Begini jadinya bila si anak berjauhan dengan ayahnya. Sekali jumpa, mesti nak bermanja-manja melepas rindu baru dapat tidur.
3 minggu tak jumpa, terasa rindunya.
Nampak je muka gua ganas dan macam tak reti jaga anak. Tapi bab nak bermain dan tidurkan dia memang kepakaran gua. Tukar lampin? Itu pas pada ibunya.
Jangan serlahkan segala kepakaran anda. Nanti, semuanya anda yang kena buat.
Minggu ini berada di Johor, untuk membawa pulang isteri dan anak ke ibu kota. Tinggal beberapa minggu sebelum puan isteri kembali bekerja. Kena biasakan si anak dengan rumah yang kami duduk sekarang.
Selepas beranak tempoh hari, Bro hantar isteri dan anak ke Perak untuk berpantang kemudian baru hantar ke Johor.
Pagi ini, Fisha (anak bro) tak boleh tidur dan mula merengek-rengek. Subat susu xnak, check lamping, tiada bahan radioaktif. So angkat dia, baringkan di dada. Terus lena.
Adeh, Fisha rindu nak tidur dalam pelukan daddy ek.
Bicara Bro : Tahniah buat Ruby dan pasangan atas kelahiran baby boy awal pagi tadi.
ala kecian nyer budak kena tinggal
Tue la, sian dia kena tinggal lelama kan
alahai, kesiannya…
Kan sian dia… Bila jumpa daddy dia.. pantang kalau x nampak daddy dia
wah sweetnye anak comel die hehe
Sampai satu masa baby memang nak tidur posisi meniarap..rasa selesa mungkin..khair dlu pun tidur meniarap..tak kira atas orang ke..atas katil ke..janji meniarap..haha
Dia suka tidur menirap atas bro je.. orang lain dia kurang berkenan
oiittt…comelnya gf firash ni, bila nak jumpakan diaorang ni..wakakaka… bro fisha tu comel tapi daddy tu seksi sangat…oopsss…ha ha ha 23x…
Amboiii.. bila declare nie? lagi satu sanggup ke dapat besan yang seksi sangat macam nie?
Kasih bapa… Suka word jgn tunjukkan smua kepakaran anda tu. Stuju, karang smua kita yg kena. Hehe…
He…23x nasihat lelaki kepada lelaki :)
amboi..seksiknya hang..
lubang hidungku tetap menjadi pujaan hati hang he..23x seksi x?
3 minggu tak jumpa yer bro , wah agak lama tuh…huhu
Sebelum ini paling lama xjumpa pun 2-3hari je
Bestnyer bb nak bermanja dgn daddy :)
wah semua main tayang anak yer sekarang haha nak tayang gak la anak kucing
bes la die ada bantal kulit. haha
bgus2 ni..tapi seksi bro..
dah makin semangat badan fisha.. pipi pon dah montel.
eh dkna cakap depan cermin ke?
macam sedih jer…..
olololo… manjanya baby dengan papa…. papa xmo sedih2… xmo xmo…
Jeles tgok orang ada anak kecik..entah bila la turn SA..
seksiiii!!*tutup mata*