April 26, 2024

Peraduan Philips Avent Mummy’s Wishing Wall

Philips Avent Mummy’s Wishing WallSejak bergelar ayah kepada puteri sulungku Nur Elfisha.

Terasa macam seronok pula jika gunakan peluang ini untuk menyertai beberapa peraduan. Mana tahu, ianya bakal menjadi rezeki Nur Elfisha. Reziki anak siapa yang tahu kan :)

Disini, Bro ingin kongsikan salah satu kontest yang Bro sertai. Khas bagi mereka yang bergelar ibubapa.

Sempena dengan ulang tahun Philips Avent Malaysia yang ke-30, pihak Philips Malaysia telah menganjurkan satu peraduan foto menarik yang diberi nama Philips Avent Mummy’s Wishing Wall Contest.

Peraduan Philips Avent Mummy’s Wishing Wall

Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan juga pemegang kad pengenalan Malaysia yang sah. Ia bermula dari 24hb Febuari hingga 30 Mac 2014.

Masih banyak masa lagi. Tapi elok join sekarang untuk meningkatkan peluang untuk anda memenangi hadiah berupa produk Philips bernilai lebih RM699.

Bukan satu,

Tetapi 4 peserta berpeluang untuk memenangi hadiah utama ini.

10 Peserta yang mendapat vote tertinggi pula akan menerima hadiah berupa Philips AVENT Toddler Meal Time Set bagi setiap seorang. Rugi kalau korang tak join.

Cara untuk menyertainya?

  1. Folow fanpage rasmi Philips AVENT Malaysia dan kemudiannya “LIKE” applikasi Facebook Philips AVENT “Mummy’s Wishing Wall”.
  2. Isi butiran peribadi pada borang peraduan yang disediakan di applikasi Facebook tersebut.
  3. Muat naik gambar anak anda dengan saiznya tidak melebihi 5Mb.
  4. Pilih kategori yang ditawarkan sama ada kesihatan, keselamatan, pelajaran ataupun lain-lain.
  5. Tulis ucapan kreatif yang berkaitan dengan kategori pilihan tanpa melebihi 500 huruf termasuk hashtag rasmi peraduan iaitu #PhilipsMumsWish.
  6. Kongsikan penyertaan anda di Facebook, Twitter dan Instagram untuk mendapatkan vote daripada rakan-rakan anda.

Mudah je kan.

Apa lagi, jom sertai peraduan ini. Ke korang nak bagi Fisha menang nie?

Fisha Demam

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

12 thoughts on “Peraduan Philips Avent Mummy’s Wishing Wall

Leave a Reply to Hafiz Rahim Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *