April 19, 2024

#Kolumpo – 3 Rasa Hidangan Bront Palarae, Syed Munasar dan Rozi Izma

kolumpo header

Kolumpo – diarahkan oleh tiga pengarah berbeza adalah cetusan idea daripada perbincangan tiga sahabat untuk mengangkat kisah mengenai sisi berbeza mengenai Kuala Lumpur.

Digambarkan melalui perspektif yang berbeza dari Bront Palarae, Syed Munasar dan Rozi Izma yang mampu menyentuh perasaan dan usus perut anda.

Cerita bermula dari Pasar Seni ke KLCC ke Setapak, filem ini mengaitkan cerita – cerita tentang harapan dan impian warga kota Kuala Lumpur.

kolumpo poster

Seorang imigran India yang baru sahaja tiba di KL untuk berkerja dan memulakan hidup baru mendapati syarikat yang telah mengupahnya sudah jatuh benkrap. Dia kemudian diselamatkan oleh seorang tauke restoran mamak dan memulakan hidup barunya sebagai seorang pendatang haram di KL.

Di Setapak pula, seorang gadis muda yang asyik cuba mengelak panggilan telefon ibunya yang asik bertanya tentang masa depannya. Hinggakan satu ketika beliau terpaksa menolong seorang perempuan tua nyanyok mencari rumahnya sepanjang hari.

Di Ampang pula, seorang pemuda bertemu dengan seorang gadis misteri yang turut ketinggalan tren yang terakhir. Untuk seorang pemuda yang tidak pernah bercinta dan berkawan, pertemuan ini banyak mengubah kehidupannya.

Ketiga-tiga cerita ini digabungkan untuk menghasilkan sebuah kolaidaskop hidup di bawah langit kota Kuala Lumpur yang penuh denga harapan dan sisi manisnya.

Ibarat Kentang.

Rahul - Azad Jasmin Kolumpo

Kisah tentang Rahul yang terpaksa menghabiskan semua duit simpanannya untuk datang ke Malaysia untuk membaiki taraf kehidupannya keluarganya di India. Beliau mendapat tawaran untuk menjadi pembantu pengarah syarikat grafik.

Sepanjang perjalanan, beliau ditipu oleh prebet sapu. Lebih malang lagi bila dapati syarikat yang menawar kerja kepadanya telah tutup akibat mengaji pekerja tanpa izin.

Beliau berkenalan pula dengan tokey restoran mamak yang sudi mengambil beliau berkerja dengannya. Disitu Rahul mula berkenalan dengan rakan-rakan senegara yang senasib dengannya.

Rupa-rupanya, bukan dia seorang sahaja yang teraniaya. Ramai lagi yang senegaranya ditipu dengan peluang berkerja di Malaysia sebagai doktor, peguam, cikgu dan arkitek. Akhirnya semuanya bekerja di restoran mamak.

Rumah Burung

Rumah Burung - Kolumpo

Mengisahkan tentang seorang gadis cina bernama Gienna yang sentiasa mengelak panggilan dari ibunya yang risau tentang dia yang masih belum mempunyai buah hati. Sehinggakan pada suatu hari beliau bertemu dengan seorang nenek nyanyuk yang ingin mencari jalan balik ke rumahnya.

Paling malang bila si nenek ini – Nek Wok menghadapi masalah short-term memory lost (selamat Bro jenis Long-Term) dimana dia sendiri tidak ingin siapa Gienna walaupun sudah beberapa kali dia memperkenalkan diri.

Sehinggakan Gienna nampak sendiri apa yang family Nek Wok buat kepadanya dan dia merupakan mangsa ke-60. Disitu beliau mula menghubungi ibunya dan ingin meluang lebih masa selagi ibunya masih ada.

Bukan Lelaki.

Bukan Lelaki - Kolumpo

Kisah tentang seorang pemuda bernama Hafidd, seorang yang tiada keyakinan dalam dirinya. Walaupun beliau dilahirkan sebagai lelaki, tetapi beliau tidak tahu bertukang, tak minat menonton bola dan juga tiada teman wanita.

Beliau bukannya pondan atau lelaki berjiwa wanita. Beliau lelaki tulen tetapi berbeza dengan lelaki yang lain.

Sehinggalah beliau bertemu dengan seorang wanita yang meminta beliau menemaninya yang telah ketinggalan tren terakhir. Bermula malam ini, kehidupan Hafidd mula berubah.

Bicara Bro : Memang menarik cerita ini. Seronok menonton sesuatu yang ringan dan mampu buat anda sendiri berada dalam situasi yang dihadapi oleh setiap watak. Jangan lupa untuk menonton Filem Kolumpo di pawagam bermula 5 Disember ini.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

15 thoughts on “#Kolumpo – 3 Rasa Hidangan Bront Palarae, Syed Munasar dan Rozi Izma

Leave a Reply to Anuar Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *