March 29, 2024

Menang iPad Mini Lagi Dari P1

iPad Mini Dari P1
Permulaan tahun 2014 dengan memenangi iPad Mini dari P1 (Packet One Networks). Alhamdulillah, murah rezeki tahun ini.

Ini merupakan kali kedua, Bro memenangi hadiah yang sama dari P1.

Terima kasih diucapkan kepada pihak P1 yang sudi menjemput Bro ke majlis mereka baru-baru ini. Walaupun sudah beberapa kali, Bro menang hadiah dari mereka. Ianya tidak boleh melebelkan Bro sebagai “macai” mereka.

Sedang ramai blogger cuba mengelak untuk bekerjasama dengan P1.

Bro pula menjadikan laluan untuk berinteraski terus dengan pihak P1 sebagai seorang blogger bagi mewakili sesetengah orang biasa yang mempunyai masalah dengan P1 selama ini.

Mana yang sempat Bro tanya, Bro akan tanya.

Jangan jadi macam sesetengah blogger atau pihak yang tidak bertanggungjawab memperbesarkan apa yang terjadi kemudian tidak bertanggungjawab dengan apa yang mereka telah lakukan.

Bro dan beberapa rakan blogger sedaya upaya bersikap profesional untuk mewakili komuniti blogger yang menghadapi masalah dengan pihak P1. Tak semua orang sempurna, Bro juga begitu.

Jika anda mempunyai apa-apa masalah dengan P1 (terutama isu CTOS) anda boleh isukan aduan anda di link ini. Jangan nak tinggalkan komen maki hamun di ruang komen blog ini. Kerana ianya langsung tak membantu menyelesaikan permasalahan anda, kecuali anda ada masalah jiwa.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

25 thoughts on “Menang iPad Mini Lagi Dari P1

    1. Kenapa hanya mampu mimpi je. Bro sendiri pun kurang habiskan masa hadap iPad, itu pasal Bro bagi dekat wife.

      Dan ada iPad yang Bro menang, bro tolak pada kawan-kawan.

Leave a Reply to akubiomed Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *