April 25, 2024

The Female Avangers – Siapakah Gadis Pilihan Anda

The Avangers Female

Antara Thor (versi wanita), Kapten Amerika (veri wanita) dan Iron Woman. Yang mana satu menjadi pilihan anda?

Jika boleh nyatakan kenapa anda memilih mereka (boleh pilih sorang sahaja).

Bro buka soalan ini di twitter,

Tetapi ramai yang memilih Thor (versi wanita). Ada yang nampak gadis ini comel dalam custom Thor berbanding custom yang lain.

Apa-apa pun Bro tetap pilih yang Thor,

Nampak dia matang dan Bro perlu berhati-hati dengan dia. Dengan power seakan “tuhan” apa-apa pun boleh terjadi. Masih belum ada kes, suami kena tukul elektrik dengan isteri dia.

Bayangkan kalau dia bertukang dekat rumah. Mahu nak memaku je, habis satu rumah kena litar pintas he…23x

Bagaimana pula dengan Kepten Amerika (versi wanita) pula?

Dengen ketegasan dan displin beliau yang kuat, Bro risau semua kuali (termasuk kuali Astro) dijadikan sebagai perisai bagi menghalang frekunsi anda untuk mengontrol mereka. Silap hari bulan anda yang akan di queen controlkan.

Tetapi yang bagusnya.

Dia akan melindungi orang yang tersayang dengan apa cara sekali pun.

Iron Woman pula,

Seperti namanya juga, tugas iron baju dirumah menjadi tugas rasminya. Belum lagi iron muka korang bila jumpa kesan lipstick (bukan milik dia) pada pakaian anda.

Apa yang menarik tentangnya? Jika anda pergi ke mana-mana tak perlu naik kereta. Dia boleh terbangkan anda. Tetapi anda sure susah nak ajak beliau keluar. Sebab sure ambil masa yang lama nak pilih suit yang mana satu nak pakai (kan Iron Man ada banyak suit).

Tetapi hati-hati bila tercari pasal dengannya.

Anda tidak perlu takut dengan bebelan caci maki dari mulutnya, tetapi anda perlu takut dengan serangan peluru dari suitnya. Tapi mulutnya yang macam machine gun itu pasti mampu buat hati anda terluka dan telingga bernanah.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

18 thoughts on “The Female Avangers – Siapakah Gadis Pilihan Anda

Leave a Reply to Que Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *