April 19, 2024

Chicken Soup Noodle – Makanan Orang Nak Demam

Chicken Soup Noodle
Chicken Soup Noodle

Itu nama yang tertera pada buku menu yang diberikan oleh waiter.

Eh mana waitress yang tempoh hari. Rasanya 3 bulan tak nampak dia. Kalau tidak mesti perasan lirikan matanya pada Bro (Perasan sorang-sorang)

Dah kahwin kot dia. Tunggu Bro lambat sangat nak masuk meminang dia he..23x (boleh kot terima dek akal sendiri).

Kisah berlaku 2-3 hari lepas.

Dari Perak ke KL untuk mencari nafkah keluarga. Stuck dalam jem yang luar biasa di persimpangan NKVE, maka terpaksa guna jalan lain.

Dalam ofis,

Jari jemari dok vibrate macam orang kena Parkinson. Tekak dah rasa semacam, kepala berpinar-pinar. Oh dah sampai musim demam rupanya.

Melangkah perlahan-lahan keluar ofis, hampir terjatuh berdekatan dengan lift.

Slow-slow melangkah ke kedai makan port yang selalu Bro makan. Walaupun mahal, rasanya disitu je yang kena dengan tekak Bro. Kedai lain yang ada pun mamak, lain-lain kedai yang sememangnya 100% tak halal hidangannya.

“Nasi goreng Indonesia?” kata waiter warga ….. yang selalu mengambil order Bro.

“Tak, nak try menu lain” balas Bro

Sup menjadi pilihan, belek-belek ke hidangan berasaskan sup. Hanya Chicken Soup Noodle sahaja yang ada. Jadilah kan.

Walaupun supnya tak sepekat Sup Meletup atau Sup Kaw (dah pindah ke mana kedainya nie), tapi jadilah dari tiada kan. Memang berpeluh-peluh menghirup sup ayam yang panas sambil menikmati Teh O Ais Limau.

Eh, Teh O Ais Limau? He…23x chow

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

17 thoughts on “Chicken Soup Noodle – Makanan Orang Nak Demam

Leave a Reply to aizamia3 Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *