan oleh OmniCorp telah digunakan didalam operasi ketenteraan secara total untuk mengurang kehilangan nyawa didalam peperangan.

Raymond Sellars pemilik OmniCorp bercadang untuk mengunakan robot dron melindungi orang awam tetapi mendapat tentangan kerana robot dron ini tidak mempunyai sifat manusia dan lebih kepada logik. OmniCorp melalui Dr. Dennett Norton telah membangunkan RoboCop yang mempunyai ciri-ciri robot yang masih mempunyai sifat manusia.

Alex Murphy seorang anggota polis yang dedikasi membenteras jenayah. Beliau seorang suami dan bapa penyayang telah menjadi mangsa terlibat kemalangan letupan kereta yang dirancang oleh penjenayah yang kes disiasat oleh beliau. Alex Murphy telah dipilih untuk menjadi calon sesuai projek RoboCop. – sumber AkuBiomed.

Robocop 2014 FilmApa pendapat Bro Tentang Filem Robocop.

Jalan cerita agak futuristik, berbeza dengan filem Robocop yang terdahulu. Walaupun lebih kurang sama je jalan ceritanya.

Sesuai sangat bagi mereka yang tidak pernah menonton Filem Robocop yang terdahulu.

Sinopsis Merapu Robocop 2014.

Filem ini mengisahkan tentang Penanggal orang putih bernama Alex Murphy yang gagal pulang ke badan asalnya.

Dalam keadaan yang kurang sempurna (cuma tinggal kepala dan paru-paru) menyebabkan harapan untuk beliau hidup lama agak tipis.

Isteri beliau tidak sampai hati melihat keadaan suaminya begitu, telah bersetuju untuk suaminya dijadikan prospect dalam projek Robocop.

Maka Alex Murphy berjaya memiliki badan droid yang lebih bagus dari badan manusianya sebelum ini.

Maka bermulalah perjalanan hidupnya menjejaki sindiket yang terlibat dalam perancangan menghapuskan hidupnya sebagai manusia.

Bicara Bro : Fuuhhhh dasyat filem tentang penanggal orang putih ini berbanding filem tentang penanggal Malaysia.

Tolong jangan percaya.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

13 thoughts on “Robocop 2014 – Kisah Penanggal Orang Putih

Leave a Reply to Rosmiza Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *