April 25, 2024

Longkai – Lu Berani Lu Mari

Longkai
Filem Longkai adalah sentuhan dan tanggungjawab pengarah Hashim Rejab yang pernah hadir dengan Filem Papa, I Love U, Sekali Lagi dan Budak Pailang.

Sebuah filem aksi terbitan MIG yang ke-84 dari MIG.

Dibarisi oleh pelakon hebat yang terlibat di dalam filem ini adalah Faizal Hussein, Erra Fazira, Dira Abu Zahar dengan dibarisi pelakon muda berbakat seperti Niezam Zaidi, Wawa Zainal, Atikah Suhaime, Azwan Kombos, Mikail Andre, Epy Kodiang dan ramai lagi.

Hashim Rejab meneruskan kebolehan beliau menggarap filem ini dengan baik dan mengarahnya mengikut acuan aksi segar yang menjadi trend dan pilihan penonton kini.

Sinopsis Filem Longkai

Filem ini mengisahkan tentang Bada (Faizal Hussien) dan Eddie (Niezam Zaidi) yang bekerja sebagai pemandu towtruck. Kenderaan yang ditarik oleh mereka akan dihantar ke bengkel milik Rima (Dira Abu Zahar).
Longkai Faizal Husien
Mereka mempunyai musuh, Mojo (Along Eyzendy) dan Bayam (Mikail Andre) yang berdendam dengan mereka sejak dari dahulu akibat perebutan bisnes longkai mereka. Apabila projek jahat Mojo tergendala disebabkan oleh geng Eddie, Mojo meminta bantuan Naga (Zul Suphian) yang merupakan seorang taiko terkenal untuk membalas dendam.

Walaubagaimanapun, adik Mojo, Suraya (Wawa Zainal) telah menjadi tebusan disebabkan barang Naga hilang kerana dicuri. Eddie sangat cintakan Suraya walaupun bermusuh dengan Mojo.

Mereka telah berpakat dan bersatu untuk menyelamatkan Suraya. Hal ini telah sampai ke telinga Bada yang pada ketika itu sedang berbincang dengan Zarina (Erra Fazira) mengenai hubungan mereka. Hubungan mereka yang mengundang cemburu Rima ini menjadi tanda tanya semua pihak termasuk Eddie sendiri.

Apabila mengetahui Eddie dalam bahaya, Bada terus menuju ke tempat Naga untuk menyelamatkan Eddie.

Jangan lupa menonton filem Longkai sudah berada di pawagam bermula 10 Oktober 2013.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

10 thoughts on “Longkai – Lu Berani Lu Mari

    1. ada bro..mesti bro tak tengok filem Bunohan nie..dia ada berlakon dlm filem Bunohan..tahun lepas kot lau tak silap..filem Bunohan tak femes pun..tp menang anugerah banyak

Leave a Reply to luqeem Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *