April 26, 2024

Telefilem Oh My Ganu!

Pelakon Oh My Ganu!

Oh My English! kini tampil dengan telefilem khas berjudul Oh My Ganu! yang akan disiarkan pada 27 November 2013, jam 9 malam di Astro TVIQ (Saluran 610) dan siaran serentak berdefinisi tinggi di Astro Maya HD (Saluran 135).

Telefilem Oh My Ganu! yang merupakan kesinambungan daripada episod kemuncak Oh My English! musim kedua. Sempena cuti sekolah, telefilem bercorak komedi pendidikan ini akan turut menampilkan Zizan Raja Lawak dan Izzue Islam dalam watak baru.

Tiz Zaqyah Oh My Ganu!Oh My Ganu menyambung kisah episod kemuncak iaitu episod 20 Oh My English musim kedua, yang berakhir dengan babak tergantung yang mana Mr. Henry Middleton (Zain Saidin) harus memilih sama ada berjumpa Sara Jane (Gabriella Robinson) yang akan berangkat ke United Kingdom, ataupun Cikgu Ayu (Tiz Zaqyah) yang mengambil keputusan untuk pulang ke Terengganu.

Sebanyak 50,000 undian dalam talian atau menerusi media sosial dari penonton telah diterima dan hasilnya 89% daripada undian menyebelahi Cikgu Ayu. Keputusan inilah yang telah membentuk jalan cerita telefilem ‘Oh My Ganu’.

Beberapa pelakon hebat turut membuat penampilan untuk pertama kalinya dalam Oh My English.

Mereka ialah Zizan Razak dan juga Izzue Islam. Kedua-dua pelakon tersebut terpilih untuk ‘Oh My Ganu’ atas permintaan peminat menerusi Facebook dan Twitter, kebolehan masing-masing menjayakan watak komedi, dan juga kerana kedua-duanya berasal daripada Pantai Timur.

Sinopsis Oh My Ganu!

telefilem ‘Oh My Ganu’ yang berlatar-belakangkan sebuah kampung di pantai timur, penonton juga dapat menyaksikan adegan mencuit hati apabila pelajar 3 Merah dan guru kesayangan mereka Mr. Middleton pergi mencari Cikgu Ayu di kampung halaman beliau.

Izzue Islam Oh My Ganu!Namun begitu, dalam gelagat lucu pastinya terselit drama dan cabaran apabila Mr. Middleton terpaksa berhadapan dengan Zizang (Zizan Razak), seorang jutawan di kampung tersebut yang turut menaruh hati terhadap Cikgu Ayu, dan juga Aiman (Izzue Islam) yang sangat rapat dengan Cikgu Ayu.

Siapakah yang akan berjaya memenangi hati Cikgu Ayu dan apakah kesudahan buat para pelajar kelas 3 Merah? Semuanya akan terjawab di dalam telefilem Oh My Ganu! nanti.

Pastikan anda tidak ketinggalan untuk menonton telefilem khas kesinambungan daripada siri Oh My English! yang berjudul Oh My Ganu! yang akan disiarkan pada 27 November 2013, jam 9 malam secara eksklusif di Astro TVIQ (Saluran 610) dan siaran serentak di Astro Maya HD (Saluran 135).

Telefilem ini juga boleh ditonton oleh pelanggan NJOI, menerusi Astro Prima (Saluran 105) pada jam 9.30 malam pada hari yang sama.

Bicara Bro : Gua suka gadingan Izzue Islam dan Tiz Zaqyah. Siap terbawa-bawa watak Drama “Sebenarnya, Saya Isteri Dia” cuma word sahaja berbeza bila Tiz ucapakan “Sebenarnya, Saya Kakak Dia”.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

13 thoughts on “Telefilem Oh My Ganu!

  1. Haha nie yg best nie ade “firash arshad”kat oh my ganu mcm SSID plak tap zizan dngan zain lh bkn izzue islam,tap xpe ade gak kan izzue islam hahahohohuhu wajib tngk nie!!!

Leave a Reply to Denaihati Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *