March 29, 2024

10 Entry Popular Blog Bro Framestone – September 2013

Bulan Oktober menjelma dan  Bro sudah puas menyanyi lagu “Wake me up when September ends” dari Green Day.

Disini Bro ingin menyenaraikan 10 entry yang popular di blog broframestone.com bagi bulan September 2013.

10 – 3 Hari 2 Malam Di Felda Residence Kuala Terengganu

3 Hari 2 Malam Di Kuala Terengganu

Aktiviti bersama blogger selama 3 Hari 2 Malam Di Felda Residence Kuala Terengganu. Lari sebentar dari kesibukan Kuala Lumpur dan menjejaki kesibukan Kuala Terengganu.

Penat….. Teman orang shopping dan makan.

9 – Klinik Obestetrik Dan Ginekologi HUKM, Cheras

Lokasi yang selalu Bro dan isteri kunjungi untuk pemeriksaan kesihatan isteri dan baby dalam kandungan. Jika datang ke sini elok buat temujanji awal pagi dan datang juga seawal pagi.

Ada kes orang yang ada temujanji pukul 9 pagi. Pukul 12 tengahari pun belum selesai. Siapa larat lepak klinik lelama. Kalau Bro, sure dah pengsan dah.

Selamat bukan Bro yang mengandung.

8 – Tujuan Suami Mengorat Perempuan Lain

Perkongsian pendapat kenapa ada sesetengah suami (yakni lelaki yang sudah berkahwin) mula mengorat perempuan lain.

7 – Kerna Kau Isteriku

Fatin Liyana Iera Kan

Kisah tentang isteri yang Bro sayangi (Buat masa sekarang hanya ada seorang sahaja).Yang mana satu isteri Bro?

Eh jangan confius. Isteri Bro yang pakai tudung warna putih manakala yang pakai tudung warna hitam adalah blogger femes – Fatin Liyana yang kerja satu wad dengan isteri Bro.

6 – Selamat Pengantin Baru – Fadil Nyu Dan Ruzz Ezani

Selamat pengantin baru buat pasangan blogger, Fadil Nyu dan Ruzz Ezani.

Selamat pengantin baru buat pasangan blogger, Fadil Nyu dan Ruzz Ezani.

Sepasang blogger suami isteri yang Bro kenali melalui group facebook – Blogger Perak. Alhamdulillah, jodoh mereka berdua dipermudahkan.

Bro tak tahu mereka berdua bercinta walaupun dorang berdua datang ke majlis perkahwinan Bro. Eh Bro datang ikut tema pengantin la… (Eh, bro bukan pengapit tau)

5 – Kurangkan Jumlah Subsidi Kerajaan Pada Rakyat

Minyak Naik, Kurangkan Jumlah Subsidi Kerajaan Pada Rakyat

Berkisarkan tentang isu 20 sen yang melibatkan minyak RON95 dan Diesel.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak – kenaikan itu merupakan salah satu langkah rasionalisasi subsidi oleh kerajaan.

4 – Pemberian BR1M 3.0 Dua Kali Setahun

Bantuan Rakyat 1Malaysia - BR1M

Penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 bakal menerima bayaran melalui dua peringkat mulai tahun 2014.

Wang bantuan tersebut pula akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank penerima.

3 – Kenangan Waktu Jadi Warga Asrama

Lagenda Budak Hostel - Makan Meggi Dalam Baldi

Kenangan waktu jadi budak hostel pasti tidak dapat dilupakan kecuali kalau korang memang tak nak ingat dah kenangan tue.

Lagi best bila teringat waktu makan megi reramai dalam baldi.

2 – Dendam Nora Danish Terhadap Suaminya, Farid Kamil

Tang keyword artis memang laju je korang. Lagi-lagi kalau tajuk gempak macam nie kan.

Tapi korang kena ingat. Bila masa pula Nora Danish kahwin dengan Farid Kamil kecuali dalam filem Bencinta. Eh Cuti-Cuti Cinta dorang tak kahwin kan?

1 – The Female Avangers – Siapakah Gadis Pilihan Anda

The Avangers Female

Antara Thor (versi wanita), Kapten Amerika (veri wanita) dan Iron Woman. Yang mana satu menjadi pilihan anda?

Maka genaplah senarai 10 entry paling popular bagi bulan September di blog ini.

Entry yang manakah menjadi pilihan anda? Sila kongsikan dengan Bro, nak juga tahu.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

24 thoughts on “10 Entry Popular Blog Bro Framestone – September 2013

  1. rasanya ada entri yang saya belum baca kot antara top 10 entri bro bulan lepas ni…tak sangka entri The Female Avengers tu jadi paling top ye…paling menarik of course la Thor versi wanita…hee

  2. Tak sempat lagi nak tulis entri macam ni… Sekarang ni tengah layan selesaikan draft-draft blog yang semakin banyak tertunggak… Tahniah Bro.. 10 entri ni memang menarik untuk di baca…

  3. kenangan waktu jd warga asrama tu yg best.. tu time matrik dlu, skrng kat u jarang dah buat mcam tu.. tp ada lg kawan2 yg masih mkan maggi dlm baldi..

  4. Entri berkaitan travel menjadi pilihan di blog ini. Satu pengalaman berharga, bilamana kita pergi melawat ke negeri lain. Jauh berjalan luas pengalaman. Semoga banyak lagi tempat-tempat menarik untuk dipersembahkan kepada pembaca dan pengemar tegar blog ini.

Leave a Reply to AUC Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *