March 29, 2024

Air Asia Perkenalkan Kamal’s Mee Goreng Mamak – RM12

Kamal's Mee Goreng Mamak
Bagi pengguna perkhidmatan AirAsia & AirAsia X.

Anda kini boleh menikmati menu terbaru iaitu Kamal’s Mee Goreng Mamak di dalam pesawat dan semasa proses pra-tempahan (pre-order) bagi kedua syarikat penerbangan tersebut.

Anda boleh menempah hidangan ini dalam kesemua penerbangan yang berkod AK, tempahan boleh dilakukan secara atas talian di www.airasia.com

Sebelum ini AirAsia telah memperkenalkan hidangan Nasi Lemak Pak Yasser serta Nasi Ayam Uncle Chin, kini Kamal’s Mee Goreng Mamak pula menjadi menu terbaru bermula 1 November 2013.

Gabungan terbaik mee, dengan daging dan ayam, hirisan kek ikan, tauhu, telur, dan sayur kobis. Dengan hanya RM12 sahaja untuk pembelian dalam pesawat atau pra-tempahan (termasuk air mineral 100ml)

Menu Terkini Air Asia

Selain Kamal’s Mee Goreng Mamak , AirAsia juga memperkenalkan dua hidangan yang baru bagi menu bulan November dan Disember iaitu Spicy Tuna Wrap dan menu istimewa Krismas Roast Chicken With Cream Sauce.

Hidangan Roast Chicken With Cream Sauce anda boleh dapatkan dengan harga RM12 (air mineral 100ml) bagi pra-tempahan atas talian dan RM15 dihidangkan bersama 325ml Coke.

Spicy Tuna Wrap pula pada harga RM9 (pra-tempahan) di atas talian, atau RM10 diatas pesawat.

Bicara Bro : Berita baik, anda boleh menikmati Nasi Lemak Pak Yasser pada harga RM10 (bagi masa terhad)

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

22 thoughts on “Air Asia Perkenalkan Kamal’s Mee Goreng Mamak – RM12

  1. Bestnya… dapat pekena Kamals mee goreng mamak dekat Air Asia… Satu promosi yang menarik… Melalui cara ini boleh perkenalkan makanan menarik di Malaysia kepada pelancong luar negara…

Leave a Reply to akubiomed Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *