April 19, 2024

Pantang Orang Hisap Rokok Dalam Lif

kenapa orang merokok

Gua pantang betul bila masuk dalam lif ada bau asap rokok, paling pantang bila ada lihat orang dengan selambanya merokok dalam lif.

Memang la tak hisap, tapi membiarkan rokok masih hidup dan lif pula ramai yang naik pada setiap tingkat. Tak de sivik ke nak fikir perasaan orang lain yang turut berkongsi lif.

Kenkadang tak faham juga dengan golongan macam ini.

Punya banyak port merokok dalam lif juga nak merokok. Perlu ke merokok dalam lif?

harga rokok naik malaysiaYang tak tahannya, dorang boleh start merokok semasa menunggu lif. Bila lif sampai, terus masuk tanpa mematikan bara pada rokok.

Gua pun hisap rokok juga, tapi tengok juga kiri kanan bila nak menghisap.

Sebab itu gua respek memember yang merokok dia mintak izin nak merokok berdekatan kita. Paling gua respek memember yang merokok siap offer sebatang dekat kita.

Yang korang pula, dah la merokok dalam lif, biar berasap sampai orang yang berkongsi lif susah nak bernafas. Bila orang lain pandang, korang boleh tersenyum menampakkan gigi yang ….. (korang isi la sendiri). Ingat senyuman korang itu nampak ikhlas sangat ke?

Fakta tentang lif

Ramai yang tidak tahu bahawa banyak kejadian maut akibat berada lama di dalam lif yang rosak kerana kekurangan oksigen (macam mana oksigen tak kurang kalau berlaku pembakaran rokok yang menghasilkan gas Karbon Dioksida).

Terdapat juga beberapa lokasi tertentu sekitar perumahan awam yang mempunyai lif tapi tidak diselenggarakan dan terbiar lama tanpa dipeduli kerosakan seperti lampu dan dinding diconteng. Selain pintu sering kali lambat terbuka dan pengaliran udara yang tidak lancar.

Sebab itu ianya harus diselenggarakan dengan kerap untuk mengelakkan kerosakan sehingga menyukarkan orang awam untuk menggunakan kemudahan ini.

Bicara Bro : Gua pantang juga bila buat bangunan tinggi-tinggi tapi kemudahan lif terhad.

Dah la ada had jumlah orang/ berat yang dibenarkan naik. Siap nak tunggu lif naik dan turun balik pun lebih 5 minit. Paling parah kalau setiap tingkat pun dia berhenti.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

16 thoughts on “Pantang Orang Hisap Rokok Dalam Lif

  1. aku pun paling tak suka orang merokok dekat dgn aku, kalau aku dah lama aku sound org tu, kalau tak pun jangan naik lif bersama dgn org yang merokok….

  2. Aku yang perokok tegar ni pun tak pernah lagi hisap rokok dalam lif. Pernah jugak naik lif dengan orang bodoh hisap rokok dalam lif. Sesak nafas dibuatnya dalam lif tu turun dari tingkat 21 nak tunggu sampai Ground Floor.. Rasa nak ambik je rokok orang tu pastu sumbat dalam hidung dia.

  3. mmg tak de kesedaran sivik btl org yg merokok dlm lif. sy sanggup tak naik lif kalau sy dah terbau rokok dlm tu. plus, org pregnant mmg sgt sensitive dgn bau-bauan kan. confirm lah muncung mulut sy lg panjang drp puntung rokok ituuu..

  4. macam kat Malakoff memang dalam bangunan x leh merokok..so pada perokok diorang kena pi kat groundfloor open space yang dah siap ada label tempat khas utk merokok…

Leave a Reply to fara Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *