April 20, 2024

Ciri Yang Perlu Ada Pada Seorang Blogger

blogger popular malaysia
Apakah ciri yang sepatutnya ada pada seorang blogger untuk menjadi blogger yang berjaya dan dikenali?

Nak jadi blogger yang berjaya atau dikenali tidak mewajibkan anda mempunyai muka yang cantik/hensem, tayang muka dekat event itu ini mahupun pandai bermain dengan SEO.

Yang penting,

Anda mempunyai blog sendiri (bukan tumpang blog orang lain aka penulis hantu) dan menulis sesuatu yang boleh dibaca oleh manusia.

Nampak macam simple je tip yang Bro kongsikan di atas.

Ramai yang ada blog tetapi blog tidak update (dengan erti kata lain, tak tahu nak update pasal apa). Ramai juga yang suka menulis blog, tetapi menggunakan tulisan yang susah nak dibaca (Cikgu karangan Bahasa Melayu pun boleh pening kepala).

Kalau manusia pun susah nak baca, ini kan pula Google nak index kandungan blog anda untuk pastikan blog anda mudah dicari melalui enjin carian Google.

Meh Bro kongsikan beberapa ciri yang perlu ada seorang blogger :-

  1. Berani mendedahkan identiti sendiri (tayang muka).
  2. Dikenali walaupun muka tak hensem atau cantik.
  3. Penulisan blog mudah difahami dan pembaca selesa membacanya.
  4. Tidak menipu pembacanya (dah kahwin buat2 macam tak kahwin lagi)
  5. Bertanggungjawap dengan apa yang beliau kongsikan di blog (bukan baling batu sembunyi tangan)
  6. Income dari blog bukan perkara yang diutamakan tetapi kualiti penulisan dan pembacanya.
  7. Mesra dengan pembaca blog dan juga pihak pengiklan (Banyak PR Company yang menyampah dengan blogger yang bajet retis)
  8. Cari identiti sendiri jangan copy paste identiti orang lain (Nak jadi Ben Ashaari la, Nak jadi Nisa Kay la, Nak jadi Mat Gebu la)
  9. Jadi manusia yang ada kehidupan, bukan online 24 jam hadap blog (kahwin, belajar atau kerja)
  10. Tahu langit tinggi atau rendah (fikir-fikirlah sendiri)

He..23x apa la ciri yang Bro merepek ini kan.

Tapi Bro serius nie tau. Jangan main-main dengan point yang Bro kongsikan nie. Kenapa (refer pada gambar diatas ek)?

  1. Hanis Zalikha
  2. Iqbal Zack – Contoh manusia yang ada kehidupan – pensyarah yang mempunyai Phd dan pembaca blognya terdiri dari pelajar dia juga.
  3. Kak Kujie – Bertanggungjawab dengan apa yang beliau kongsikan di blog
  4. Bro Framestone – Tahu langit tinggi atau rendah sama begitu juga dengan kerendahan beliau.
  5. Ben Ashaari – Tidak menipu pembacanya tentang perutnya yang pernah hilang six pack.
  6. Denaihati – Berani mendedahkan identiti
  7. Abang Ensem – Income dari blog bukan perkara utama – tapi ramai yang suka baca blog dia dan penulisannya berisi dengan info hartanah.
  8. Lyssa Secret – Dikenali walaupun.. eh dia ada rupa tapi nampak macam budak sekolah.
  9. Ariff Shah – Mesra dengan pembaca dan PR Company.
  10. Fatin Liyana – Punyai identiti yang tersendiri.

Nampak tak point yang Bro kaitkan dengan blogger dalam gambar diatas. So, apa kata anda?

Apa Ada Pada Seorang Blogger? Meh baca dekat blog Hasrul Hassan.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

55 thoughts on “Ciri Yang Perlu Ada Pada Seorang Blogger

  1. blogger hujung minggu je..
    skang dah makin sibuk dengan keje :)

    kagum dengan blogger-blogger yg bro sebut tuh
    kagum juga dgn blogger-blogger yg pernah jumpa dan kenal macam shakiddo, hazman, yana yassin, ruby, cik lily putih dan rmai lagi

  2. bukan mudah jadi blogger popular…

    apapun, beranikan diri bila menulis entri blog kita, sebab itu cerita peribadi kita..

    nota: bro komen kat entri blog aku kan? sebab nama bro masuk spam. tapi takpe aku dah approve :D

  3. Saya segan sikit nak komen blog popular ni hehe
    Nice tips bro… Especially tang tayang muka tu dan penulisan mudah difahami. Nak sorok buat pe ye tak huhu

  4. itu antara2 ciri2nya dan sudah pasti ada jalan di peringkat awalan rite? xmudah utk brjaya. masing2 da byk pengalaman. dan sepanjang tempoh pengalaman tu lah harus blogger2 baru mcm ST kene sedar dan byk belajar.

  5. Terima kasih atas perkongsian tips ini…Selalu jugak fikir, kenapa yang tulis pasal anak (Ben Ashari) pun boleh terkenal..Apa-apa pun tahniah untuk mereka yg terkenal sebagai blogger.. :)

  6. Yg nmbr 1 tu payah sikit coz encik suami tak izin papar muka kat memane lmn sosial even taklah secute lyssa Fazureen dan seanggun Hanis Zalikha…. Tp kalo jumpa ok je nk berbual apa pun… hehe
    Menariklah tips ni. Nk print screen n backlink ya Bro?

  7. Isu yg menarik, ciri2 blogger berjaya dan dikenali… OK, menarik dan jelas sekali nilai komersial kupasan entri ini. Tahniah! Pada pandangan saya pula :
    Blogger berjaya terlalu luas maksudnya. Ia lebih bergantung kepada matlamat menjadi seorang blogger. Untuk mencapai matlamat, perlu ada usaha dengan mengikut haluan dan cara yang betul. Oleh itu ciri-ciri seorang blogger juga perlulah selari dengan matlamat blognya… Jika matlamat tercapai, maka berjayalah blogger tersebut!
    Tapi kalau matlamat untuk dikenali, semestinya perlu berani dan wajib mendedahkan identiti! Setuju 100%!

  8. Nice sharing bro..tq bro..
    Semuanya hebat2 belako blogger kt ats tu..nk jadi sehebat itu mcm x terdaya..nk share gmbr sendiri pun mcm malu malu kucing sikit..

Leave a Reply to mizi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *