March 29, 2024

Ilmu Blogspot Blogger Malaysia

Ilmu blogging menggunakan platform blogspot.

Bro bukannya pakar tentang blogspot, kali terakhir menggunakan blogspot secara serius pada pertengahan tahun 2009.

Itupun sebelum Bro pindah ke platform WordPress sepenuhnya bagi semua blog yang Bro sedia ada.

Kata orang tak salah nak berkongsi ilmu walaupun ilmu tersebut terasa lapuk dek zaman atau kurang relevent bagi pengguna blogspot sekarang.

(Dah ada banyak perubahan blogspot dulu dan kini).

Gambar disebelah – Bersama top blogger di blogspot (zaman 2007 – 2011 : tempoh bro kenal hingga dia kurang aktif dengan blog) – Joegrimjow.

Banyak berkongsi ilmu tentang blog sewaktu kami aktif bawah group GengBlogger yang pernah gah satu ketika dulu. Joe ini orang kuat GengBlogger. Bro orang biasa je….

Disini, Bro ingin kongsikan 3 ilmu penting blogspot bagi Blogger Malaysia.

Ilmu yang Bro kongsikan ini adalah ilmu asas dan Bro pasti, korang tiada masalah untuk mengikutinya. Tak perlu nak hadiri kelas-kelas blog atau habiskan duit untuk menguasai ketiga-tiga ilmu yang Bro ingin kongsikan.

1- PENGISIAN BLOG

Benda paling asas, tetapi ramai yang pandang remeh pada pengisian blog mereka.

Sebab itu, terlalu banyak blog yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Tetapi pengisian blog lebih kurang sama macam orang lain punya blog. Cerita pasal artis, cerita pasal cerita panas, kongsikan berita hangat.

Sampaikan xde beza pun blog anda dengan blog orang lain. Paling ketara, pengisian sebijik-sebijik copy dari surat khabar.

Apa motif anda?

Ada ramai blogger yang menggunakan blogpost yang terkenal dan berpengaruh. Kebanyakan mereka menulis blog tentang diri, keluarga, hobi, minat dan aktiviti mereka.

Header Bro Framestone

Ini sedikit sebanyak menarik pembaca untuk berkongsi pandangan dan pendapat sama seperti apa yang ingin disampaikan oleh penulis blog tersebut. Kebanyakan pembaca blog mereka bukannya blogger.

Tetapi benda ini bukannya boleh jadi dalam tempoh setahun. Malah ada diantara mereka bertahun-tahun menulis blog baru berada di kedudukan mereka sekarang.

Apa-apa pun bermula dari bawah, tak perlu malu jika blog anda tidak dikenali sekarang. Akan datang, siapa yang tahu :)

Helmet Boni Kacak

2- BRANDING BLOG

Branding blog anda, sekurang-kurangnya, bila orang masuk blog anda, mereka tahu yang ini merupakan blog anda. Bukannya blog orang lain.

Nak branding tak susah mana, asalkan korang sudi tak peningkan kepala korang.

Nama Blog

Cari nama blog + url blog yang senang orang nak ingat, nak sebut dan nak ingat. Contoh namasaya.blogspot.com.

Jangan ambil nama domain yang panjang lebar sampai susah orang nak ingat, sebut mahupun ingat. Contohnya namaakubukannamakaulamangkuktolol.blogspot.com. Itu contoh je tau.

Template Blog

Pilih template blog yang simple, kemas dan ringan. Jangan pilih template yang korang rasa cantik di mata korang je. Kecuali kalau korang sorang je yang baca blog anda.

Pembaca sure layari blog yang ringan (xde la sampai seminit baru habis loading), senang nak dibaca (tulisan xde liplap atau kejab besar kejab kecik) ataupun yang serabut (tak sempat nak baca, dah pening kepala).

Namecard Bro Framestone

Tayang muka

Sekarang tak banyak blogger yang berani nak tayang muka sendiri. Ada yang terlebih berani, sampai gambar sendiri orang guna untuk buat fake akaun.

Tapi, kalau ramai yang kenal muka korang, kalau orang lain gua muka korang. Sure dorang tahu yang itu adalah akaun fake.

Bro memang tak layan blogger yang jumpa bro face to face then kutuk belakang kata bro tak kenal dia la, apa la, bajet retis la. Sekiranya muka korang pun bro xpernah jumpa dekat blog ataupun dekat facebook.

Itu maknanya korang la yang bajet retis tue, dan bajet orang kenal walaupun xtayang muka.

3. JANGAN SOMBONG

Susah nak dapat pembaca blog yang setia, ada yang datang dan pergi.

Begitu juga dengan kaki komen di blog korang, 2-3 bulan rajin komen blog korang. Lepas tue, senyap bertahun-tahun tak datang komen blog korang.

Cara terbaik, beramah mesra dengan pembaca dan pengomen blog anda. Sekiranya mereka datang komen blog korang, korang balas la komen dorang. Paling tidak, balas kunjungan dan tinggalkan komen di blog dorang.

Kalau tak mesra di blog,

Boleh mesra di facebook ataupun bila ada gathering atau blogger hangout.

Teknik Selfie

Contoh terbaik yang bro nampak, blogger Deq Noor suka buat makanan + bagi hadiah kepada pengomen setia blog beliau.

Tengok, semua pengomen tegar blog beliau adalah lelaki, blog Bro dulu hampir di monopoli oleh kaum perempuan. Sejak berkahwin, di monopoli oleh kaum lelaki dan wanita yang kebanyakan sudah berkahwin.

Terasa berbeza siooottt….

Rasanya cukup 3 ilmu asas jadi blogger bagi pengguna blogspot di Malaysia. Jika ada bajet or mahu pergi jauh dalam dunia blogging, boleh guna WordPress dengan hosting sendiri.

Kontes Ilmu Blogspot Blogger Malaysia dianjurkan oleh HASRULHASSAN.COM dan ditaja utama oleh Blog Hebat Syuhada1981.com, Dikbee.com, AbangEnsem.com, EjamOthman.com, Saji.my serta ditaja bersama oleh Blog Mesti Baca Babyaimacomel.blogspot.com, MawardiYunus.com, MiziSempoi.com, DindaMaisarra.blogspot.com, Ecadwinkyasha.com, Terbaek.net, DuniaFarisya.com, Paly.my, Phat.my dan Blog Ieta. Kontes Hadiah Utama Tunai RM400 disokong KomisenJobdirumah serta iBiasiswa.my.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

34 thoughts on “Ilmu Blogspot Blogger Malaysia

  1. Aspek teknikal mengenai blogspot pun perlu diambil berat. Paling tidak asas tekikal setting blogspot. Ini hendak tinggalkan komen macam-macam sekuriti perlu dilalui. Boleh demam jadinya.

    1. Pada pendapat saya, Google sudah mudahkah pengguna blogspot jadi tidak ada masalah untuk mengambil tahu mengenai teknikal asas. Salahkan diri sendiri kalau blog tidak mendapat respon dengan baik.

  2. Saya sangat bersetuju bab jangan sombong tu. Bukan senag nak dapat pembaca setia.. kalau diberi pilihan nak award atau pembaca setia, tanpa ragu2 lagi saya akan pilih pembaca setia.. 1 dalam sejuta… :)

  3. terima kasih di atas perkongsian info… Tips ini secara tidak dapat saya gunakan dalam kursus membina blog, sekiranya ianya menjadi kenyataan seperti yang dipinta oleh pegawai latihan di tempat saya bekerja…

  4. memang menarik..saya masih mengguna blogspot walau dah banyak perubahan yang dibuat Blogger untuk pengguna Blogspot.Good Luck,semoga berjaya dalam contest Bro!

  5. Assalam, Bro..
    Just to inform that i really like the tips. The highlighted items are really meaningful and should help me in my next steps… tqvm :D
    Nice to get to know u here :)
    Allahualam..

  6. tips ni memang menarik (ayat skema jer kan?)
    walau apa pun entri ini mampu dijadikan bahan rujukan kepada blogger baru dan lama… semoga yang terbaik

Leave a Reply to yangbaik Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *