Terlintas hati untuk berkongsikan pengalaman bagaimana Bro mula berjinak dalam dunia blogging sehingga menjadikan aktiviti ini sebagai salah satu sumber pendapatan.
Terima kasih kepada Amir Nawawi yang sudi mengajukan soalan di Korang Tanya Bro Jawap – Part 6
Apa yang mula-mula menarik minat bro untuk berblogging ni? Bro memang berblog dulu-dulu sebab secara kebetulan je ke macamana? Siapa yang menjadi pemaking semangat atau tenaga pengajar bro?
Bro mula berjinak dalam dunia blog pada tahun 2006-2007. Waktu itu Bro terpilih menjadi Yang Di Pertua Majlis Perwakilan Pelajar. Kebanyakan masa yang Bro ada agak terhad dan banyak dipenuhi dengan aktiviti pelajar + masyarakat sekeliling.
Kebanyakan perkara yang Bro perhatikan atau dikongsikan dengan Bro. Akan bro coretkan didalam blog. Dari isu pelajar sehingga ke isu masyarakat sekeliling dan masalah negara (yang Bro rasa relevan untuk Bro kongsikan).
Mana yang tidak sesuai Bro luahkan dalam ceramah agama ataupun ceramah umum Bro akan kongsikan di laman blog.
Insan yang mula-mula sekali mengajar dan memberi sokongan untuk berblog adalah bekas tunang Bro. Malangnya jodoh kami tidak panjang walaupun kami saling mengenali sejak di bangku sekolah.
Pemaking? Sure ada punya.
Kebanyakan gaya penulisan Bro dipengaruhi oleh geng dari Sindiket Sol-Jah, eTomyam (MyJazmanie bagi sesetengah blogger mungkin mengenali beliau – Bro kenal since 2008), EnMe (Dari beliau Bro mula menulis ada slang Johor sedikit) dan rakan-rakan dari Laman Forum Gempak.org dan ….. (Adeh terlupa nama lamannya)
As we know,
Bro kan bebudak pandai, siap jadi ketua MPP lagi. Tidak rasa down ke jadi blogger nie dulu, almaklumlah ‘blogger ni apalah sangat’ kan.
Ni dulu yer.. Sekarang blogger dah makin sukses dah.
Setiap orang ada pendapat dan pandangan mereka sendiri.
Bro bermula dengan blog politik. Pernah ditawarkan terlibat dengan politik selepas tamat sesi perlibatan Bro dalam MPP. Cuma Bro bertindak mengambil jalan berkecuali atas sebab tertentu.
Ada rakan seperjuangan yang terjatuh dan ada yang pergi lebih jauh. Bagi Bro, biar Bro berada di jalan yang Bro selesa berjalan dan cipta sendiri matlamat yang ingin Bro kecapi.
Bro tidak pernah down menjadi blogger.
4 kali Bro bertukar kerja dan kebanyakan kerja Bro ditawarkan oleh orang yang membaca blog Bro. Bro pernah kerja kerajaan, pernah kerja di syarikat IT. Bagi Bro rezeki kita sebagai hambanya ada, cuma kita kena pandai cari dan jangan harapkan rezeki datang bergolek pada kita.
Dari blog, Bro dapat kenal ramai orang dan mereka kenali Bro. Dari orang biasa sehinggalah ke artis dan ahli politik.
Hidup ini pun kadangkala macam air laut juga, pasti ada pasang surutnya. Dan bro akui pernah rasa down juga :) Apa-apa pun jangan mengalah.
Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter
Lama tu dari tahun 2006-2007..asam garam dah terlebih-lebih dah kan bro..apa2 pun gua support bro seperti mana bro support gua..all the best bro.
Terima kasih, bro akan cuba support mu apa yang boleh….
life must go on…banyak pengalaman baru yang saya dapat, bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah bila nak set up blog pada awalnya…..
Perrrggghhh. Haybat pengalaman bro. X sesia gua follow bro.
Lu follow dekat mana ek?
dimana ada kemahuan disitu ada jalan kan..rezeki ada d mana2..hurm, best jugak berblog boleh dijadikan sumber pendapatan..
Alhamdulillah, semua benda yang kita suka buat boleh menjadi punca pendapatan… Kalau betul dengan caranya..
boleh buat contoh ni.. keep inspiring people :)
Terima kasih…
setiap blogger ada ceritanya sendiri, bro pun cerita dia mesti lagi menarik kalau diceritakan dr awal sampai habis. hehe
Tak tahu nak menarikan cerita dari awal. tapi yang bro cerita nie la cite awalnya…
Bro, belajar kat university mana dulu?
bro pun pernah rasa down dgn blog rupanya……..
dayah klu rasa down dengan blog dayah mesti pi carik blog abang ben..
hehe..
salam bro,saya pun kenal blog sejak 2006 tp masih bekum daoat hasil lagi..hihi
lama berblogging belum menjamin apa2 sebenarnya… tapi kalau kena dengan caranya.. insya’lah
tunjuk ajar ku sifu….
Pengalaman yang panjang dan sudah boleh dikira otai blogger. Boleh dicalonkan Senator untuk mewakili suara blogger. :-)
Otai… entah la… baik bagi orang lain je title tue.. Nak jadi orang biasa2 je… relax n tenang…
Dulu masa awal blogging juga rajin baca blog etomyam aka myjazmanie. Power blog tu dulu, sekarang ownernya mungkin sibuk kerja :)
Time tue dia tengah bercuti sambil berlajar, so memang ada banyak masa untuk berblog. Bila kembali bekerja, blog letak ke tepi. Jawatan dia pun bukan calang-calang tue.
Dah lama juga Bro tak lepak dengan dia.
fuh! kene blajo banyak lagi ngan otai2 cam bro ni. Satu tempoh yang lama tu untuk maintain mood dalm dunia blogging ni. Semoga semangat kenit sekuat bro hehe (^_^). Dan semoga bro terus maju dalam bidang yang dicintai.
fuhh… semalam entri bro ben yg naek kan smgt, ari ni entri bro plak… sempoi.. smoga terus sukses !
Buat apa yang kita suka… selagi ianya bertepatan dengan agama, insyaAllah kejayaan pasti datang…
terbaik bro,lama juga tu dalam blogging ni.Bila baca pasal eTomyam,lama juga tak dengar ceritanya
mantap sekali,,blogger bisa terkenal, salut
terbaik bro.. all the best, moga terus sukses
teruskan bersemangat bro !!
Aku nak tanya jugak lah.. Kenapa pilih nama “abangrangkabatu”?
Tang soalan nie, mu kena jumpa face to face.. baru aku ceritakan…
nak tau jugak ;P
Mue Sjiehan.. Xkan tak tahu kot.. Rasanya bro ada bagitau dulu…
hebatnyer bro blh sampai ke tahap nie..Harap bro berjaya mengejar apa yg diimpikan
Tak ada apa-apa yang hebat. Bro masih orang biasa.
tahniah bro sudi beri pengalaman,
semoga terus suksess.
dh macam artis dh gambar tu.
Hebat! Terbaeklah..
terbaik bro…semoga terus sukses dgn blog ni..tp tetap tak nak jawab yer apa nama blog pertama bro..hu3
Yang bro jawab hari tue la nama blognya… Kalau blog politik tue PM – Pemimpin Muda
Untung la ramai orang kenal. Macam gua ni, sorang pun takde yang nak berkenalan. #Sedey
Siapa kata.. kalau tidak, xdenya full house semua seminar mu he..23x
ooo begitu rupanya ceritanya , semoga terus sukses buat bro…
Satu lagi contoh blogger untuk blogger baru. :)
ohh..macam itu rupanya..
Menarik cerita zaman mula blogging bro =)
Kalau ada masa, kongsikan cerita zaman korang pula mula berblog
wahh budak pandai rupanyaa :)
memang terbaik..ehehe..masa skolah dulu taknak blogging plak eh..ehehe..alhamdulillah..memang jadi blogger ni kena kuat semangat gak..:D
Aku dok asrama masa sekolah dulu, nak online mana? Cc ke? Penat doh dok kena panjat pagar hari2
Lama dah rupanya dlm bidang blog ni.. Betul. Dlm apa juga perkara pun jgn putus asa. Saya pulak semangat tinggi rendah. Time busy.. Mula la malas nak update. Hehe
wahhhh!!!! dah 8 tahun!!!! ok, kena beat bro ni,, nak blogging at least 18 tahun,, ekekekekee
Bro dah kahwin n ada anak dah… So bila nk beat bro nie.. sekurang2nya 18 orang anak he..23x
oh…macam tu citernya….baru SA tau….
Ala cite biasa2 je la SA.. bukan cerita artis pun
semoga dipermudahkan urusan dan rezeki blogging untuk hari mendatang yea
Harapnya macam tue la.. bukan senang nak jana rezeki konsisten dengan blog
Bro, bukak la klas blogging. Hehehe…
Jika ada permintaan insya’lah.. Korang organize.. Bro dtg je.. Bro pernah bagi talk padal blog di UTHM, UiTm & Kementerian Belia & Sukan.
sometimes kte kena pilih apa yg kte minat dlm hidup. kdg2 apa yg kte minat pulak x blh jd satu kerjaya. so nk beejaya kenalah berusaha dlm hidup.