March 29, 2024

Antara Cinta Dan Persahabatan – 3 Peas In A Pod

Antara perasaan cinta dan persahabatan.

Itu yang cuba diterapkan dalam Filem 3 Peas In A Pod terbitan Huat Film Production di bawah arahan Michelle Chong. Diterajui oleh 3 bintang utama dari Singapura, Taiwan dan Korea.

Pengambaran filem ini telah diadakan di sekitar Australia.

Filem ini dibintangi oleh pelakon popular Calvin Chen (Taiwan), bekas ahli kumpulan K-pop U-Kiss Alexander Lee Eusebio (Korea) dan pendatang baru yang sedang meningkat naik Jae Liew (Singapura).

Dengan kehadiran 3 pelakon ini mampu memberi gambaran lebih jelas tentang perbezaan bahasa dan budaya antara 3 watak dalam filem ini.

Setiap watak juga mempunyai personaliti yang berbeza tetapi berjaya dibawa oleh mereka bertiga.

3 Peas In A Pod

Ia mengisahkan tentang 3 orang pelajar yang sedang menuntut di Universiti Melbourne, Australia dengan latar belakang dan negara yang berbeza.

  1. Penny (Jae Liew) berasal dari keluarga sederhana di Singapura. Seorang yang kurang menarik dan lemah dalam pelajaran. Mula bersahabat baik dengan Peter Park (Alexander Lee Eusebio) semasa sesi orientasi dan menimatinya dalam diam.
  2. Peter Park pula merupakan seorang pelajar lelaki kacak dan kaya yang akan mewarisi empayar hotel milik bapanya berasal dari Korea. Merupakan idola dan diminati oleh pelajar lain. Malangnya, beliau seorang yang sombong dan malas belajar. Penny yang meminatinya telah diguna untuk menghadiri kelas Peter untuk mencatat nota dan membuat tugasannya.
  3. Perry (Calvin Chen) yang merupakan seorang pelajar miskin dari Taiwan. Dia merupakan seorang yang bijak dan rajin belajar. Pengajiannya pula ditaja sepenuhnya. Beliau mengenai Penny secara tidak sengaja sebelum mereka bertiga menjadi rapat.

Keakraban mereka bertiga menyebabkan mereka dikenali sebagai ‘3 Peas’ di universiti kerana nama mereka bermula dengan huruf P.

Sehinggakan pada akhir pengajian mereka,

Peter tidak mahu pulang ke Korea untuk menghadapi kehidupan dan perkahwinan yang sudah diaturkan oleh keluarganya.

Oleh itu, Peter memujuk Penny dan Perry untuk bercuti bersama-sama sebagai percutian terakhir sebelum mereka berpisah. Penny dan Perry akhirnya bersetuju dan mereka berjalan-jalan melihat tempat-tempat menarik di Australia.

Lagipun sepanjang tempoh mereka berkawan, mereka masih belum mengenali antara satu sama lain dengan lebih rapat. Maka dengan percutian ini mereka gunakan sebaik mungkin sebelum mereka berpisah.

  1. Penny – Amat menyukai Peter. Malangnya dia sendiri tidak berani meluahkannya
  2. Peter – Kali terakhir dia gembira sewaktu berumur 12 tahun. Kenapa beliau jadi begini?
  3. Perry – Seorang yang berahsia.

Dalam tempoh percutian,

Mereka mula menyedari perasaan di antara satu sama lain dan hubungan mereka menjadi semakin rumit.

Peter cemburu dengan kemesraan antara Penny dan Perry sehingga merasakan dirinya terabai (selama ini, Penny banyak habiskan masa untuknya). Perry pula kurang selesa dengan cara Penny yang taksub terhadap Peter.

Begitu juga dengan Penny, bila dapati hubungan Perry dan Peter kurang rapat kerana dirinya.

Apakah yang sebenarnya berlaku di dalam hubungan mereka? Sama-sama saksikan filem ini dipawagam pada 16 Januari 2014.

Review Bro Framestone – 3 Peas In A Pod

Jalan cerita yang santai, penuh dengan punch line yang agak lucu walaupun watak bercakap dengan nada serius. Cinematography yang menarik menfokuskan perkembangan watak dan memperkenalkan Australia itu sendiri (Mereka berkerjasama dengan Tourism Australia)

Sambil anda menonton, anda sendiri boleh merasakan keindahan yang pemandangan yang menarik yang terdapat di Australia.

Paling penting, ianya menerapkan element persahabatan dan perasaan yang wujud antara mereka. Banyak part yang mampu membuat anda tersentuh

Bro bagi 4.5/5 bintang (cakap sambil buat aksi Nora Danish)

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

9 thoughts on “Antara Cinta Dan Persahabatan – 3 Peas In A Pod

  1. 3 bintang filem dari 3 negara bergabung… Filem ini Tentu boleh mendapat kutipan yang banyak, disebabkan setiap palakon sudah tentu mempunyai peminat dari negara masing2..

Leave a Reply to Que Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *