April 18, 2024

14 Hari Bergelar Seorang Bapa

Puteri Sulung Bro Framestone Iera Kan

Hari ini genap 14 hari Bro bergelar seorang bapa kepada anak ku sendiri – Nur Elfisha.

Hari ini juga merupakan ulang tahun pertama majlis perkahwinan Bro dan isteri sebelah Perak (Sebelah keluarga Bro). Malangnya tak sempat nak sambut, rasanya puan isteri pun mesti tak perasan kot.

So buat-buat lupa kejab he..23x

Tanggungjawab.

Sejak bergelar seorang bapa, banyak benda yang Bro terfikir dan perlu fikirkan. Ye la, sampai bila kita nak berada di takuk yang sama. Perlu ada perubahan dan penambahbaikan berdasarkan tanggungjawab yang semakin berat ini.

Kalau tanggungjawab seorang suami pun tunggang-langgang. Macam mana nak memikul tanggungjawab seorang bapa.

Kerja itu kerja juga, walaupun terpaksa berpuasa 100 hari (lebih afdal kata sesetengah orang), jangan sampai air naik kepala sehinggakan kita hilang pertimbangan. Jangan pula dilepaskan pada orang lain, barang mahupun haiwan. Kita perlu berikan kasih sayang kepada haiwan juga.

pelakon tambahan kisah sebenar bibah tv9

Kerjaya.

Sebelum lelapkan mata, ada juga terfikir untuk memantapkan lagi ilmu blogger dengan menyertai Kelas WordPress Akademi Denaihati. Memang Bro sudah lama dalam dunia blogging. Tapi tak bermaksud semua benda bro tahu.

Business Online? Pernah juga terfikir nak buat. Dulu Bro pernah buat secara sambilan. Alhamdulillah ada juga pembelinya, malangnya semuanya bukan produk bro sendiri. So berapalah komisen yang Bro dapat dari jual produk orang lain kan.

Kalau boleh, nak juga jual produk sendiri.

Buat masa sekarang, Bro lebih fokus kepada perkhidmatan. Terutamanya kepada mana-mana business owner yang ingin mengiklan melalui blog dan social media. Alhamdulillah, rezeki masih tak putus-putus lagi. Cuma kalau boleh, biarlah ianya berkembang.

Tetapi tak semua blog atau orang berpengaruh dilaman sosial mampu Bro ketengahkan atau mempunyai potensi kepada klient.

Tak semua benda/kerjaya yang ada mudah atau tiada cabaran. Even jadi ahi silap mata macam abang kepada rakan blogger. Tahniah kepada Da Great Magickstar yang dinorbatkan sebagai juara pencarian Bintulu Got Talent dalam FIKON 2013!

2 Minggu Bergelar Bapa.

Sepanjang 2 minggu ini, Bro banyak berulang-alik dari Rawang ke HUKM (Lahir sana). Kemudian KL – Perak boleh dikatakan setiap hari untuk mencari rezeki sambil usha anak isteri.

Kadangkala berjaga malam jaga anak. Tidur memang confirm tak cukup punya. Tapi penampilan perlu dijaga, tak kan nak nampak muka macam tak mandi 3 hari.

Lagipun, balik Perak boleh rasa masakan air tangan mak sendiri (dah jadi nenek dah dia).

Lagipun suasana kampung tak sama macam KL. Lebih tenang dan nyaman. Malangnya tiada pantai depan rumah. Kalau tidak, boleh juga bersantai dan mandi laut.

On The Way To Pulau Sibu, Johor

Bila ada anak, mula terfikir sampai bila nak hidup menyewa. Terasa nak ad rumah sendiri yang selesa untuk anak membesar. Dengar cerita cukai pintu naik harga di area Kuala Lumpur. Betul ke?

Tarik nafas sekejab.

Rumah sekarang sudah naik harga. Ada member sampai terpaksa bayar bank hampir RM2k setiap bulan untuk rumah yang dibelinya. Nak murah? Ada je.. Cuma agak jauh dan kawasan jin bertendang. Line internet belum tentu ada.

Persediakan perlu ada, kita hidup didunia ini pun hanyalah sementara. Kecualilah kalau kita tahu bila ajal kita tiba.

Bicara Bro : Tertengok telemovie “Aku Bukan Malaikat”. Bro sepanjang hidup, tak suka nak bermusuhan dengan sesiapa. Tak kisah orang buat apa dekat Bro, asalkan dia puas dengan apa yang dia lakukan.

Kalau berdendam pun, hati jadi makin hitam. Jiwa tak bersih macam mana kita nak dapat ketenangan dalam hidup ini. Jika ada sesiapa yang terasa, Bro mintak maaf.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

36 thoughts on “14 Hari Bergelar Seorang Bapa

  1. selalu jeles tengok orang kawin.. tapi dalam tak sabar tak sabar nak kawen tu.. takut juga bila terfikir pasal tnggungjawab.. diri sendiri kadang tak terurus lagi nak uruskan orang..he

  2. Terbaik r bro entri ni.. Kejap je dah 14 hari kan.. Sure Fisha pun dah aktif berbanding dulu kan.. Bila dah ada anak, makin bertambahlah tanggungjawab..

    BTW, Terima kasih jugak sebab backlink kan satu link ke entri blog ERAZ FADLI..

    #Selamat ‘berpuasa’ 100 hari.. :)

  3. dah lama jenguk jenguk blog ni tapi dah lama x komen. Ya, itu kerja silent reader lol XD
    btw, walaupun saya x kawin lagi but saya paham perasaan tanggungjawab besar seorang ayah. kata2 org yg kurang senang, abaikan saja. Keep calm & selamat bergelar bapa =)

    p/s: part silap mata tu, yang penting betul2 minat. saya sendiri pun x dpt belajar silap mata. apatah lagi masalah kita duk jauh. jadi susah nak belajar >.<

  4. Tahniah bro framestone kerana telah bergelar seorang bapa.

    Semoga bro dapat menjadi seorang bapa mithali + sabar dalam menghadapi kerenah anak2. :)

  5. Nur Elfisha…. saya uncle zul hehehe

    mesti susut lah pemanis (perut) Bro lepas ni…

    siang malam tenaga double dah..

    In Shaa Allah.. Tahniah atas rezeki baru Bro..

    Semoga El menjadi anak yang solehah Amin..

  6. tanggungjawab sebagai seorang bapa lagi mencabar bro…maybe kisah gua mendapat anak sulung lagi sadis daripada bro…gua kehilanagn seorang anak..sepatutnya nak sulung gua ni kembar..tapi sorang dah pergi

  7. Assalamualaikum dan salam perkenalan.

    Dunia seorang ayah adalah paling best.
    Mesti kita ingat tentang ayah kita dan insaf
    Bagaimakanakh mereka membesarkan kita di masa kecil dulukan.

    Tahniah Bro FrameStone , Dunia Ayah ini kamu yang punya ..

Leave a Reply to ERAZ FADLI Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *