March 29, 2024

Tukar Tayar Kereta – Tanggungjawab Seorang Suami

Wad Kecemasan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia

Sian tengok kereta isteri, tayarnya pecah sewaktu dia nak keluar pergi kerja malam tadi.

Selamat Bro perasan sewaktu dia nak undur kereta. Kalau tidak, satu kerja kena keluar rumah cari dekat mana dia berhenti.

Baru plan malam tadi nak duduk rumah je. Tau-tau kena hantar wife pergi kerja.

Dan malam tadi terpaksa menumpang rumah member untuk bermalam sebelum ambil dia balik kerja pagi ini.

Paling malangnya, rumah member tiada air dan tiada pula yang nak menadah air. Semua orang bujang dan jarang ada dekat rumah.

Maka terpaksa menahan apa benda yang boleh ditahan.

Gambar diatas adalah tempat kerja isteri Bro. Plan nak melabur disini, malangnya parking penuh. Nak guna parking staf, kereta Bro xde sticker parking.

Tukar Tayar Kereta
Seawal 8 pagi, sampai-sampai rumah, terus melabur amanah saham duniawi. Satu nikmat bila dapat lepaskan sesuatu yang ditahan sepanjang malam.

Selesai je, Bro siap-siap tukarkan tayar yang pancit/pecah dengan tayar spare.

Ops seksi pula gambar ini. Hampir terserlah otot-otot disebalik lemak badan ini. Perlu exercise sikit bagi terserlah ketulan badan badan.

Tayar Kereta Pancit / Pecah
Keadaan tayar yang nazak.

Ok nak bagi wife rehat dulu selepas shif malam. Then baru hantar kereta ke kedai tukar tayar baru. (Rasanya ini je satu-satunya tayar yang tak tukar lagi)

Dalam masa yang sama nak service kereta Bro. Risau meragam la pulak bila jadi kes macam nie lagi.

Selamat kami ada 2 kereta. Kalau satu, entah la.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

19 thoughts on “Tukar Tayar Kereta – Tanggungjawab Seorang Suami

  1. Sama mcm abah2, apa2 hal ereta abah uruskan… dulu kan, masa dneo mual2 sakit nak ke HKL, tiba2 tayar pecah.. kesian abah tgh mlm2 buta tukar tayar..

  2. Bro, ada lelaki yg xtau nk tukar spare tyre. Even jack dgn tools pun tak tau ktne. Ate, kalau camtu apa cite eh?? Kita harapkan dia, dia plk nk harap kan sape kalau lagu tu?? Hehehe

    1. Tak baik gelakkan dorang. Bro pun pernah kena macam tue…

      Bila cari jack dan tools tak jumpa dalam kereta. Jenuh selongkar, last2 wife cakap dia keluarkan benda tue dari kereta dan letak dekat rumah.

      Memang membebel la bro, selamat waktu itu dalam kereta Bro ada member punya.

  3. Nak cari tayar? Cuba website http://mytayar.com

    Ada 20 kedai di kawasan Lembah Klang yang feed harga kat website. Harga yang dipaparkan dah masuk balancing dan valve. Free alignment kalau beli 4 tayar.

    Confirm tak kena tipu dengan kedai sebab semua terms + conditions dah dijelaskan di website.

    Anda hanya perlu masukkan spec tayar terus ke website. Website akan menunjukkan info mengenai offer dari Network Workshops kami. Anda boleh pilih apa yang penting untuk anda samada harga, lokasi, jenama atau model tayar.

    Website akan pantau kedai supaya mereka tak menipu customer website. Anda hanya perlu bayar 5% deposit online. Lepas tu website akan hantar email info mana nak pergi. Balance 95% bayar terus kat kedai.

    Nak cari bateri dan package service kereta pun ada…

Leave a Reply to akubiomed Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *