April 25, 2024

Sekitar Majlis Perkahwinan Ariff Shah Dan Nur Zulaikha

Ariff Shah Nur Zulaikha

Alhamdulillah,

Dapat juga Bro hadiri majlis perkahwinan sahabat blogger – Ariff Shah hari ini yang berlangsung di Dewan Merak Kayangan, Bangunan Felda.

Tahniah dan selamat pengantin baru Bro ucapkan kepada Ariff Shah yang sah diijab kabulkan dengan gadis pilihan – Nur Zulaikha pada 22 Disember 2013.

Bro sampai seawal 12 lebih.

Pengantin berarak masuk pada pukul 12.30 tengahari (Kira on time la juga Bro sampai)

Majlis Perkahwinan Ariff Shah

Pengantin diarak masuk ke dewan sambil ditemani oleh dayang-dayang yang comel terus ke pelamin. Malangnya Bro segan nak ke depan ambil pic depan pelamin (sebenarnya tengah makan dekat meja belakang).

Terdapat beberapa persembahan kebudayaan yang dibawa dari Kuala Kangsar.

Tidak lupa juga persembahan ghazal oleh Ayati Tasrip – penyanyi popular tanah air di era 90-an.

Malang lagi sekali menimpa,

Bro rasa ralat tidak bergambar dengan pengantin. Tapi sempat bersalaman dengan beliau. Waktu bersalam, terasa tangan dia berpeluh. Lalu Bro pun berkata,

“Awat tangan berpeluh ini? Nervous ek? Biasalah. 1st time kahwin memang macam ini. Masuk 2nd 3rd rasa macam nak masuk 4th pula”

Jangan lupa untuk melihat gambar sekitar majlis pernikahan Ariff Shah.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

16 thoughts on “Sekitar Majlis Perkahwinan Ariff Shah Dan Nur Zulaikha

  1. salam,
    terima kasih kerana sudi hadir pada majlis eka dan ariff…nak sembang pun tak dapat hari kenduri tu…maklumlah akak jadi penyambut tamu…kena tunggu kat pintu aje…tk sekali lagi syukri…:)

Leave a Reply to Dkna Abza Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *