March 29, 2024

Bawa Fisha Ke Klinik Untuk Suntikan Imunisasi

Teman Isteri Ke Klinik Suntikan Imunisasi Bayi

Awal-awal pagi bangunkan dan mandikan Fisha (oh itu tugas ibunya)

Bro? Maaf… Pukul 2 pagi selepas event semalam baru sampai rumah di Perak. Terjaga malam, sebab Fisha merengek. Adeh baru beberapa hari tak jumpa rasa macam kena culture shock semula.

Yang lebih ketara nampak Fisha makin besar. Eh baru 3 hari tak jumpa, cepatnya dia membesar. Rasanya menyesal tak dapat tengok dia membesar setiap hari.

Fisha faham kan, daddy tak larak nak berulang Perak – KL hari-hari.

So pagi ini, bawa Fisha ke klinik kesihatan area tempat Bro. Dekat je dengan rumah. Tapi kena pergi dengan menaiki kereta juga.

Bawa Fisha ke klinik bukan sebab dia tak sihat ke sakit. Cuma nak dapatkan suntikan umunisasi yang biasa diberikan kepada bayi yang baru lahir. Eh lupa, Fisha dah berumur 32 hari. Cepatnya masa berlalu.

Berikut adalah lima imunisasi dasar yang wajib diberikan kepada bayi:

  1. Imunisasi BCG (Bacillus Calmette-Guerin) sekali untuk mencegah penyakit Tuberkulosis. Diberikan segera setelah bayi lahir di tempat pelayanan kesehatan atau mulai 1 (satu) bulan di Posyandu.
  2. Imunisasi Hepatitis B sekali untuk mencegah penyakit Hepatitis B yang ditularkan dari ibu ke bayi saat persalinan.
  3. Imunisasi DPT-HB 3 (tiga) kali untuk mencegah penyakit Difteri, Pertusis (batuk rejan), Tetanus dan Hepatitis B. Imunisasi ini pertama kali diberikan saat bayi berusia 2 (dua) bulan. Imunisasi berikutnya berjarak waktu 4 minggu. Pada saat ini pemberian imunisasi DPT dan Hepatitis B dilakukan bersamaan dengan vaksin DPT-HB.
  4. Imunisasi polio untuk memberikan kekebalan terhadap penyakit polio. Imunisasi Polio diberikan 4 (empat) kali dengan jelang waktu (jarak) 4 minggu.
  5. Imunisasi campak untuk mencegah penyakit campak. Imunisasi campak diberikan saat bayi berumur 9 bulan.

Lena Fisha TidurYang mana satu diberikan kepada Fisha tadi?

Bro pun tak pasti he…23x puan isteri je yang tahu. Perut time tue tengah kelaparan, terus tak boleh nk fikir apa-apa.

Balik dari klinik perkena nasi lemak dan roti canai. Yummm sedap.

Bicara Bro : Nampak Fisha membesar dengan sihat. Puan isteri pula makin berseri-seri sekarang ini.

Geram pun ada (ops puasa 100 hari)

Paling penting, semalam ada yang cakap Bro nampak makin kurus dan hensem (ini bro yang tambah sendiri) sejak ada anak he..23x Eh betul ke nie?

Mungkin sebab berjauhan dengan isteri kot, itu pasal makin kurus.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

10 thoughts on “Bawa Fisha Ke Klinik Untuk Suntikan Imunisasi

  1. Alololo Fisha…

    kie pun turut indirectly follow,… ya Fisha dah nampak besar Bro…

    comel pipi Fisha macam Bro… huhuh… mcm nak cubit je…

  2. Kita serupa Bro.. Anak saya pun kena cucuk hari ni.. Petang karang nak kena bawa Assyifatu Naila pergi ambil suntikan dekat klinik kerajaan…

Leave a Reply to Kikie Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *