Seperti yang kita sedia maklum,
Baru-baru ini pihak Maybank telah memperkenalkan paparan terkini bagi website mereka – Maybank2U yang seakan-akan interface Window 8. Malangnya, mereka terpaksa kembali ke paparan yang asal akibat beberapa masalah yang dihadapi oleh pengguna mereka.
Bro salah seorang yang tertekan dengan masalah dan kelembapan Maybank2U baru-baru ini.
Buka guna handphone lagi laju dari guna laptop walaupun menggunakan WiFi yang sama.
Bila baca status rakan-rakan di facebook tentang permasalahan dorang sewaktu menggunakan Maybank2U – lembap sesangat. Diharap sebarang perubahan perlu dikaji semula supaya permasalahan sebegini tidak terjadi.
Bicara Bro : Benda yang cantik, tak semestinya bagus. Awek cantik, tak semestinya sesuai dijadikan isteri #nonsense
Check duit dalam akaun, awat makin kurang nie. Bulan 12 tak masuk lagi nie.
website maybank2u nie penting….nak tengok anak masukkan duit, nak bayar payment bil-bil semua, nak beli top up telefon. nak transfer duit….ehhh…macam-macam ler….
Semalam pun sakit jugak la nak log in, tapi dapat juga buat beberapa tranksaksi, pagi ni guna yg lama punya pun terasa lembab jugak.
Benda yang cantik tak semestinya bagus – Quote of The Day (hehehe)
Macam mana konglomerat besar boleh ada masalah. Memang teruk syarikat yang membangunkan apps akan kena hentam cukup-cukup.
kie memang jarang sangat buka m2u kat laptop…
selalu thru fon je…
tapi bila rasa ada kekurangan or terlebih terus buka laptop nak kesahihan lebih jelas kekekee….
yap, memang lembab masa baru tukar tu..
Tu la pasal…elok yang lama tu diorang nak tukar2…apapun x bleh bila SA nak check duit…