April 19, 2024

Pengalaman Pertama Bakal Seorang Bapa

DR SHEIKH MUZAFFARIni merupakan pengalaman pertama buat Bro untuk jadi seorang bapa.

Sebelum ini belum pernah rasa, maka inilah pengalaman pertama Bro. Nervous juga rasanya.

Semua persiapan untuk menyambut anak telah disedikan 2-3 bulan lepas.

Letak siap-siap dalam kereta takut apa-apa terjadi, tak perlu nak patah balik ke rumah untuk mengambilnya.

Waktu isteri Bro kata dia pregnant dulu, Bro hampir pitam juga dibuatnya.

Bro telah set dalam minda beberapa hari sebelumnya, “ada rezeki ada la”. Sebab beberapa bulan diawal perkahwinan masih tiada hasil terutamanya nak memastikan title cucu sulung diterima oleh kedua-dua keluarga dan mertua.

Sepanjang tempoh isteri mengandung banyak dugaan jugalah yang dia hadapi.

Kadangkala tengah sedap tidur, Bro terjaga untuk jaga beliau. Ini baru jaga isteri belum jaga anak nanti.

Tak apa,

Kena juga biasakan diri dulu sebelum ada anak. Siapa sanggup tengok isteri dapat alahan dan morning sick.

Pasal morning sick. Bro pernah kena seminggu sewaktu awal isteri mengandung. Waktu ini dia yang pula berselera makan dan bro pula yang muntah.

Kira Bro ambil tempat isteri la.

Masuk bulan ke-3 hanya isteri sahaja yang ada alahan, Bro dah terlepas dari symptom tersebut. fuhhh Alhamdulillah.

Setiap malam sebelum tidur, Bro selalu letak telingga dekat perut isteri dan cuba berinteraksi dengan bayi dalam kandungan. Sampai termimpi-mimpi, teruja sangat kot.

Cuma nak dekat-dekat tarikhnya,

Bayi dalam kandung tak reti duduk diam. Boleh nampak dia bergerak-gerak bila lihat perut isteri. Kenkadang sewaktu drive, Bro pegang perut isteri. Boleh terasa dia menendang-nendang.

Teringat lagi pesan rakan artis Altimet kepada Bro.

Harap nanti boleh temani isteri sewaktu dia melahirkan zuriat kami dan doa-doakan dua nyawa ini selamat – Amin –

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

20 thoughts on “Pengalaman Pertama Bakal Seorang Bapa

  1. Mengandung anak sulung memang begitu dan perhatian hospital lebih. Harap tidak ada komplikasi ketika menyambut kelahiran sulung. Saya saya suami isteri bermaaf-maafan supaya kelahiran dipermudahkan. Ameen.

  2. Tahniah bro…dapat cahayamata pertama memang teruja sangat2. Hanya Allah yg tahu bertapa gembiranya. Berintraksi dgn baby di dalam perut isteri memang digalakkan…banyakkan isteri membaca al-quran.

    Kalau isteri tak ada apa2 nak buat, tolong baca buku berkaitan keagamaan atau apa saja yang baik-baik. Bila dpt anak nanti, jadi seorang budak yg baik. Tingkah laku bapa dan isteri ketika mengandung menjadi ikutan baby bila dilahirkan nanti.

    Semoga dapat cahaya mata yang comel cute dan selamat kedua-duanya. Insya Allah. Amin….

  3. hi. saya berminat untuk mengeluarkan artikel mengenai pengalaman bergelar bapa. Boleh share story dgn saya tak untuk dimuatkan dalam magazine? tq. contact saya jika berminat ye

Leave a Reply to mrhanafi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *