April 20, 2024

Blogger Boleh Menang RM10,000 Dengan ichoose.my


Kepada rakan blogger yang ingin menggunakan domain .MY (dotmy), Bro ada berita baik untuk anda.

Anda boleh dapatkan domain tersebut dari iChoose.my untuk blog anda dan berpeluang untuk memenangi wang tunai berjumlah RM10,000.

Contest ini bertujuan untuk mempromosikan lagi penggunaan domain .my dikalangan blogger tempatan. Bro sendiri pun sudah ada domain .my cuma tak boleh reveal lagi buat masa sekarang.

Ianya turut menawarkan hadiah yang cukup menarik kepada pemenang utamanya (bayangkan kalau anda yang menang), iaitu wang tunai sebanyak RM10,000 beserta penggunaan domain percuma selama setahun.

Bagaimana untuk menyertainya?

Cara untuk menyertainya cukup senang dan mudah.

  1. Anda perlu terlebih dahulu dapatkan domain anda di ichoose.my
  2. Kemudian tulis satu entri minima 200 perkataan dalam blog dengan menyatakan kata kunci (blogger, ichoose.my, MYNIC). Jangan lupa letakkan link ke www.ichoose.my dalam entri tersebut.
  3. Emailkan nama, no telefon serta URL entri tadi ke ichoose@mynic.my, dengan “#ichoose” sebagai subjek email.

Mudah bukan?

Untuk maklumat lanjut dan syarat penyertaan anda boleh dapati di www.ichoose.my/contest.php.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

15 thoughts on “Blogger Boleh Menang RM10,000 Dengan ichoose.my

Leave a Reply to blogger lelaki Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *