July 14, 2020

Cerita Arwah Abang Seorang Teman


Salam Malam Jumaat kepada pembaca blog ini yang masih belum tidur.

Rasanya ramai yang masih belum tidur, maklumlah esok hari Thaipusam. Tapi seeloknya anda tidur awal bagi mengelakan anda bangun lambat pecah kelapa depan rumah dan tersekat dalam kesesakan jalan raya sewaktu pergi sembahyang.

Malam ini,

Bro ingin kongsikan satu cerita yang dikongsikan oleh seorang kenalan. (copy bebulat)

….Teringat arwah abang che mat pernah cerita.

Sewaktu dia duduk di rumah sewa dulu. Waktu malam, kawan dia akan turun duduk sama dengan dia, sebab tak boleh tidur. Ini kerana ada bunyi benda bergerak-gerak atas siling rumah.

Kemuncak kejadian tersebut bila kawannya itu ternampak seorang nenek tua merangkak dari sudut kanan siling rumah hingga ke bucu lagi satu. Kemudian terus hilang.

Nak dijadikan cerita, sebelum hilang, sempat lagi nenek tersebut menoleh sambil mempamerkan wajahnya yang “jelita ngeri” pada kawan tersebut… Demam dia, kecot telo!!!…

Kredit : Tiffin Biru punya FB.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

15 thoughts on “Cerita Arwah Abang Seorang Teman

  1. hahahaha, lawak pulak baca entri Bro Framestone ni.

    Mula mula Asyrof baca kuat, then bila samapai ayat seram tu terus baca dalam hati.

    hahaha, seram giler lah nak baca pagi pagi ni ..

Leave a Reply to anuar Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *