March 28, 2024

Nasi Goreng Ayam RM6 – Mahalnya

Nasi Goreng Ayam
Nasi goreng ayam RM6, mungkin harga standard sekarang kot. Lebih-lebih lagi bila negara kita, Malaysia dilanda krisis kenaikan harga barang secara berjemaah bermula tahun 2014 ini.

Ke tempat korang harganya masih murah lagi?

Korang mesti nak tahu kenapa Bro cakap nasi goreng ayam yang berharga RM6 ini mahal?

Nasi sikit + ayam kecik + tak de timun + sup pun tiada + restoran yang jual pun biasa-bisa. Sedap lagi Nasi goreng ayam dekat Sup Meletup. Walaupun harganya murah, ayamnya pun cukup menyelerakan + nasinya banyak + supnya memang power.

Nak komplen lelebih, kedai melayu. Kalau mamak tue, tak pe la juga.

Bicara Bro : Teringat dulu masa memuda makan nasi goreng ayam RM2.50 je. Kemudian naik ke RM3, RM3.50 dan seterusnya. Memang terasa perbezaannya.

Tapi kalau boleh, harga naik, jangan pula makin sikit nasinya ataupun kesedapannya pun kurang.

Pak Menteri sure tak layan kot nasi goreng ayam harga macam nie. Itu pasal tak rasa sangat impact bila sesuatu harga dinaikan.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

19 thoughts on “Nasi Goreng Ayam RM6 – Mahalnya

  1. Rm6 tu ok lagi.. ada 1 restoran masakan thai.. alah restoran tomyam biasa jer.. bukan high class sangat pun… Nasi Ayam RM8. terkejut jugak.. nasi ayam dia nasi tu x macam nasi ayam biasa kita makan.. macam nasi kuning jer.. ayam biasa je. Standart kita makan kat tempat lain nasi ayam camtu cuma RM4 – Rm4.50 jer… Rasa pun takde la sedap sangat boleh la..

    1. Harga mcm x ok bg restoran melayu yg service dan kebersihan standard kedai tepi jalan.

      Memang xsedap, cuma ini je yg dekat dan keliling semua kedai cina… Hidup selama ini pun sebab orang lain tiada pilihan lain.

      Kalau keliling ada kedai melayu, rasanya dah tutup dah kedai nie

  2. Apa nak buat semuanya serba serbi mahal..tunggu Iera habis pantang eh bro…nanti suh Iera masak, bawak bekal…jimat pun jimat…SA dah biasa dah…hehehehe…tp apa yang SA nampak, orang kita yang terlebih2 naikkan harga especially makanan…

  3. Teringatkan akan adik ipar(peniaga makanan) tak sampai hati untuk kurang itu ini semasa menjual Nasi Lemak. Bagi beliau biarlah pelanggan rasa puas makan dengan harga yang dibayar.

  4. Mak oiiii mahalnya. Rasanya nasi tu tak sampai separuh pun. Kosong pula tu. Lembik pula tu. Ayam pun sikit… keras dan kering jer nampaknya. Sampainyaaaa hati peniaga tu. Hanya Allah saja yang tahu niat dia.

Leave a Reply to hazman aka species1980 Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *